UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

Bina rumah dalam julat harga bersesuaian untuk B40, M40 - Juwai IQI

Kerajaan sewajarnya meletakkan julat harga yang bersesuaian bagi golongan B40 dan M40 memiliki kediaman sendiri di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Dagang News
Tue Oct 05 2021
Bina rumah dalam julat harga bersesuaian untuk B40, M40 - Juwai IQI
Di bawah RMKe-12, kerajaan bercadang untuk membina 500,000 unit rumah mampu milik bagi meningkatkan peluang kumpulan B40 dan M40 memiliki rumah. - Gambar fail
KERAJAAN sewajarnya meletakkan julat harga yang bersesuaian bagi golongan B40 dan M40 memiliki kediaman sendiri di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12).

Pengasas Bersama dan Ketua Eksekutif Kumpulan Juwai IQI, Kashif Ansari berkata, ketika ini kadar pemilikan rumah di Malaysia sudah pun tinggi mencecah 70 peratus manakala peratusan keseluruhan isi rumah bumiputera yang memiliki unit kediaman adalah 74 peratus. Jumlah ini, katanya, adalah lebih tinggi berbanding negara Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat (AS), contohnya. 

"Oleh itu, kami melihat pelan pembangunan lima tahun yang dirancang kerajaan akan menyaksikan cabaran besar bagi sektor hartanah menjelang 2025. 

"Apabila pendekatan itu dilaksanakan, kita sepatutnya menjangkakan lebih banyak aktiviti bagi harga rumah dalam julat yang bersesuaian untuk pembeli daripada M40 dan B40," katanya dalam kenyataan hari ini.

Di bawah RMKe-12, kerajaan bercadang untuk membina 500,000 unit rumah mampu milik bagi meningkatkan peluang kumpulan B40 dan M40 memiliki rumah.

Ia sebagai tambahan pembinaan lebih 282,000 unit rumah mampu milik dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKe-11).

Di samping itu, kemudahan pembiayaan termasuk Dana untuk Rumah Mampu Milik, Skim Perumahan Belia dan Program Rent-to-Own (RTO) akan ditambah baik bagi memastikan golongan B40 dan M40 tidak dibebani dengan bayaran ansuran.

Kashif berkata, bagi membolehkan golongan B40 dan M40 memiliki rumah sendiri, lebih banyak pembangunan perlu dilaksanakan dalam julat harga yang bersesuaian sejajar dengan pembiayaan dan insentif dasar.

Pada 2020, katanya, transaksi pembelian rumah menunjukkan 62 peratus adalah bagi hartanah berharga di bawah RM300,000 berbanding 17 peratus di bawah harga RM500,000. 

"Oleh itu, dengan pendekatan dilaksanakan di bawah RMKe-12, transaksi bagi rumah di bawah RM300,000 sepatutnya meningkat menjelang 2025," tambahnya. 

Beliau menambah, bagi membantu pembeli yang tidak mampu menyediakan bayaran pendahuluan bagi rumah baharu, julat harga bagi program RTO akan dinaikkan kepada RM500,000. 

"Skim RTO sebenarnya adalah kaedah paling berpatutan untuk memiliki rumah sendiri, dengan menyewa dalam tempoh 5 tahun," katanya.

 


Artikel asal ini diterbitkan di portal Dagang News.



#RMKe-12#golongan B40#golongan M40#RMKe-11
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS

Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS

Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium

PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)

10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)

Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025

Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025

Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza

Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza

Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya

Hati remuk lihat kampung halaman musnah sepenuhnya

Penduduk Palestin yang berpindah ke serata kawasan mula kembali ke tempat asal mereka. Perjalanan kembali mereka mencabar, menelurusi sisa-sisa runtuhan, membawa hati yang berat melihat tempat mereka membesar kini telah runtuh menyembah bumi.
Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan

Israel sedia serahkan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan

Israel bersedia menyerahkan senarai dengan nama 90 tebusan Palestin untuk dibebaskan pada Ahad sebagai pertukaran kepada tiga tebusan wanita warga Israel yang ditahan.
Penduduk Gaza meraikan gencata senjata

Penduduk Gaza meraikan gencata senjata

Penduduk Gaza dan beberapa pejuang Hamas berkumpul di hadapan Hospital al-Aqsa di Dier Al Balah serta Khan Younis pada Ahad meraikan gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 11.15 pagi waktu tempatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 19 Januari 2025.
Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi

Malaysia kukuhkan hubungan serantau di Permukiman AMM Langkawi

Kementerian Luar memaklumkan kedua-dua menteri menegaskan kepentingan kerjasama erat dalam mencapai Visi Komuniti ASEAN 2045.
Dasar, inisiatif bakal diumum dalam KSP RMKe-12 berpandukan keperluan, keutamaan rakyat - PM

Dasar, inisiatif bakal diumum dalam KSP RMKe-12 berpandukan keperluan, keutamaan rakyat - PM

Perdana Menteri berkata dasar dan inisiatif berkenaan juga berpandukan kepada permasalahan, keperluan dan keutamaan rakyat, komuniti perniagaan serta kesemua negeri.
Kajian separuh penggal RMKe-12 unik, perlu dinilai seratus peratus - Rafizi

Kajian separuh penggal RMKe-12 "unik", perlu dinilai seratus peratus - Rafizi

Kajian separuh penggal bagi rancangan lima tahun Malaysia kali ini perlu dinilai seratus peratus kerana tanggapan ataupun perancangan yang dibuat sebelum COVID-19 sudah tidak boleh lagi dipakai.
Program NTIS jana jualan RM51.8 juta dalam tempoh dua tahun - MOSTI

Program NTIS jana jualan RM51.8 juta dalam tempoh dua tahun - MOSTI

NTIS berjaya menjana hasil jualan sebanyak RM51.8 juta melalui pengkomersialan 24 inovasi dalam tempoh dua tahun.
KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar

KPLB beri lebih RM10 juta laksana aktiviti perkasa usahawan luar bandar

Penyaluran itu merupakan inisiatif membantu usahawan luar bandar untuk membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
Fasa pertama program pembasmian kemiskinan RMK12 bermula hujung Disember - Tok Pa

Fasa pertama program pembasmian kemiskinan RMK12 bermula hujung Disember - Tok Pa

Kerajaan komited mahu hapuskan golongan miskin tegar, iaitu pendapatan isi rumah di bawah RM1,169 dengan empat ahli keluarga, menjelang 2025.
Indikator peraturan perniagaan merosot, seruan kuat pembaharuan kawal selia - PM

Indikator peraturan perniagaan merosot, seruan kuat pembaharuan kawal selia - PM

Kemerosotan itu dari kedudukan ke-19 pada tahun 2010 kepada kedudukan ke-47 pada tahun 2021.
PRN Sarawak: Sudah ada perancangan wujudkan terminal bas di Kapit

PRN Sarawak: Sudah ada perancangan wujudkan terminal bas di Kapit

Keputusan sama ada diluluskan atau sebaliknya masih belum diketahui.
Dewan Negara lulus usul RMK12

Dewan Negara lulus usul RMK12

Dewan Negara hari ini meluluskan Usul Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), rancangan pembangunan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025.
Bajet 2022: REDHA anggar perbelanjaan pembangunan lebih RM60 bilion

Bajet 2022: REDHA anggar perbelanjaan pembangunan lebih RM60 bilion

Senada dengan REHDA, CGS-CIMB berkata prospek penambahan semula sektor pekerjaan dijangka semakin baik secara beransur-ansur pada suku keempat 2021 dan separuh pertama tahun depan.
RMK12: Projek berimpak tinggi bakal dilaksana di Terengganu

RMK12: Projek berimpak tinggi bakal dilaksana di Terengganu

Ia bagi meningkatkan kesinambungan dan akses yang lebih baik kepada infrastruktur asas, ameniti dan perkhidmatan.