PUTRAJAYA: Semua penternak kupang di Port Dickson, Negeri Sembilan dan Melaka diminta tidak menjual produk hidupan laut itu kerana ujian makmal masih mengesan biotoksin melebihi kadar had pengambilan yang selamat.
Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Datuk Adnan Hussain berkata ia adalah hasil daripada ujian makmal yang dijalankan ke atas sample kupang dan air yang diambil dari kedua-dua kawasan perairan itu.
"DOF mengambil sampel setiap minggu di kedua-dua perairan ini untuk memantau tahap biotoksin yang ada, sama ada dalam air atau pada kupang.
"Buat masa ini, daripada analisis yang dijalankan Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur dan Makmal Institut Penyelidikan Perikanan Batu Maung, Pulau Pinang, kedua-duanya secara konsisten menunjukkan kadar biotoksin masih lagi tinggi," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Ramah Mesra Aidilfitri DOF di sini hari ini.
Adnan berkata ujian makmal berkenaan turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia.
Beliau berkata menurut standard Codex Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kadar biotoksin selamat untuk manusia ialah 800 per bilion (ppb).
Pada 2 April lepas, Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan memaklumkan terdapat lapan kes keracunan makanan berkaitan pengambilan kupang, susulan itu DOF menjalankan analisis makmal dan mendapati kupang dari kedua-dua perairan itu dicemari biotoksin serta alga spesies 'Prorocentrum', 'Alexandrium' dan 'Pseudonitzschia' berbahaya.
Dalam perkembangan lain, Adnan menasihatkan mana-mana pihak yang menangkap 'ikan bandaraya' atau 'pleco' agar tidak melepaskan spesies itu di kawasan hidupan air seperti sungai kerana ia boleh menjejaskan ekosistem spesies habitat ikan asli.
"Kalau kita tengok pada mana-mana sungai yang tercemar, ada habibat asli sungai akan mati tetapi ikan bandaraya boleh hidup dan membiak dengan cepat. Ini sedikit merunsingkan kita," katanya.
Beliau berkata DOF menyarankan dua kaedah pelupusan ikan bandaraya iaitu dengan menanam di tempat bersesuaian dan menjadikan ia sebagai baja tanaman atau makanan ikan ternakan.
"Sekiranya mereka tidak tahu bagaimana nak lupuskan ikan ini, kalau ada dalam kuantiti yang banyak, boleh berhubung dengan mana-mana pejabat DOF berhampiran untuk kita bantu dari segi pelupusan ikan ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 30 2024

Ujian makmal turut mendapati sampel air dan kupang di perairan tersebut dicemari alga spesies 'Alexandrium' yang berbahaya kepada manusia. -Gambar fail/Pexels

Kanak-kanak kritikal selepas tercekik gula-gula kenyal
Seorang murid Tahun Lima dilaporkan kritikal di Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata dalam kejadian pada petang Selasa.

Polis rampas 102 tan dadah, racun bernilai RM1.67 bilion sejak Mac 2024
Sebanyak 102 tan pelbagai dadah dan racun dianggar bernilai RM1.67 bilion dirampas dalam operasi dan serbuan di seluruh negara yang dijalankan sejak Mac 2024 hingga Ahad lepas.

Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
Rusuhan bola sepak di Indonesia, penonton bertindak bakar padang
NASA naiikkan kemungkinan asteroid langgar bumi kepada 3.1 peratus
NASA meningkatkan kemungkinan asterod 2024 YR4 melanggar bumi kepada 3.1 peratus dan dijangka berlaku pada tahun 2032.
Pope Francis disahkan hidap radang paru-paru
Pope Francis disahkan mengidap radang paru-paru selepas dimasukkan ke hospital di Rom sejak Jumaat.

Presiden Indonesia Prabowo Subianto dijangka rombak Kabinet petang ini
Prabowo disebut akan menggantikan Menteri Pendidikan Tingghi, Sains dan Teknologi, Satryo Soemantri Brodjonegoro dari jawatannya.

Kes tembak KLIA: Hafizul mengaku bersalah tujuh tuduhan termasuk miliki senjata api
Seorang pengurus syarikat, Hafizul Hawari mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api pada 14 April tahun lepas.
Penambahbaikan bagi imbangi keselamatan negara - Saifuddin
Penambahbaikan terhadap Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) adalah bagi mengimbangi keperluan keselamatan negara dengan hak asasi individu selain memastikan ia berkesan dalam menangani aktiviti jenayah serius yang mengancam keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.
Aduan di Wilayah Persekutuan perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

Lebih 1,000 murid terkesan banjir di Baling kembali ke sekolah esok
Lebih 1,000 murid daripada 27 buah sekolah di Kupang yang terjejas dalam kejadian banjir dan kepala air pada 4 Julai lalu akan memulakan semula persekolahan esok.

KPLB akan bina semula rumah 17 keluarga mangsa banjir Baling di tanah KEDA
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membina rumah baharu bagi 17 keluarga yang hilang tempat tinggal dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air di Kupang, 4 Julai lepas.

Banjir Baling: Polis terima 627 laporan babitkan kerosakan premis
Sebanyak 627 laporan diterima pihak polis membabitkan kerosakan premis dan rumah penduduk susulan kejadian banjir dan kepala air yang berlaku di 12 perkampungan di Kupang, Baling, pada Isnin.

Isu kuari batu di Gunung Inas, tunggu laporan PTG - Sanusi
PTG akan menyerahkan laporan berkaitan dan kerajaan negeri bersedia mengambil tindakan sewajarnya tanpa mengabaikan kepentingan penduduk.

Pecah masuk 10 rumah mewah, lima ahli 'Geng Fizi' ditahan
Geng Fizi akhirnya diberkas selepas aktif melakukan jenayah pecah rumah sejak 14 September lalu.

Tiga lelaki ditahan, ingkar PKP, positif dadah
Syed Basri berkata, tangkapan pertama yang dibuat sekitar jam 10.45 malam pada Khamis melibatkan suspek yang berusia 21 dan 22 tahun di Jalan Kampung Batu 3, Kuala Ketil.

Ceroboh rumah, rogol kekasih ketika keluarga sedang tidur
Suara bisikan pada waktu awal pagi, di rumah di Kampung Landak Hilir, Kupang, Baling, membongkar kegiatan tidak bermoral dua pelajar yang terlanjur.

Gempa 6.2 gegar timur Indonesia
Gegaran yang berlaku pada kedalaman 10 kilometer (km) kira-kira 100 km di tenggara Kupang, ibu negeri wilayah Nusa Tenggara Timur itu bagaimanapun tidak menyebabkan kemusnahan atau kematian.

Gudang Azeez bernilai ratusan ribu
Difahamkan, setiap barangan yang akan diagihkan kepada penduduk, disimpan di situ.

Polis tumpas 'Geng Cendol' curi motosikal
Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Baling menumpaskan Geng Cendol yang aktif melakukan kegiatan curi motosikal di sini.