KUALA LUMPUR: BLACKMORES mencatat sejarah sebagai jenama kesihatan semula jadi buatan Australia pertama yang menerima Pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Pencapaian ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukannya di pasaran, tetapi turut membuktikan komitmen jenama itu dalam memenuhi keperluan pengguna Muslim dan memastikan integriti produk pada tahap tertinggi.

Menurut Pengurus Negara BLACKMORES Malaysia dan Singapura, Kumaran Chandrasergaran, pensijilan Halal JAKIM membuktikan pematuhan piawaian tegas serta komitmen BLACKMORES terhadap ketelusan, etika, dan integriti dalam setiap aspek operasinya.

“Dari menjalankan audit yang tegas di kilang Warriewood dan gudang Bungarribee hingga menilai setiap proses dengan teliti berdasarkan panduan aras antarabangsa seperti HACCP, GMP, dan ISO.

“Kami telah memastikan setiap langkah pengeluaran kami mencapai taraf yang terunggul. JAKIM bukan sekadar pihak pengesahan biasa tetapi dikenali di seluruh dunia sebagai taraf emas untuk pensijilan Halal,” katanya pada Majlis Penyampaian Pensijilan Halal di ibu negara.

Turut hadir, Ketua Perundingan dan Penasihat Halal daripada Halal Development Corporation Berhad (HDC), Dhaliff Anuar dan Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Danielle Hainecke.

xxx

Tambahnya, pensijilan ini juga membuka ruang untuk BLACKMORES dalam meluaskan jangkauan pasaran, terutamanya di kalangan pengguna Muslim.

“Dengan menyelaraskan diri dalam ekosistem Halal, kami dapat memenuhi keperluan komuniti Muslim dengan lebih baik.

"Ia juga memperkukuh komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian kesihatan holistik yang selaras dengan nilai-nilai pengguna kami,” jelasnya.

Dalam pada itu, Dhaliff Anuar turut memuji pencapaian ini sebagai satu tanda aras dalam industri kesihatan.

“Pensijilan Halal BLACKMORES menjadi contoh terbaik kepada piawaian global dan amalan beretika dalam industri kesihatan.

"Kami berbesar hati dapat menyokong dedikasi BLACKMORES terhadap kecemerlangan dan kebolehpercayaan dalam memenuhi keperluan pengguna Muslim,” ujarnya.

BLACKMORES sebagai jenama paling dipercayai dalam bidang kesihatan turut diiktiraf sebagai Platinum Trusted Brand selama 10 tahun berturut-turut hasil undian rakyat Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan tawaran BLACKMORES, layari blackmores.com.my.