Dua anggota Parlimen, seorang anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan seorang sekretariat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Khamis memohon Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan mereka daripada pertuduhan mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012 berkaitan perhimpunan 'Blackout 505' di Padang Merbok tahun lepas.
Anthony Loke Siew Fook, 37, (anggota Parlimen Seremban) Mohd Rafizi Ramli, 37, (anggota Parlimen Pandan), Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, 53, (ADUN Batu Burok) dan Muhammad Adib Ishar, 25, mengemukakan permohonan itu pada prosiding perbicaraan kes mereka hari ini.
Bagaimanapun, Hakim Mat Ghani Abdullah menangguhkan keputusannya selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya Nurulhuda Mohd Nor untuk menangguhkan perbicaraan kes itu sementara menunggu Mahkamah Persekutuan memutuskan rayuan pendakwaan dalam kes membabitkan ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad.
Terdahulu, peguam Eric Paulsen berkata permohonan itu dibuat berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada 25 April, yang melepas dan membebaskan Nik Nazmi daripada pertuduhan menganjurkan perhimpunan Blackout 505 di Stadium Kelana Jaya pada 8 Mei tahun lepas.
Mat Ghani berkata pendakwaan akan hilang remedi jika Mahkamah Sesyen memutuskan untuk melepas tanpa membebaskan Loke, Mohd Rafizi, Syed Azman dan Muhammad Adib ketika ini kerana perbicaraan sudah mendengar keterangan 12 saksi.
"Kes ini menjadi tidak berasas dan pramatang kerana masih ada tiga lagi saksi yang akan dipanggil, termasuk seorang wartawan, untuk memberi keterangan," kata Mat Ghani yang menetapkan 5 Jun untuk menyebut semula kes itu.
Loke, Mohd Rafizi, Syed Azman dan Muhammad Adib didakwa menganjurkan perhimpunan tanpa mematuhi syarat Ketua Polis Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad, iaitu memperoleh persetujuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menggunakan Padang Merbok pada 24 Julai tahun lepas.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 2 dan 6 petang 22 Jun 2013 mengikut Seksyen 15(3) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang membawa hukuman maksimum denda RM10,000 jika sabit kesalahan.
Mereka juga berdepan pertuduhan pilihan iaitu sebagai penganjur, gagal menyertakan salinan persetujuan DBKL bertarikh 12 Jun 2013 sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan kepada Zainuddin.
Bagi pertuduhan ini, mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman maksimum denda RM10,000 jika sabit kesalahan.
Bernama
Thu May 15 2014

Blackout 505: Dua anggota parlimen pohon dilepas tanpa dibebaskan - Gambar Fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Blackout 505: Dua anggota parlimen pohon dilepas tanpa dibebaskan
Hakim bagaimanapun menangguhkan keputusannya selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya untuk menangguhkan perbicaraan kes itu.