Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan di Parlimen Titiwangsa selepas Mahkamah Pilihan Raya membatalkan petisyen yang difail seorang pengundi untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) bagi kawasan itu.
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difail Rusli Yasmin cacat kerana tidak mematuhi Perintah 4 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954.
Beliau berkata demikian selepas membenarkan bantahan awal Pegawai Pilihan Raya (RO) bagi Titiwangsa Abdul Halim Ismail, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan anggota Parlimen kawasan itu, Datuk Johari Abdul Ghani.
Zabariah juga memutuskan bahawa Rusli gagal mengemukakan fakta bagi menyokong dakwaan ketidakpatuhan yang menjejas keputusan pilihan raya itu seperti yang dikehendaki oleh Seksyen 32(a) dan (b) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
Beliau memerintahkan Rusli membayar RM40,000 kepada RO dan SPR serta RM30,000 kepada Johari.
Dalam penghakiman lapan muka surat, hakim itu turut memutuskan bahawa aduan pempetisyen bahawa dakwat yang diguna pada jari pengundi pada pilihan raya umum berkenaan mudah dicuci tidak boleh dijadikan fakta bagi menyokong ketidakpatuhan mana-mana undang-undang bertulis.
"Tidak ada kaitan hubungan atau kaitan antara fakta yang dinyatakan dalam petisyen itu dengan peraturan yang dirujuk pempetisyen yang responden dikatakan gagal patuhi," katanya.
Pada PRU13, Johari menewaskan calon PAS Ahmad Zamri Asaad Khuzaimi dengan majoriti 866 undi.
Zabariah turut membatalkan petisyen pilihan raya yang difail calon BN Dr Dominic Lau Hoe Chai bagi kerusi Parlimen Batu atas alasan sama.
Beliau memerintahkan Lau membayar RM50,000 sebagai kos kepada anggota Parlimen Batu Chua Tian Chang atau Tian Chua.
Lau menamakan Tian Chua, RO Mustafa Mohd Nor dan SPR sebagai responden.
Zabariah membuat keputusan itu selepas membenarkan bantahan awal Tian Chua dan dalam penghakimannya, beliau berkata petisyen berkenaan tidak difail oleh pempetisyen atau peguam yang dilantik pempetisyen, dan ini bercanggah dengan Perintah 9 serta 34 Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954 yang hanya membenarkan pempetisyen atau peguamnya memfailkan petisyen pilihan raya.
Pada PRU13, Tian Chua menewaskan Lau dengan majoriti 13,284 undi.
Sementara itu, Zabariah menetapkan Khamis depan bagi memutuskan petisyen pilihan raya kerusi Parlimen Lembah Pantai yang difail seorang pengundi Mohamad Sazali Kamilan.
Antara aduan yang dikemuka ialah isu calon PKR mengganggu pengundi Lembah Pantai dengan memberi kenyataan palsu menerusi sebuah portal berita pada 4 Mei lepas serta menggesa mereka untuk tidak mengundi calon BN Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Nurul Izzah memenangi kerusi Parlimen itu dengan majoriti 1,847 undi.
Bernama
Wed Jul 24 2013

Johari Abdul Ghani

Dua lelaki positif dadah ditahan selepas pecut 7km dari polis
Cubaan dua lelaki dipercayai di bawah pengaruh dadah melarikan diri daripada polis sejauh tujuh kilometer berakhir apabila mereka akhirnya berjaya ditahan.
AWANI Ringkas: Ismail Sabri tiba di SPRM beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Dua juruterbang tentera udara Korea Selatan didakwa atas insiden bom
Dua juruterbang pesawat tempur Tentera Udara Korea Selatan didakwa selepas siasatan mendapati kesilapan mereka menyebabkan pengeboman secara tidak sengaja di sebuah perkampungan.

Caruman i-Saraan berjumlah RM2.6 bln pada 2024 - Amir Hamzah
Jumlah keseluruhan caruman untuk program i-Saraan di bawah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah sebanyak RM2.6 bilion pada 2024.

Hubungan dengan gadis bawah umur, Kim Soo Hyun keluar kenyataan minggu depan
Soo Hyun akan menjelaskan dan menjawab khabar angin yang dilemparkan dengan mengemukakan bukti yang jelas dan kukuh.
Untung Porsche menurun 30 peratus berikutan kejatuhan jualan di China
Porsche melaporkan penurunan keuntungan bersih sebanyak 30.3% kepada €3.6 bilion pada 2024.
Penghantaran kenderaan Porsche turun tiga peratus pada 2024, dengan penurunan ketara di China.
Hasil jualan susut 1.1 peratus kepada lebih €40 bilion, manakala keuntungan operasi merosot hampir 23 peratus kepada €5.64 bilion.
Penghantaran kenderaan Porsche turun tiga peratus pada 2024, dengan penurunan ketara di China.
Hasil jualan susut 1.1 peratus kepada lebih €40 bilion, manakala keuntungan operasi merosot hampir 23 peratus kepada €5.64 bilion.
"Saya ada rasa hormat yang tinggi terhadap Xi Jinping" - Trump
Walaupun tarif baru ke atas import keluli dan aluminium ke AS mula berkuat kuasa, Presiden Donald Trump mengatakan beliau ada rasa hormat yang tinggi terhadap Presiden China, Xi Jinping.
"Tiada sesiapa usir rakyat Palestin dari Gaza" - Trump
"Tiada sesiapa yang akan mengusir rakyat Palestin dari Gaza", itu ujar Presiden Amerika Syarikat Donald Trump walaupun sebelum ini beliau sendiri yang mencadangkan agar AS mengambil alih Gaza dan mengubahnya menjadi sebuah "Riviera" di Asia Barat.
"Jika ini takdir saya, maka biarlah begitu" - Duterte
Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menyampaikan pesanan kepada rakyat Filipina semasa dalam perjalanan ke The Hague.
Duterte juga menyatakan kesediaannya untuk menghadapi proses perundangan yang panjang dan terus berkhidmat untuk negara.
Duterte juga menyatakan kesediaannya untuk menghadapi proses perundangan yang panjang dan terus berkhidmat untuk negara.

MAINJ diminta semak semula senarai penerima zakat fitrah - Exco Agama
Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) diminta membuat semakan semula senarai penerima zakat fitrah di negeri ini.

Malaysia sertai kerangka inklusif pelan tindakan BEPS global
Malaysia kini menyertai Kerangka Inklusif (IF) bagi pelaksanaan global Pelan Tindakan Penghakisan Asas Cukai dan Pemindahan Keuntungan (BEPS).

Ahli politik jangan eksploitasi pemberian BR1M - Johari
Pemberian BR1M tidak harus dieksploitasi oleh ahli politik yang tidak berpuas hati kerana akan memberi kesan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

1MDB: Johari puji tindakan pantas Singapura
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani memuji Pihak Berkuasa Kewangan Singapura berikutan tindakan pantasnya ke atas pengubahan wang haram berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pembuangan pekerja Petronas di luar kawalan kerajaan - Johari
Pembuangan pekerja di syarikat petroleum negara itu adalah diluar kawalan kerajaan.

Johari: Apung harga minyak, jimat RM11 bilion
Kerajaan dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan sebanyak RM11 bilion tahun ini hasil daripada pelaksanaan penetapan harga runcit bahan api.

Hutang Kerajaan Persekutuan berjumlah RM623.3 bilion
96.4% atau RM601.1 bilion adalah hutang domestik, sementara baki RM22.2 bilion atau 3.6% adalah pinjaman luar pesisir.

BN kekal kemenangan di kerusi parlimen Titiwangsa
Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu selepas mendapati petisyen yang difail Rusli Yasmin cacat.