KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan duit syiling peringatan sempena ulang tahun Kilang Wang ke-50.
Gabenor BNM, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata Kilang Wang telah menghasilkan duit syiling yang cantik dengan reka bentuk yang disukai rakyat Malaysia sejak lima dekad lalu.
"Kilang Wang meraikan warisan budaya negara kita sambil mempamerkan ketukangan dan teknologi kilang tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ditubuhkan pada 10 Julai 1971, Kilang Wang adalah pengeluar rasmi duit syiling Malaysia. Syiling peringatan itu akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Duit Syiling Peringatan Tembaga (pruf) dan Duit Syiling Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.).
Syiling Peringatan Tembaga (pruf) mempunyai nilai muka RM5 dan boleh didapati dalam tiga reka bentuk iaitu Wau, Gasing serta Congkak, masing-masing seberat 36.6 gram, 21.7 gram dan 22.8 gram, yang mana, ia akan dijual pada harga RM220 sekeping.
Manakala, Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.) diperbuat daripada tembaga dan campuran beberapa logam lain mempunyai berat 8.5 gram.
Syiling ini mempunyai nilai muka RM1 dan akan dijual pada harga RM13.20 sekeping.
Duit syiling peringatan itu juga boleh didapati dalam satu set dengan tiga rekaan, berharga RM605 setiap set, masing-masing merangkumi Wau, Gasing dan satu syiling tembaga berbentuk Congkak.
Syiling-syiling peringatan ini boleh dibeli mulai hari ini, dan mereka yang berminat boleh membuat pesanan mereka melalui https://duit.bnm.gov.my.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022
Syiling peringatan itu akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Duit Syiling Peringatan Tembaga (pruf) dan Duit Syiling Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.). - Facebook/Bank Negara Malaysia
Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok
Keluarga empat kanak-kanak itu telah memfailkan saman terhadap TikTok dan syarikat induknya, ByteDance, di Amerika Syarikat.
Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak berkurangan kepada 1,109 orang malam ini
Di Sabah, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 505 orang daripada 159 keluarga.
AWANI Ringkas: Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas pelbagai jenis aksesori pakaian tiruan bernilai RM72,767 di tiga premis berasingan sekitar Langkawi, semalam.
AWANI 7:45 [11/2/2025] – Tamatkan Konflik Palestin-Israel | Persepsi Rasuah Sektor Awam | Pemulihan Aset 1MDB Berterusan | Polis Yakin Dapat Tangkap Suspek
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Malaysia-Turkiye sepakat segerakan negara berdaulat Palestin, jadikan anggota PBB
- Malaysia kekal kedudukan ke-57 CPI 2024, segerakan reformasi tangani rasuah
- Walaupun DOJ dibubar, pemulihaan aset 1MDB diteruskan negara dunia
- Tekad buru suspek tembak di Setia Alam, sampai dapat
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Malaysia-Turkiye sepakat segerakan negara berdaulat Palestin, jadikan anggota PBB
- Malaysia kekal kedudukan ke-57 CPI 2024, segerakan reformasi tangani rasuah
- Walaupun DOJ dibubar, pemulihaan aset 1MDB diteruskan negara dunia
- Tekad buru suspek tembak di Setia Alam, sampai dapat
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
AI pacu kecekapan dan keberkesanan industri, sektor pekerjaan perlu lebih bersedia - Pakar
Kecerdasan buatan (AI) bukanlah ancaman besar kepada masyarakat kerana ia tidak akan mampu menggantikan tugas manusia.
Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli
Trump turut menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tarif ke atas kereta, cip semikonduktor dan farmaseutikal.
Penipuan dalam talian, dua wanita rugi RM565,200
Dua wanita mengalami kerugian keseluruhan RM565,200 selepas masing-masing terpedaya dengan skim pelaburan, dan sindiket penipuan dalam talian di Pahang.
AWANI Ringkas: Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bank Negara Malaysia keluarkan tiga syiling peringatan
Syiling peringatan itu akan dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu Syiling Peringatan Perak Sterling (pruf) serta Syiling Peringatan Nordic Gold Brilliant Uncirculated (B.U.).
Bank Negara Malaysia keluarkan duit syiling khas 100 tahun UPSI
Bank Negara Malaysia mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-100 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
BNM keluar syiling peringatan sempena ulang tahun Bandar Raya Kuala Lumpur ke-50
Terdapat dua denominasi iaitu Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna dan Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated.
BNM keluar syiling peringatan sempena ulang tahun Kilang Wang
Kilang Wang telah menghasilkan duit syiling yang cantik dengan reka bentuk yang disukai rakyat Malaysia sejak lima dekad lalu.