PUTRAJAYA: Pempengaruh media sosial Eira Aziera hari ini gagal dalam rayuannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan dia membayar ganti rugi RM100,000 kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan "body shaming" seorang pesuruhjaya sumpah wanita menerusi Facebook Live, tiga tahun lepas.
Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan terdiri daripada Datuk Seri Kamaludin Md Said, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Datuk S.M. Komathy Suppiah sebulat suara menolak rayuan Eira Aziera atau nama sebenarnya Noorazira Pissal selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit.
Ahmad Zaidi yang membacakan keputusan hari ini berkata Mahkamah Rayuan mendapati hakim Mahkamah Tinggi tidak terkhilaf apabila memutuskan bahawa kata-kata ataupun perkataan yang telah diluahkan oleh perayu (Noorazira) terhadap Suharnizan Md Sidek adalah fitnah.
"Kata-kata yang diucapkan oleh perayu adalah jelas, dan tiada keperluan untuk memanggil pakar bahasa bagi menentukan sama ada perkataan itu adalah fitnah atau tidak.
"Berdasarkan rekod-rekod rayuan, kami juga bersetuju dengan hakim Mahkamah Tinggi bahawa elemen-elemen (fitnah) lain telah dibuktikan. Oleh itu, rayuan berhubung liabiliti ditolak dan dapatan hakim Mahkamah Tinggi dikekalkan. Kos ditetapkan sebanyak RM10,000," katanya.
Berhubung rayuan balas Suharnizan terhadap ganti rugi RM100,000, Ahmad Zaidi berkata mahkamah mendapati jumlah ganti rugi yang diberikan oleh hakim bicara adalah munasabah.
"Mahkamah ini mendapati jumlah yang ditaksirkan munasabah. Ia tidak keterlaluan atau tidak mencukupi, dan hakim Mahkamah Tinggi telah mengambil kira faktor buli siber dan body shaming dalam memberikan jumlah ganti rugi.
"Kami juga mendapati rayuan balas itu tidak mempunyai merit dan kuantum (yang ditetapkan sebelum ini) dikekalkan. Oleh itu, rayuan balas ditolak dengan kos RM10,000," katanya pada prosiding secara dalam talian.
Noorazira diwakili peguam Yahaya Ahmad manakala Suharnizan diwakili peguam Rasheed Hassan dan Ashraf Hilmy.
Pada 30 Mei 2022, Mahkamah Tinggi Johor Bahru memerintahkan Noorazira selaku defendan membayar ganti rugi RM100,000 kepada Suharnizan selepas membenarkan tuntutan samannya terhadap pempengaruh media sosial itu.
Suharnizan selaku plaintif, memfailkan saman itu pada 13 Okt 2020 selepas mendakwa Noorazira mengeluarkan perkataan-perkataan kesat dan menghina rupa fizikal selain memaparkan gambar Suharnizan bersama dua anaknya menerusi video secara langsung dalam Facebook defendan atas nama Eira Aziera.
Dakwa Suharnizan, tindakan defendan itu susulan beliau menulis komen 'live masak, live makan-makan, letak produk kurus, boleh kurus ke?' semasa defendan membuat video 'live' di Facebooknya pada 18 Ogos 2020.
Suharnizan mendakwa kata-kata kesat defendan itu tular di media sosial serta telah dimuat naik, antaranya di Facebook 'Makcik Bawang Channel' dan 'Makcik Kiah Channel' yang mempunyai ribuan pengikut.
Akibat kata-kata yang dikeluarkan oleh defendan, reputasi plaintif telah tercemar selain beliau mengalami tekanan perasaan, trauma, kemurungan dan hilang keyakinan diri.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 12 2023

Panel hakim sebulat suara menolak rayuan Eira Aziera atau nama sebenarnya Noorazira Pissal selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit. - Gambar hiasan

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Penat kena body shaming, Oprah Winfrey mengaku ambil ubat kurus
"Saya makan ubat kurus atas nasihat doktor. Ubat ini diambil selepas saya berjaya menurunkan berat badan melalui diet dan bersenam."

Body shaming: Pempengaruh media sosial kekal bayar ganti rugi RM100,000
Panel hakim sebulat suara menolak rayuan Eira Aziera atau nama sebenarnya Noorazira Pissal selepas mendapati rayuan itu tidak mempunyai merit.

Eizlan Yusof minta hentikan 'body shaming'
Eizlan menerusi video pendek di akaun TikTok miliknya menyatakan perasaan kecewa apabila usia antara faktor atau pun alasan tidak layak untuk menjayakan filem aksi.

Isu Syamsul, Aaron Aziz: Netizen terpaksa 'kerja' lebih masa
Ia bermula apabila Syamsul memberi penjelasan punca sebenar Aaron digugurkan daripada membintangi filem 'The Original Gangster'.

'Jangan body shaming Siti Bainun' - Ika Nabella tegur netizen
Kata Ika, tidak adil untuk meletakkan hukum secara umum kepada individu bersaiz besar hanya disebabkan seorang individu semata-mata.

Adibah Noor menentang 'body shaming'!
Adibah akan muncul dalam rancangan Mat Luthfi @ astroawani.com malam ini untuk membincangkan tentang isu ini.