KOTA BHARU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan mengenal pasti 595 kawasan 'hotspot' yang berisiko berlaku banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.
Pengarahnya Zainal Madasin berkata kawasan "hotspot' itu melibatkan tujuh daerah di negeri itu yang dikenal pasti kerap berlaku banjir setiap tahun.
"Ia membabitkan Gua Musang, Kuala Krai, Rantau Panjang, Tumpat, Kota Bharu, Tanah Merah dan Jeli dengan kebanyakan di kawasan kampung.
"Kita akan memberi tumpuan lebih kerana boleh dikatakan kerap berlaku banjir setiap tahun dan pemantauan telah dilakukan sejak pertengahan bulan ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat JBPM Kelantan, Tunjong di sini hari ini.
Sebelum ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan negara mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November yang mendorong kepada banjir besar pada penghujung bulan itu.
MetMalaysia menjangkakan impak cuaca yang dialami lebih signifikan memandangkan MTL yang aktif pada tempoh itu sekali gus risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.
Mengulas lanjut, Zainal berkata anggota bomba telah mula melakukan pemantauan terutama melibatkan paras air sungai utama di setiap daerah.
"Pemantauan itu adalah laporan untuk diserahkan kepada pihak pengurusan bencana alam negeri dan pusat sebelum tindakan selanjutnya dilakukan," katanya.
Zainal berkata hampir 1,300 pegawai dan anggota termasuk bomba bantuan dan bomba sukarela telah bersiap sedia dengan latihan bagi penugasan sepanjang tempoh MTL.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 28 2022

Pengarah JBPM Kelantan Zainal Madasin (tiga, kiri) melihat sebahagian peralatan menyelamat di air pada Majlis Pelancaran Bulan Kesiapsiagaan Bencana Peringkat Jabatan di pekarangan Ibu Pejabat JBPM Kelantan Tunjong hari ini. - Foto BERNAMA

Ribut petir, hujan lebat diramal landa hampir seluruh negara hingga 6 petang
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda semua negeri kecuali Perlis, Melaka dan Labuan hingga 6 petang ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Lebih dua juta bayar balik pinjaman PTPTN hingga 31 Disember 2024
KPT memaklumkan daripada jumlah tersebut, sebanyak 1,044,595 peminjam telah menyelesaikan pinjaman mereka secara keseluruhannya.

Wanita maut dirempuh kereta selepas motosikal terbabas langgar memerang
Seorang jurujual wanita meninggal dunia akibat dirempuh sebuah kereta selepas terjatuh daripada motosikalnya yang terlanggar seekor memerang berhampiran MADAD.

Senarai hitam peniaga sewa, jual tapak bazar Ramadan pada warga asing - Exco
Kerajaan Perak akan bertindak tegas termasuk membatalkan lesen dan menyenaraihitamkan mana-mana peniaga tempatan yang didapati menyewa atau menjual tapak jualan bazar Ramadan kepada warga asing.

Pangkalan data pemantauan salah laku polis AS ditutup atas perintah Trump
Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.

Reformasi pendidikan fokus utama KPM tahun ini - Azman
Lapan keutamaan termasuk isu keciciran murid, peningkatan profesionalisme guru, pengukuhan kepimpinan pendidikan MADANI, dan penguasaan literasi serta numerasi murid.

Mahkamah Rayuan tetapkan 19 Mei untuk dengar rayuan Siti Bainun
Mahkamah Rayuan menetapkan 19 Mei ini untuk mendengar rayuan pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara 12 tahun.
Dua wanita Singapura ditahan padam rakaman CCTV
Dua wanita didakwa di mahkamah Singapura pada Jumaat kerana memadamkan klip video dan memformat semula sistem televisyen litar tertutup (CCTV) yang memaparkan rakaman seorang lelaki mencabul seorang kanak-kanak perempuan di sebuah pra sekolah.

Proses pemetaan sempadan Selangor, Kuala Lumpur selesai
Kerja-kerja pengukuran dan pemetaan sempadan bagi Selangor dan Kuala Lumpur telah selesai dilaksanakan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 31 Okt tahun lepas.

Dua lelaki didakwa tipu urusan penjualan jam tangan mewah lebih RM2 juta
Kedua-dua lelaki tempatan itu turut didakwa menipu seorang wanita membabitkan urusan pembelian 41 utas jam tangan berjenama Rolex.

JBPM Kelantan selamatkan empat remaja dihanyut banjir
Mereka berjaya diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang.

Hebatnya kakak bomba!
Kaki mangsa tidak boleh terkena air kerana akan memburukkan lagi kesihatannya.