KRUBONG: Hasil siasatan berhubung kematian Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, anggota Bomba yang lemas ketika operasi menyelamat mangsa banjir di Sungai Putat, Melaka dijangka diketahui dua minggu lagi.
Demikian jelas Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Abu Bakar Katain ketika ditemui Astro AWANI pada Jumaat.
Menurut beliau, ketika ini Jawatankuasa Siasatan Khas telah memulakan siasatan termasuk mengambil keterangan saksi kejadian.
"JBPM telah menubuhkan jawatankuasa siasatan, siasatan telah dimulakan dan saya mensasarkan hasil siasatan akan dapat dalam tempoh seminggu atau dua minggu akan datang.
"Beberapa perkara perlu diperincikan dan saksi kejadian perlu diambil keterangan untuk membantu siasatan," jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas mengiringi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Syed Fazmi Sayid Mohamad di kediaman Allahyarham Mohd Diya di Taman Krubong Jaya di sini, hari ini.
BACA: Anggota bomba lemas ketika misi menyelamat meninggal dunia
BACA: Jenazah anggota bomba lemas selamat dikebumi
Sehingga kini, tambah Abu Bakar, seramai empat saksi telah dikenal pasti terdiri daripada orang awam yang membantu menyelamatkan mangsa dalam kejadian pada petang Rabu itu.
"Setakat ini yang dikenal pasti masyarakat awam tiga empat orang saksi kita kenal pasti untuk membuat rakaman siasatan.
"Jawatankuasa ini akan juga dilantik dalam kalangan pegawai dari Ibu Pejabat JBPM Putrajaya," jelasnya lagi.
Fareez Azman
Fri Oct 22 2021
Hasil siasatan berhubung kematian Allahyarham Mohd Diya Che Jusoh, anggota Bomba yang lemas ketika operasi menyelamat mangsa banjir di Sungai Putat, Melaka dijangka diketahui dua minggu lagi.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Angka korban kebakaran Los Angeles meningkat kepada 28
Menurut Jabatan Perhutanan dan Perlindungan Kebakaran California, setakat ini, empat kebakaran liar masih berlaku di seluruh Los Angeles County.
11 penumpang maut, ramai cedera dalam nahas kereta api di Maharashtra, India
Sekurang-kurangnya 11 penumpang maut manakala ramai lagi cedera selepas dilanggar oleh sebuah kereta api di negeri Maharashtra, India, pada Rabu.
10 Berita Pilihan - (22 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Khamis – 23 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kebakaran resort ski, Presiden Turki hadir beri penghormatan terakhir
Dalam pada itu, beliau turut merakamkan ucapan takziah serta mendoakan agar mereka dirahmati oleh tuhan.
Bomba lemas: Hasil siasatan dijangka diketahui dua minggu lagi - Pengarah
Ketika ini Jawatankuasa Siasatan Khas telah memulakan siasatan termasuk mengambil keterangan saksi kejadian.
Tragedi Puchong: Dua wira bomba terima pingat
Pingat berkenaan diterima oleh ibu kepada Allahyarham Muhammad Hifdzul Malik Shaari dan ayah kepada Allahyarham Izatul Akma Wan Ibrahim.
Hasrat miliki rumah tak kesampaian, balu anggota bomba lemas mohon permudahkan
Menurut Noor Nadia Kamaludin, 29 tahun, Allahyarham Mohd Fatah Hashim memang berhasrat membeli rumah untuk keluarganya namun tidak kesampaian.
Manusia mati tinggalkan jasa, haiwan mati tinggalkan rangka - Nota akhir mangsa lemas
Status yang diletakkan oleh Muhammad Hifdzul, 25, itu agak pelik walaupun tidak ramai yang menyedarinya termasuk saudara mara yang lain malah hanya disedari malam tadi.