BAGAN SERAI: Satu longgokan besi buruk terbakar di kawasan lapang berdekatan lokasi pengumpulan besi tersebut di Batu 8, di sini hari ini.
Susulan kejadian itu, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar dengan dibantu BBP Kuala Kurau dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Alor Pongsu bergegas ke lokasi bagi memadamkan kebakaran.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 7.02 pagi.
"Setibanya jentera di lokasi kejadian mendapati kebakaran membabitkan longgokan besi buruk di kawasan lapang dan tidak melibatkan struktur bangunan.
"Kekuatan anggota bagi memadamkan kebakaran itu membabitkan BBP Parit Buntar (7), BBP Kuala Kurau (5), PBS Bagan Serai (5), PBS Jalan Bawah Kuala Kurau (5), PBS Kuala Kurau (8) dan PBS Alor Pongsu (2)," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Katanya lagi, pasukan bomba kemudiannya membuat kerja pemadaman menggunakan empat pancutan 400 kaki sehingga api berjaya dipadam.
Operasi berkenaan diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Aminuddin Mohd Noor.
Aida Aziz
Mon Dec 05 2022
![Bomba padam kebakaran longgokan besi buruk di Bagan Serai Bomba padam kebakaran longgokan besi buruk di Bagan Serai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51670210157_kebakaran.jpg)
Anggota bomba ketika melakukan pemadaman api di kawasan lapang berdekatan lokasi pengumpulan besi. - Foto JBPM Perak
Nissan, Honda batal perjanjian penggabungan jenama
Syarikat automotif terkemuka Jepun, Nissan Motor dan Honda Motor mengumumkan untuk tidak meneruskan perbincangan mengenai penggabungan antara kedua-dua syarikat. Dalam sidang media persidangan yang dianjurkan Nissan Motor di Yokohama pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif Nissan berkata, syarikat berkenaan sebulat suara bersetuju bersama Honda untuk menamatkan potensi penggabungan jenama berkenaan termasuk, rundingan-rundingan yang telah dibincangkan.
Jenayah: Warga emas 86 tahun mengaku salah tembak remaja 16 tahun
Yarl, yang terselamat walaupun ditembak sebanyak dua kali, memaklumkan dia menekan loceng pintu rumah Lester kerana menyangkakan rumah itu adalah rumah pengasuh adiknya.
PM Thailand pengerusikan mesyuarat keselamatan tergempar krisis Myawaddy
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Jumaat mempengerusikan mesyuarat tergempar dengan ketua-ketua agensi keselamatan untuk menilai keadaan di perbandaran Myawaddy, hab utama yang dikenal pasti untuk rangkaian pemerdagangan manusia di Myanmar.
14 Negeri Amerika Syarikat saman Trump dan Elon Musk
Empat belas negeri di Amerika Syarikat telah memfailkan saman persekutuan terhadap Presiden Donald Trump dan Elon Musk, jutawan ketua Jabatan Kecekapan Kerajaan (DOGE), atas dakwaan memiliki kuasa tanpa had dan tidak terkawal yang melanggar perlembagaan
Hamas umum nama tiga tebusan Israel yang akan dibebas Sabtu
Kumpulan pejuang Palestin, Hamas pada Jumaat mengumumkan nama tiga tebusan Israel yang akan dibebaskan pada Sabtu.
Duta Malaysia ke Amerika Syarikat perlu teguh mendepani cabaran
Duta Malaysia yang bakal dilantik ke Amerika Syarikat (AS) perlu memiliki kecekapan dan sentiasa bersedia berdepan sebarang cabaran.
Reformasi industri padi, beras agenda kerajaan tahun ini
Fokus utama kementerian pertanian dan keterjaminan makanan (KPKM) pada tahun ini adalah reformasi industri padi dan beras negara dengan mengutamakan pendekatan yang lebih lestari, berdaya saing dan mesra alam.
KDNK: Peningkatan pelaburan antara faktor penyumbang - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, MITI akan meneruskan usahanya untuk menarik lebih banyak pelaburan, meningkatkan perdagangan, dan membangunkan industri tempatan.
Kabinet berpendapat ada keperluan pinda Akta Pemberi Maklumat
Kabinet berpendapat ada keperluan untuk meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bagi mengatasi beberapa isu percanggahan dengan akta lain selain memperkukuh perlindungan kepada pemberi maklumat.
Dua individu termasuk CEO syarikat ditahan SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan dua lagi individu disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.
![6 maut, 7 cedera dalam kebakaran tapak pembinaan di Busan 6 maut, 7 cedera dalam kebakaran tapak pembinaan di Busan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739533782_smokeBusan.jpg)
6 maut, 7 cedera dalam kebakaran tapak pembinaan di Busan
Enam pekerja maut dan tujuh lagi cedera dalam kebakaran di tapak pembinaan sebuah hotel di bandar pelabuhan di tenggara Busan pada Jumaat.
![Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739502451_StesenJanakuasaTua.jpg)
Kebakaran stesen janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Setakat malam tadi, tiada sebarang kecederaan membabitkan warga kerja TNB mahupun orang awam dilaporkan.
![TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41717951713_TenagaNasionalLogo.jpg)
TNB sahkan insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, keadaan terkawal
Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengesahkan insiden kebakaran berlaku di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam ini.
![Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739308161_GeraiMercun.jpg)
Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah
Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras.
![Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739231725_KedaiRuncitTerbakar.jpg)
Dua kedai makan, sebuah kedai runcit terbakar
JBPM Selangor menerima panggilan berkaitan insiden itu pada jam 11 malam.
![Seorang maut, seorang cedera dalam letupan tangki simpanan minyak di Korea Selatan Seorang maut, seorang cedera dalam letupan tangki simpanan minyak di Korea Selatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81729841090_Explosion.jpg)
Seorang maut, seorang cedera dalam letupan tangki simpanan minyak di Korea Selatan
Sebuah tangki simpanan minyak di bandar Ulsan, tenggara Korea Selatan, meletup pada Isnin, mengakibatkan seorang maut dan seorang lagi cedera.
![Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739136954_kebakaranlimaruma.jpg)
Lima rumah, empat motosikal musnah dijilat api di Manjoi
Sebanyak lima buah rumah hangus dijilat api dalam kejadian kebakaran di Jalan Budiman, Kampung Tengku Hussein Baru.
![Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738549635_TBkebakaran.jpg)
Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah dalam kebakaran di Hulu Besut
Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut.
![Rumah didiami lapan beranak musnah dijilat api Rumah didiami lapan beranak musnah dijilat api](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738549279_KebakaranKualaKang.jpg)
Rumah didiami lapan beranak musnah dijilat api
Ahli keluarga menanggung kerugian sebanyak RM100,000 termasuk kenderaan yang rosak dijilat api.
![Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738426256_muziumhangeul.jpg)
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.