PUTRAJAYA: Terdapat keperluan untuk menambah aset bomba yang baharu dan moden bagi memantapkan perkhidmatan agensi itu, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid.
"Kalau ditanya keperluan aset, memang perlu ada, sama ada aset baharu atau aset yang perlu diselenggara. Sekarang orang juga mula cakap mengenai sistem automatik, pemadaman kebakaran robotik, dron dan ketersambungan serta penggunaan AI (kecerdasan buatan).
"Ini yang kita akan bangunkan dan perlukan bantuan daripada kerajaan (dari segi peruntukan) untuk memastikan tahap khidmat kebombaan setara dengan kemajuan negara kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Amanat Tahun Baharu Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan 2023 di sini hari ini.
Beliau berkata sehubungan itu permohonan peruntukan penambahan dan penyelenggaraan aset akan dibuat menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 dan Rancangan Malaysia Ke-13.
Sementara itu, Mohammad Hamdan berkata JBPM mempunyai 36 anjing dalam Unit Anjing Pengesan (K9) yang merupakan 'aset hidup' bagi memastikan penugasan operasi kebombaan dan penyelamatan dilaksanakan dengan baik.
Beliau berkata kesemua anjing pengesan itu setiap hari menjalani latihan kepakaran dalam pengendalian bencana berdasarkan senario yang dicipta oleh pasukan bomba.
"Saya dimaklumkan unit K9 ini juga boleh mengesan orang lemas, sekiranya mangsa berada di bawah julat antara tiga hingga enam kaki (0.91 meter hingga 1.82 meter) di bawah air," katanya yang turut berbesar hati atas penghargaan yang diberikan kepada anggota bomba dan unit K9 pada majlis amanat tersebut.
Pada majlis berkenaan, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyampaikan sijil penghargaan kepada Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Datuk Nor Hisham Mohamad yang mewakili anggota bomba dan unit K9 yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh Batang Kali, Selangor pada 16 Dis lepas serta JBPM Selangor yang diwakili oleh Timbalan Pengarahnya Wan Md Razali Wan Ismail.
Nga turut menyempurnakan pemakaian pingat 'Golden Performance' kepada empat anjing Unit K9 iaitu Blake, Lady, Grouse dan Pop, yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi itu yang membabitkan 92 mangsa dengan 61 daripadanya terselamat manakala 31 lagi terkorban selepas berlaku runtuhan tanah hingga menimbus kawasan perkhemahan Father's Organic Farm.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 09 2023

Terdapat keperluan untuk menambah aset bomba yang baharu dan moden bagi memantapkan perkhidmatan agensi itu, kata Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid. - Gambar fail/BERNAMA
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.
Dipenjara 2 bulan, denda RM1,000, curi baju, tudung, selipar
Seorang suri rumah dipenjara dua bulan dan didenda RM1,000 kerana mencuri beberapa barangan, termasuk pembersih muka di sebuah pasar raya.
Zahid yakin SPRM, belum sempat ziarah Ismail Sabri
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dan berlaku adil ke atas empat pegawai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
[Data & Statistik] Indeks Persepsi Rasuah 2024
Ikuti ulasan Irfan Faruqi berkenaan dengan Indeks Persepsi Rasuah 2024.

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Bomba perlu aset baharu, moden mantapkan perkhidmatan - Mohammad Hamdan
Terdapat keperluan untuk menambah aset bomba yang baharu dan moden bagi memantapkan perkhidmatan agensi itu.

JBPM sediakan 1,800 aset hadapi kemungkinan banjir
Aset tersebut melibatkan operasi di darat, air dan udara termasuk sembilan helikopter yang akan memantau kawasan berisiko.

Jentera bomba 'cap ayam'? Jawatankuasa ditubuh siasat isu pembelian aset JBPM
Zuraida berkata lima jabatan akan terlibat dalam jawatankuasa tersebut.