SEREMBAN: Seorang lelaki berusia 57 tahun yang dilaporkan pengsan ketika menjalankan aktiviti mendaki di Hutan Lipur Gunung Datuk, Rembau, dekat sini, hari ini diselamatkan bomba petang tadi.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota, Mohd Nazir Yusof berkata sepasukan anggota dan pegawai dari BBP Kota serta balai bomba bantuan termasuk BBP Rembau dan BBP Tampin dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.18 pagi tadi.
"Mangsa dijumpai separuh sedar di puncak gunung tersebut dan bomba berjaya menurunkannya ke kaki gunung dengan menggunakan 'sked stretcher' pada jam 7.42 malam dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan dan tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata semasa perjalanan ke kaki gunung pihaknya turut menyelamatkan seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun yang mengalami cedera ringan di kaki dan dibawa turun menggunakan 'bucket stretcher.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 06 2022
Sepasukan anggota dan pegawai dari BBP Kota serta balai bomba bantuan termasuk BBP Rembau dan BBP Tampin dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 11.18 pagi tadi. - Gambar hiasan
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
FAMA tingkat perolehan kelapa pastikan bekalan mencukupi
FAMA Pahang tangani isu kekurangan bekalan kelapa di pasaran dengan meningkatkan pembelian bagi memastikan bekalan mencukupi terutama menjelang musim perayaan.
'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.
Laporan portal berita mengelirukan, berniat jahat - Arifin Arif
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif menafikan pendedahan sebuah portal yang mendakwa beliau menawarkan penyelesaian bagi menuduh mulut individu yang mendedahkan skandal rasuah melibatkan aktiviti perlombongan di Sabah.
1,500 anggota, pegawai PDRM ditugaskan di sekitar Batu Caves
Sebanyak 1,500 pegawai dan anggota polis kontinjen Selangor akan ditempatkan di sekitar Batu Caves bagi mengawal keadaan sempena sambutan Thaipusam, Selasa depan.
PAC panggil Loke bukan atas dasar politik - Mas Ermieyati
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terkejut dengan kenyataan Menteri Pengangkutan bahawa cadangan untuk memanggil Anthony Loke dianggap bermotifkan politik.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
Pengerusinya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, badan siasatan itu adalah sebuah Jawatankuasa Pilihan ditubuhkan Majlis Dewan Rakyat yang bertindak secara profesional.
MAHAR kecam keras rancangan pemindahan rakyat Palestin
Malaysian Humanitarian Aid & Relief (MAHAR) dengan tegas menolak dan mengutuk rancangan pemindahan rakyat Palestin seperti dicadangkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Akaun aplikasi X Tun Dr Mahathir digodam
Aplikasi X milik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu @chedetofficial digodam dan tidak dapat diakses pada Rabu.
Hamas tolak sekeras-kerasnya cadangan Trump
Pemimpin Kanan Hamas, Izzat el-Reshiq berkata pihaknya menolak sekeras-kerasnya cadangan Presiden Donald Trump ke atas Gaza.
Palestin milik rakyatnya, cadangan Trump dikecam
Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk mengambil alih Semenanjung Gaza mendapat tentangan rakyat Palestin dan menyifatkan ia pelanggaran serius undang-undang antarabangsa.
Happy Hikers Malaysia anjur pendakian Gunung Datuk 29 Julai
Mendaki Gunung Datuk sambil menikmati keindahan hutan semula jadi di Kota, Rembau Negeri Sembilan sudah tentu mengujakan setiap pendaki.
Cedera di betis, pendaki wanita gagal turun gunung
Seorang pendaki wanita gagal menuruni gunung selepas mengalami kecederaan di bahagian kaki semasa mendaki puncak gunung 701 yang merupakan puncak antara Gunung Tampin dengan Gunung Datuk, Rembau.
Tujuh tersesat di Gunung Datuk ditemui
Tujuh orang yang tersesat di Gunung Datuk dekat sini pagi tadi berjaya ditemui petang ini.
Elak daki Gunung Datuk di musim hujan - Polis
Elak daki Gunung Datuk berikutan keadaan tidak selamat dan merbahaya ketika musim hujan sekarang, kata polis.
13 pelajar sesat di Gunung Datuk ditemui selamat malam tadi
Kesemua mangsa yang terdiri daripada 7 pelajar lelaki dan 6 pelajar wanita ditemui dalam keadaan lemah oleh pasukan mencari dan menyelamat pada 10.20 malam.
Pelajar sesat di Gunung Datuk ditemui selamat
Seorang pelajar perempuan UniKL Cawangan Alor Gajah, Melaka yang sesat di Gunung Datuk petang semalam dijumpai dalam keadaan selamat.
Seorang pelajar hilang di Gunung Datuk, Rembau
Seorang pelajar perempuan UniKL Alor Gajah dilaporkan sesat dan hilang di Gunung Datuk, dekat sini, selepas mendaki gunung itu.