SIBU: Penubuhan pasukan bomba sukarela dan bomba komuniti menjadi kaedah terbaik untuk menangani kes kebakaran dan usaha menyelamat awal di kawasan penempatan pedalaman yang bertaburan seperti di Sarawak.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata penduduk di kawasan pedalaman negeri itu, digalakkan menubuhkan pasukan sukarela supaya mereka dapat memberikan tindakan awal, apabila berlakunya sesuatu kecemasan seperti kebakaran.
Berikutan keluasan Sarawak yang mempunyai topografi dan geografi yang kompleks, beliau berkata sukar bagi pihak bomba dan penyelamat untuk memberikan tindak balas di bawah 10 minit, iaitu purata masa tindak balas yang ditetapkan di peringkat kebangsaan.
"Sebab itu kita membangun dan menggalak penubuhan pasukan bomba sukarela dan bomba komuniti, yang akan menjadi pihak yang pertama bertindak apabila berlakunya kecemasan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Balai Bomba dan Penyelamat Selangau, 78 kilometer dari sini semalam.
Mohammad Hamdan berkata kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin yang merangkumi sebahagian daripada Selangau, mempunyai lebih 400 buah rumah panjang yang kedudukan mereka bertaburan dan jauh dari balai bomba berkenaan.
Beliau berkata pasukan bomba sukarela itu akan didaftar di bawah JBPM Sarawak, dengan keanggotaannya hendaklah terdiri daripada penduduk setempat yang menjaga kawasan masing-masing dan akan dibekalkan dengan peralatan asas dan juga diberi latihan.
"Di samping itu, jika pasukan sukarela ini sudah berdaftar dengan Bomba, mereka akan mendapat geran sebanyak RM3,000 setahun untuk perbelanjaan pentadbiran dan juga pengurusan, dan dari semasa ke semasa kita akan membantu juga dari segi penyelenggaraan peralatan," ujarnya.
Dalam pada itu, Pengarah JBPM Sarawak Datuk Khirudin Drahman berkata Balai Bomba dan Penyelamat Selangau mulai dibina pada 29 Jan 2018, dengan kos projek bernilai lebih kurang RM6 juta.
Balai kategori D itu yang merupakan balai bomba yang ke-38 di Sarawak, dibina di atas tapak berkeluasan 1.45 hektar mula beroperasi pada 1 Jun 2020 dan mempunyai 10 anggota sepenuh masa dan 17 anggota bantuan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 30 2023

Mohammad Hamdan berkata keanggotaan pasukan bomba sukarela hendaklah terdiri daripada penduduk setempat yang menjaga kawasan masing-masing. - Gambar fail BERNAMA

Didik anak-anak bezakan kesahihan maklumat - Dr Wan Azizah
Kepesatan penyebaran pelbagai maklumat ketika ini menuntut ibu bapa memainkan peranan sangat penting dalam mendidik anak-anak untuk lebih bijak menilai serta membezakan kesahihan berita diterima.
[TERKINI] Dua platform jualan dalam talian turunkan iklan `gummy'
KKM mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy', sebelum ini dilaporkan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
KUSKOP peruntuk RM12 juta tahun ini - Ewon
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperuntukkan RM12 juta bagi Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) tahun ini.
Dipenjara 2 bulan, denda RM1,000, curi baju, tudung, selipar
Seorang suri rumah dipenjara dua bulan dan didenda RM1,000 kerana mencuri beberapa barangan, termasuk pembersih muka di sebuah pasar raya.
Zahid yakin SPRM, belum sempat ziarah Ismail Sabri
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yakin Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat dan berlaku adil ke atas empat pegawai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
Pada masa yang sama ketika sidang media sempena sambutan Ulang Tahun Ke-34 UMNO Sabah di Tawau, beliau memberitahu masih tidak sempat menziarahi Ismail Sabri yang menerima rawatan di hospital.
[Data & Statistik] Indeks Persepsi Rasuah 2024
Ikuti ulasan Irfan Faruqi berkenaan dengan Indeks Persepsi Rasuah 2024.

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.
Ismail Sabri masih perlukan pemantauan rapi doktor
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih memerlukan pemantauan rapi pihak hospital.
SPRM tahan dua bergelar Datuk, antara 4 pegawai Ismail Sabri
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.

Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Loke berkata pihaknya tidak berasa terganggu dengan dakwaan tersebut dan menjalankan tugas yang diamanahkan seperti biasa.

Abdul Wahab dilantik Ketua Pengarah JBPM berkuat kuasa esok
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Abdul Wahab Mat Yasin dilantik sebagai Ketua Pengarah JBPM yang baharu mulai esok.

Bomba sukarela, komuniti cara terbaik tangani kecemasan peringkat awal di pedalaman
Penduduk di pedalaman Sarawak digalak menubuhkan pasukan sukarela supaya dapat memberi tindakan awal apabila berlaku kecemasan.

Bomba perlu aset baharu, moden mantapkan perkhidmatan - Mohammad Hamdan
Terdapat keperluan untuk menambah aset bomba yang baharu dan moden bagi memantapkan perkhidmatan agensi itu.

JBPM sediakan 1,800 aset hadapi kemungkinan banjir
Aset tersebut melibatkan operasi di darat, air dan udara termasuk sembilan helikopter yang akan memantau kawasan berisiko.

JBPM, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional tubuh pasukan bomba uniti di KRT
Ia berperanan sebagai ejen kepada jabatan itu dalam menyalurkan bantuan kecemasan awal kepada komuniti setempat.

Kes libatkan integriti dan rasuah bomba semakin menurun
Penting untuk memastikan penurunan kes sehingga 50 peratus yang dicatat setakat ini, terus konsisten, bagi mengekang gejala negatif dalam badan beruniform tersebut.

JBPM mohon pemanjangan elaun anggota bertugas syif - KP Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memohon pemanjangan bayaran elaun kepada anggotanya yang bertugas secara syif 12 jam dan 24 jam.

Bomba optimum persediaan hadapi risiko kemalangan, kebakaran
JBPM mengoptimumkan langkah kesiapsiagaan mendepani sebarang risiko kemalangan atau kebakaran susulan kemasukan negara ke Fasa Peralihan ke Endemik.

Pascabanjir: Buang sampah domestik, elak kencing tikus - Bomba
Orang ramai yang terkesan banjir diminta mengurus dan membuang sampah domestik masing-masing dengan sempurna bagi mengelakkan penyakit yang berpunca daripada kencing tikus.

JBPM kenal pasti 272 lokasi berpotensi menyumbang kepada banjir - KP Bomba
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah mengenal pasti sejumlah 272 lokasi dengan paras air yang mudah meningkat dan berpotensi menyumbang kepada banjir di seluruh negara.