KUALA LUMPUR: Mufti Perlis mencadangkan dua perkara kepada penganjur Festival Bon Odori susulan isu pertembungan agama dan budaya yang menjadi pertikaian beberapa pihak.
Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pertamanya, isi sambutan festival itu tidak bersifat keagamaan dengan tidak memasukkan unsur khurafat atau syirik dan tiada ritual yang mewakili kepercayaan tertentu.
"Keduanya, jika boleh berikan nama baharu atau nama tambahan di samping nama Bon Odori bagi mengelakkan kekeliruan dengan perayaan asal yang mempunyai unsur syirik dan khurafat.
"Ini seperti menamakan festival kebudayaan Jepun atau masyarakat Jepun, maka dengan itu festival dapat diteruskan dan polemik dapat dikurangkan," katanya dalam muat naik di akaun Facebook, pada Jumaat.
Terdahulu, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyatakan, pihaknya tidak akan menghalang mana-mana individu untuk menghadiri Festival Bon Odori yang dijadual pada 16 Julai depan di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic).
Pengarahnya Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penetapan itu dibuat susulan titah Sultan Selangor yang tidak berkenan apa-apa keputusan mengenai perkara itu disimpulkan dengan tergesa-gesa tanpa kajian dan penelitian mendalam.
Media sebelum ini melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menasihatkan umat Islam di negara ini supaya tidak menyertai program tersebut kerana ia mengandungi unsur agama lain.
Afiezy Azaman
Fri Jun 10 2022

Mohd Asri mencadangkan dua perkara kepada penganjur Festival Bon Odori susulan isu pertembungan agama dan budaya yang menjadi pertikaian beberapa pihak. -Gambar fail/Astro AWANI
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Dewan Rakyat: Kenyataan Idris tentang Bon Odori, Oktoberfest wajar dihormati - Wan Ahmad Fayhsal
Pada Jun lepas, Idris menasihati Umat Islam untuk tidak menghadiri sebarang penganjuran festival Bon Odori, kerana ia mengandungi unsur pemujaan.

Beberapa jalan di Padang Kota ditutup esok
Beberapa jalan di kawasan Padang Kota akan ditutup sepenuhnya kepada lalu lintas berikutan penganjuran sambutan Festival Bon Odori 2022 peringkat Pulau Pinang, esok.

Bon Odori galakkan persahabatan antara Malaysia dan Jepun - Duta Takahashi
Festival Bon Odori ke-46 yang diadakan hari ini adalah bukti hubungan dua hala yang mesra yang dinikmati oleh kedua-dua negara.

Bon Odori: Kenyataan Roslan Shahrir jauh tersasar - Mohamad Munir
Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Pas Selangor, Roslan Shahrir mengenai perayaan Bon Odori disifatkan sebagai tidak tepat.

Pesuruhjaya Pas Selangor hanya dengar titah Sultan Sharafuddin
Pesuruhjaya Pas Selangor Datuk Ahmad Yunus Hairi hari ini mengesahkan beliau dititah mengadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah hanya untuk mendengar titah baginda.

Bon Odori: Sisters In Islam bidas kenyataan Menteri, Mufti dan Pas
Kenyataan sebegitu seakan terus menggalakkan sikap tidak bertoeransi dalam masyarakat majmuk dan pelbagai budaya di Malaysia.

Syed Saddiq anggap Pas hipokrit kerana benarkan Bon Odori di Kelantan
Presiden Muda itu berkata, sikap Kerajaan Pas di Kelantan yang membenar penganjuran festival tersebut di negeri itu, sebagai hipokrit.

Bon Odori: Mufti Perlis beri dua cadangan kepada penganjur
Isi sambutan festival itu tidak bersifat keagamaan dengan tidak memasukkan unsur khurafat atau syirik dan tiada ritual yang mewakili kepercayaan tertentu.

Bon Odori: Alasan kebudayaan Jepun tidak cukup merit - Dewan Ulamak Pas Pusat
Prinsip ini selaras dengan beberapa kenyataan yang dikeluarkan oleh para mufti, pengkaji agama serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Sultan Selangor titah menteri hadir Festival Bon Odori, fahami beza agama, budaya
Baginda juga tidak mahu Idris menggunakan platform Jakim untuk membuat kenyataan mengelirukan dan tidak tepat.