KUALA TERENGGANU: Bot pelancong terlibat dalam insiden pelanggaran dengan sebuah bot nelayan di muara Sungai Besut di Jeti Pelancongan Kuala Besut petang semalam, didapati membawa penumpang berlebihan iaitu seramai 29 orang, berbanding 12 yang dibenarkan.
Ketua Unit Komunikasi Korporat (UKK) Ibu Pejabat Laut, Jabatan Laut Malaysia (JLM) Muhammad Shuhaimi Abd Rahman berkata keadaan itu, menyebabkan bot pelancong tersebut sukar dikawal apabila berlaku pelanggaran, selain turut dipengaruhi faktor cuaca iaitu ombak dan arus laut yang kuat.
Katanya siasatan secara lisan turut mendapati, penumpang bot yang terdiri daripada 15 dewasa, 13 kanak-kanak dan seorang bayi serta dua kru bot, tidak memakai jaket keselamatan ketika kejadian kira-kira pukul 3.30 petang semalam.
"Akibat pelanggaran tersebut, kesemua penumpang serta kru bot pelancong dan bot nelayan jatuh ke dalam air, dan telah diselamatkan oleh anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta orang awam.
"Seramai 22 orang dibawa ke Klinik Kuala Besut untuk mendapatkan rawatan susulan, dengan 11 orang daripadanya iaitu dua kritikal, lapan separa kritikal dan seorang cedera ringan, telah dirujuk ke Hospital Besut," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Selain itu, Muhammad Shuhaimi berkata, siasatan awal juga mendapati nakhoda bot yang didaftarkan di lesen, adalah berbeza dengan nakhoda semasa kejadian dan lesen bot tersebut dilaporkan telah tamat tempoh pada 10 Jun lepas.
"Pemilik bot juga telah mengalihkan bot yang terlibat kemalangan dan menanggalkan nombor pendaftaran, bagi mengelirukan pihak Pejabat Laut Kuala Besut," katanya.
Menurutnya penumpang juga dilaporkan menaiki bot di jeti pendaratan persendirian yang tidak sah, dan bukan di bawah seliaan JLM, selain jeti tersebut juga jauh daripada kawalan JLM.
Katanya, antara jeti persendirian tidak sah yang sering digunakan pelancong untuk ke Pulau Perhentian dan Pulau Redang dari Besut adalah seperti di tepi pesisir pantai, Bukit Kluang, Pulau Rhu, dan di Sungai Kampung Raja.
"Jeti Penumpang Jabatan Laut Malaysia masih ditutup ekoran Fasa Monsun Timur Laut 2021/2022 yang bermula 3 Nov lepas, dan dijangka berterusan sehingga Mac ini. Hujan berterusan, angin kencang dan laut bergelora berisiko mengancam keselamatan bot-bot untuk beroperasi di laut," katanya.
Dalam pada itu, Muhammad Shuhaimi berkata pengusaha bot terbabit boleh dihadapkan ke mahkamah dan dikenakan tindakan saman di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (OPS) 1952, jika didapati bersalah.
Beliau berkata orang ramai yang ingin ke pulau-pulau peranginan dinasihatkan agar menggunakan jeti yang sah sahaja, iaitu di Jeti Penumpang Jabatan Laut Malaysia dan memakai jaket keselamatan, manakala pengusaha bot diingatkan tidak membawa lebihan muatan atau penumpang, serta memastikan lesen bot dan lesen nakhoda masih sah, bagi mengelakkan insiden tersebut berulang.
"JLM akan sentiasa bekerjasama dengan agensi penguat kuasa seperti PDRM dan APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia), serta mempergiatkan kempen memperbaharui lesen bot sebelum pulau peranginan beroperasi semula pada Mac ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 01 2022

Keadaan itu menyebabkan bot pelancong tersebut sukar dikawal apabila berlaku pelanggaran, selain turut dipengaruhi faktor cuaca. - Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Dua maut bot berlanggar di Semporna
Kedua-dua mangsa warga asing disahkan meninggal dunia selepas terhumban ke laut sebelum ditemui lemas oleh orang awam.

Nelayan maut berlanggar bot pelancong
Seorang nelayan ditemui maut selepas bot pam yang dinaikinya berlanggar dengan sebuah bot pelancong dalam kejadian di perairan Labuan Haji Semporna, pada malam Ahad.

Dua bot pelancong tiada lesen, insurans tamat tempoh ditahan
Maritim Malaysia Pulau Pinang menahan dua bot penumpang kerana membawa pelancong tanpa lesen sah dan insurans tamat tempoh di Teluk Bahang, semalam.

Pelanggaran bot pelancong: Pasukan penyiasat ditubuhkan kenal pasti punca
Satu pasukan penyiasat ditubuhkan segera bagi mengenal pasti punca utama pertembungan bot pelancong dan bot nelayan di muara Sungai Besut pada Isnin.

Bot pelancong berlanggar di Kuala Besut bawa penumpang berlebihan - Jabatan Laut
Keadaan itu menyebabkan bot pelancong tersebut sukar dikawal apabila berlaku pelanggaran, selain turut dipengaruhi faktor cuaca.

10 cedera, 2 kritikal bot pelancong bertembung dengan bot nelayan
Insiden itu telah menyebabkan dua daripadanya kritikal dan lapan separa kritikal manakala 21 yang lain terselamat.

Bot pelancong dan bot nelayan bertembung, 10 cedera
Sepuluh orang termasuk dua kanak-kanak berusia 11 dan 12 tahun cedera apabila bot pelancong yang mereka naiki bertembung dengan bot nelayan.

Tebing runtuh: Lapan maut, dua masih hilang bot dihempap batu besar
Sekurang-kurangnya 32 orang cedera namun kebanyakan mereka telah dibenarkan keluar hospital.

Tragedi pelanggaran bot Hungary, perbicaraan kapten kapal bermula
Yuriy Chaplinsky, warga Ukraine, didakwa dengan tuduhan membahayakan aliran trafik di air dan gagal memberikan bantuan.

Siasat segera kegiatan bot pelancong haram di Sabah
Datuk Christina Liew berkata, pihaknya sudah mengambil maklum mengenai perkara itu dan satu tindakan akan ambil dalam tempoh terdekat.