Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya menasihatkan setiap asrama di sekolah atau mana-mana institusi pengajian tinggi khususnya swasta untuk membuat semakan latar belakang setiap individu sebelum dilantik menjadi penyelia atau pembantu penyelia.
Menurutnya, perkara itu penting bagi memastikan pelajar mendapat jagaan yang baik
Tegasnya, pemeriksaan kesihatan terutama dari segi mental juga penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
“Sekolah perlu membuat pemeriksaan rekod lampau calon yang ingin diambil bekerja, contohnya melalui rekod polis atau pihak yang mengetahui tempat kerjanya dahulu.
“Selain itu, boleh juga semak rekod jika calon mengalami masalah mental dan sebagainya untuk mengetahui latar belakangnya,” kata Dr Hilmi selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Sainstifik Ke-3 Persatuan Juruteknologi Makmal Perubatan Malaysia di Bandar Hilir, Melaka.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kes kematian pelajar tahfiz, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi yang didakwa dipukul pembantu warden asrama di sekolahnya.
Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi berkata Malaysia masih kekurangan tenaga pakar dalam bidang kesihatan berdasarkan permintaan yang semakin tinggi di negara ini.
Justeru, beliau menggalakkan belia terutamanya untuk mendapatkan sebanyak mungkin kepakaran untuk masa hadapan mereka sekali gus dapat menyumbang kepada negara.
Malaysia kini mempunyai lebih 4,500 orang pakar dalam sektor kerajaan yang merangkumi pelbagai bidang perubatan.
Astro Awani
Thu Apr 27 2017

Dr Hilmi menasihatkan setiap asrama di sekolah atau mana-mana institusi pengajian tinggi khususnya swasta untuk membuat semakan latar belakang setiap individu sebelum dilantik menjadi penyelia atau pembantu penyelia. -Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Bekas ahli UMNO yang tiada kes mahkamah boleh sertai Bersatu - Tun Mahathir
Pengerusi Bersatu itu berkata partinya hanya mempelawa ahli yang tidak terlibat dalam sebarang masalah seperti menghadapi kes di mahkamah.

Rabies: Klinik bakal dikenakan tindakan undang-undang
Kementerian Kesihatan akan mengenakan tindakan undang-undang kepada sebuah klinik swasta di Kuching, Sarawak kerana gagal merujuk kes seorang lelaki digigit anjing ke fasiliti kesihatan kerajaan.

Buat semakan latar belakang calon penyelia di sekolah, IPT - Dr Hilmi
Tegasnya, pemeriksaan kesihatan terutama dari segi mental juga penting bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Kembalikan ubat yang tidak diguna elak pembaziran - Dr Hilmi
Saranan ini dibuat oleh Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya yang berkata perkara itu perlu dilakukan bagi mengelak pembaziran.

Mekanisme khas perlu bagi pastikan warga asing bayar bil perubatan
Ia disuarakan Senator Siti Aishah Shaik Ismail ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di persidangan Dewan Negara hari ini.

Kes kegagalan fungsi buah pinggang semakin meningkat - Hilmi Yahaya
Kes kegagalan buah pinggang disebabkan diabetes di Malaysia semakin meningkat.

Budayakan gaya hidup aktif, jaga soal kalori dan pemakanan
Mengulas amalan kesihatan di Malaysia, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya menggesa rakyat agar lebih proaktif dalam memantau tahap kesihatan masing-masing.

Keputusan guna vaksin denggi belum diputuskan - Hilmi
Syarikat pengeluar vaksin telahpun membuat permohonan untuk didaftarkan, namun perkara itu masih di peringkat kajian.

KKM nafi dakwaan dua kilang pembuatan perisa vape akan dibina
Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan Ikhlas kononnya dua kilang pembuatan perisa vape dipercayai milik individu berkepentingan dalam kerajaan, akan dibina tidak lama lagi.

Kerintangan antibiotik semakin membimbangkan akibat penyalahgunaan
Kerintangan antibiotik di negara ini terjjadi akibat kekerapan penggunaan dan penyalahgunaan jenis ubat itu secara meluas dalam sektor kesihatan.