IPOH: Ziarah sebuah keluarga berakhir dengan tragedi apabila seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun sembilan bulan ditemukan lemas dalam kolam renang di rumah datuknya di Tambun, pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, maklumat awal diterima daripada pihak hospital sekitar jam 10.30 malam membabitkan kematian mangsa.
"Siasatan dijalankan dan mendapati tempat kejadian merupakan sebuah kolam renang kanak-kanak di rumah datuk mangsa.
"Semasa kejadian, mangsa bersama kedua ibu bapanya berada di rumah berkenaan kerana menziarahi ahli keluarga," katanya dalam satu kenyataan, di sini, pada Rabu.
Menurut beliau, mangsa bagaimanapun ditemui bapanya dalam keadaan terapung sekitar jam 8.45 malam.
"Bapa mangsa membawanya ke Hospital Pantai bagi menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.
"Bedah siasat yang dijalankan Jabatan Forensik, Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini mendapati punca kematian mangsa adalah mati lemas," katanya.
Yahaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membiarkan kanak-kanak tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan.
Tambahnya, kedua ibu bapa mangsa berusia 33 dan 31 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
"Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
"Polis menasihatkan ibu bapa atau penjaga supaya tidak membiarkan kanak-kanak di bawah jagaan masing-masing tinggal tanpa pengawasan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Apr 26 2023
Seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun sembilan bulan ditemukan lemas dalam kolam renang di rumah datuknya di Tambun, pada Selasa. -Gambar hiasan
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Budak perempuan lemas dalam kolam renang rumah datuk
Semasa kejadian, mangsa bersama kedua ibu bapanya berada di rumah berkenaan kerana menziarahi ahli keluarga.