KENINGAU: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terkena tembakan senapang buatan sendiri ketika bermain dengan rakannya dalam kejadian di Kampung Kosogoh Salong Pagalungan pada Isnin lalu.
Mangsa berusia tujuh tahun terkena tembakan di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nabawan.
Ketua Polis Daerah Keningau, Deputi Superintenden Nor Rafidah Kasim berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Klinik Kesihatan Nabawan bahawa terdapat seorang kanak-kanak telah meninggal dunia ketika menerima rawatan.
"Hasil siasatan mendapati kanak-kanak itu telah terkena tembakan di bahagian kepala daripada senapang buatan sendiri jenis 'pump gun' oleh rakannya yang bermain bersamanya.
"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.
Katanya lagi, susulan kejadian itu seramai tujuh individu telah ditahan dan satu senjata api turut dirampas untuk siasatan lanjut.
"Siasatan masih diteruskan dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Apr 28 2023
![Budak tujuh tahun maut tertembak di kepala Budak tujuh tahun maut tertembak di kepala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/71510702203_gunshot.jpg)
Mangsa berusia tujuh tahun terkena tembakan di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nabawan. -Gambar hiasan/Getty Images/iStockphoto
![PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51735803655_PERKESOperkesolog.jpg)
PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.
![Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736805702_Asean.jpg)
Penggunaan data EO dorong tambahan AS$100 bilion kepada KDNK ASEAN - Laporan
Pertumbuhan itu dilihat menawarkan peluang besar bagi inovasi, daya tahan dan penyelesaian sektor swasta yang merentas industri.
![Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739288912_TBAbdulHamid.jpg)
Pulau Pinang akan wujud Kursi Endowment profesor Al-Azhar bidang syariah
MAINPP akan mewujudkan Endowment Chair Professor Al-Azhar dalam bidang syariah bagi tujuan kerjasama penyelidikan isu fikah dan syariah.
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
![Budak tujuh tahun maut tertembak di kepala Budak tujuh tahun maut tertembak di kepala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2017-11/71510702203_gunshot.jpg)
Budak tujuh tahun maut tertembak di kepala
Mangsa berusia tujuh tahun terkena tembakan di bahagian kepala sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Nabawan.
![Peneroka maut tertembak: Kemalangan kendali senapang buatan sendiri - Polis Peneroka maut tertembak: Kemalangan kendali senapang buatan sendiri - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-10/51635338050_penerokaFelda.jpg)
Peneroka maut tertembak: Kemalangan kendali senapang buatan sendiri - Polis
Polis berkata ia berdasarkan siasatan di lokasi kejadian, yang turut menemukan senapang dipercayai digunakan mangsa, Mohamad Omar, 67.
![Dua lelaki miliki senapang angin ditahan polis Dua lelaki miliki senapang angin ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51555341942_senapanganginBuki.jpg)
Dua lelaki miliki senapang angin ditahan polis
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Nik Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata polis menyerbu stor pada jam 12.30 tengah hari Ahad dan menahan dua lelaki berusia 30 dan 34 tahun.
![Polis buru lelaki ugut isteri guna senapang buatan sendiri Polis buru lelaki ugut isteri guna senapang buatan sendiri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41548123421_bakakuk.jpg)
Polis buru lelaki ugut isteri guna senapang buatan sendiri
Terdahulu seorang wanita berusia 37 tahun membuat laporan polis mendakwa dia diugut dengan selaras senapang dan ditumbuk dimulut oleh suaminya pada kira-kira pukul 9.00 malam.
![Polis tahan dua warga Indonesia, rampas empat laras senapang Polis tahan dua warga Indonesia, rampas empat laras senapang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/81446778415_syabu.jpg)
Polis tahan dua warga Indonesia, rampas empat laras senapang
Polis menahan dua suspek berusia 24 dan 28 tahun dan menemukan dua laras senapang bakakuk dan dua senapang guli serta 58.89 gram dadah jenis syabu bernilai RM4,500.