KOTA BHARU : Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyifatkan tindakan berbuka puasa di pekarangan tanah perkuburan kurang sesuai untuk dilakukan.
Beliau bimbang tindakan itu boleh menimbulkan pelanggaran adab-adab dan akhlak semasa berada di kawasan berkenaan.
"Sebagai contoh masa ziarah kubur, kalau tidak pakai tudung (golongan wanita) perkara tersebut kurang elok atau semasa berbuka puasa bergaul dengan yang tidak sepatutnya...umpamanya.
"Itu akan jadi masalahnya. Jelaslah kalau begitu ia menjadi pelanggaran akhlak. Saya berpandangan eloklah cari tempat yang lebih sesuai, berbuka puasa di tempat lapang tiada salahnya sebagaimana yang dilakukan ketika ini seperti di atas padang," katanya selepas diminta mengulas mengenai tindakan penduduk mengadakan aktiviti berbuka puasa di kawasan tanah perkuburan.
Mengulas mengenai tahlil di kawasan perkuburan, Mohamad Shukri memberitahu, perkara tersebut tidak mendatangkan masalah.
Media pada Ahad melaporkan penduduk di Kampung Alor Hijau, Pasir Puteh mengambil pendekatan mengadakan majlis berbuka puasa di tanah perkuburan bagi mengeratkan silaturahim sanak saudara yang masih hidup.
Pengarah program, Tuan Wi Tuan Ya berkata, ia merupakan acara tahunan mereka bagi memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Apr 17 2023

Laporan Sinar Harian pada Ahad. Mohamad Shukri (kanan). - Foto Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Perdana Menteri dijangka hadir Majlis Iftar MADANI anjuran JAKIM esok
Majlis bermula pukul 5.30 petang, akan turut menyediakan 10,000 pek juadah berbuka dan bubur lambuk Kampung Baru.

Agong, Raja Permaisuri berkenan berbuka puasa bersama warga PDRM
Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah turut berkenan menunaikan solat fardhu Maghrib berjemaah bersama para hadirin di Masjid Sallehin.

35,000 pengunjung tempatan, luar negara disasar sertai Iftar@KL 2024
Penyertaan pengunjung pada tahun ini amat menggalakkan dan meningkat berbanding hanya 30,875 pengunjung pada tahun lepas.

Hari pertama bazar Ramadan Kampong Bharu mula meriah
Warga kota tidak melepaskan peluang ke bazar Ramadan popular itu seawal jam 3 petang meskipun dalam keadaan cuaca panas terik.

PRN: Nik Abduh tarik balik keputusan 'berpuasa' politik
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz atau Nik Abduh menarik balik keputusannya untuk 'berpuasa' daripada arena politik negara.

Buka puasa di tanah kubur dibimbangi langgar adab, akhlak - Mufti
Tindakan berbuka puasa di pekarangan tanah perkuburan kurang sesuai untuk dilakukan.

Sultan Johor, TMJ berkenan berbuka puasa bersama pengamal media, ketua pengarang
Sultan Johor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama para pengamal media, ketua-ketua pengarang, editor-editor dan ketua-ketua pegawai eksekutif media di Istana Polo di sini pada Ahad.

Guan Eng berbuka puasa bersama UMNO Balik Pulau
Beliau berterima kasih kepada Ketua Bahagian UMNO Balik Pulau, Datuk Shah Headan Ayoob Shah yang menerima kunjungan itu.

PM buka puasa bersama pengamal media, penggiat seni tanah air
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa meluangkan masa dengan menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama pengamal media.

Aksi Everton, Spurs dihentikan beri laluan pemain berbuka puasa
Permainan dihentikan pada minit ke-26 bagi memberi laluan kepada Onana, Doucoure dan Gueye berbuka puasa di tepi padang.