KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengesahkan usahawan kosmetik dalam buruan, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat telah ditangkap pada 8 September lalu oleh pihak Imigresen Thailand.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan dalam satu kenyataan, Muhammad Sajjad, 36, ditahan atas kesalahan memiliki pasport yang tidak sah.
“Pada 9 September suspek telah dihadapkan ke mahkamah Thailand atas kesalahan imigresen dan dikenakan hukuman denda.
“Suspek turut dikehendaki di Malaysia bersabit Seksyen 9 Repot: 345/2021 di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Sekyen 353 Kanun Keseksaan.
“Ia kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipannya,” katanya.
BACA: Sajat ditahan di Bangkok, lapor media
BACA: Polis buru Sajat kes tukar maklumat kad pengenalan
Pada masa sama, Abd Jalil mengesahkan pihaknya kini dalam proses memohon ekstradisi bagi membawa pulang Muhammad Sajjad.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam mengeluarkan waran tangkap terhadap Muhammad Sajjad kerana gagal menghadirkan diri pada sebutan semula kesnya tanpa sebarang sebab.
Perbicaraan itu membabitkan kesnya yang dituduh berkelakuan dan berpakaian menyerupai wanita pada tahun 2018 di Shah Alam.
Faris Danial Razi
Mon Sep 20 2021

Bukit Aman mengesahkan pihaknya kini dalam proses memohon ekstradisi bagi membawa pulang Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat. - Gambar fail
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.

"Ayah... maafkan Sajat"
Sajat bersyukur sahabatnya, Aliff Syukri dan isteri secara sukarela membantu membelikan kerusi roda buat ayahnya.

"I dekat 'dalam' nanti" - Netizen sedih Sajat tak dapat balik lawat bapa sakit!
Ramai yang bertanyakan sama ada Sajat akan pulang ke Malaysia untuk menziarahi bapanya ataupun tidak.

"Doakan untuk keluarga saya" - Bapa Nur Sajat tenat
Nur Sajat dalam satu hantaran di Instagramnya mengesahkan bahawa kesihatan bapanya tidak begitu baik sejak minggu lepas lagi.

"Rasa seperti dilahirkan semula" - Sajat dakwa tukar jantina di Australia
Sajat mendakwa, status penukaran jantinanya diluluskan kerajaan Australia.

Ada lagi aset Sajat untuk dilelong - Peguam
Tindakan akan diteruskan bagi menbyelesaikan tunggakan terhadap OWA Resources, iaitu bekas stokis utama perniagaan bengkung dan girdle Sajat

Lelongan perkakas kediaman Nur Sajat cecah harga RM132,000
Antara barangan yang dilelong ialah set sofa, set meja makan, set bilik tidur, penghawa dingin, dapur, mesin basuh dan grand piano.

Gagal bayar pampasan, aset Sajat mula dilelong Selasa - Peguam
Aset usahawan kosmetik kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebaga Nur Sajat bakal mula dilelong pada Selasa jam 10.30 pagi.

Mahkamah arah aset Sajat disita, dilelong
Mahkamah Tinggi Shah Alam arah harta milik Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat disita.

Nur Sajat bakal muncul dalam The Ellen Show?
Usahawan berusia 36 tahun itu, yang kini menetap di Australia, mendedahkan perkara itu secara langsung di TikTok.

'Apa kesalahan Sajat, Rewcastle Brown? Tolonglah cari Jho Low ...' - RSN Rayer
Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengubah tumpuan dalam mencari individu yang dikehendaki.