DUNGUN: Tidak sampai setahun dibuka lokasi bersejarah Terowong Bukit Tebuk yang menjadi tarikan baharu pelancongan di daerah Dungun turut menjadi mangsa perbuatan vandalisme.
Tinjauan di tempat kawasan itu mendapati dinding asal terowong telah diconteng dengan banyak tulisan selain dari beberapa kemudahan lain yang turut dirosakkan dengan cara sengaja.
Selain itu sampah sarap dibuang merata-merata sekaligus mencacatkan pemandangan kawasan terowong yang berusia hampir 90 tahun.
Beberapa pengunjung yang ditemui meluahkan rasa kesal dengan keadaan yang berlaku di mana ia hanya mampu bertahan beberapa bulan sahaja selepas kawasan tersebut diberi nafas baharu pada awal tahun ini.
"Saya sebagai pengunjung ini amat kesal, kerana tempat ni, selepas ditularkan, telah menjadi kunjungan dari pihak luar banyak.
"Saya beberapa kali pernah datang ke sini, saya dapati ramai pengunjung di sini yang tertarik, tapi cubalah tengok sendiri, apa yang telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," kata seorang pengunjung, Mohammad Che Awang.
Sementara itu Naib Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia kawasan Dungun, Che Mat Nor Abdullah berkata perbincangan dengan pihak berkaitan akan dilakukan bagi mencari penyelesaian terbaik menangani masalah tersebut.
"Perbincangan yang kita nak suarakan nanti ialah terutamanya dari segi keselamatan, sebab kita tengok sekarang ini, dari segi keselamatan amat dititikberatkan, terutama sekali semasa kedatangan pelancong.
"Kita tak mahu mereka yang memasuki ke dalam kawasan ini tidak mengikut peraturan," katanya.
Sebelum ini Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya telah memperuntukkan sebanyak RM200,000 dimana kerja-kerja menaiktaraf melibatkan kerja penambahbaikan pada landskap dan pencahayaan di sepanjang 143 meter terowong tersebut setelah ianya terbiar selama hampir 40 tahun.
Bukit tebuk merupakan salah satu tempat yang diwartakan sebagai tempat bersejarah di Dungun, Terengganu di mana ia ditebuk sebagai terowong laluan kereta api pada tahun 1932 dan mula beroperasi pada tahun 1936.
Nur Fazlizai Ali
Sat Jun 03 2023

Antara tulisan yang diconteng pada dinding asal terowong tersebut. - Astro AWANI
AWANI Borneo [23/2/2025] – Petros-Petronas | Pembangunan | Ramalan MetMalaysia
#AWANIBorneo bersama Assim Hassan
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
- Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas
- Geran RM3.174 juta buat usahawan mikro di Sabah
- Hujan lebat berterusan di Pantai Barat Sabah
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
#AWANInews
Fokus Minggu Depan: Permukiman peluang tingkatkan prestasi jemaah menteri
Ikuti ulasan Penganalisis Politik USM, Profesor Datuk Dr. Sivamurugan Pandian mengenai sesi permukiman jemaah menteri persekutuan yang berlangsung pada 21 dan 22 Februari lalu.

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaiki dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 km atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.

Bukit Tebuk jadi mangsa perbuatan vandalisme
Tinjauan di tempat kawasan itu mendapati dinding asal terowong telah diconteng dengan banyak tulisan.