PUTRAJAYA: Buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah Tingkatan 4 telah mematuhi semua proses penerbitan bagi menjamin kualiti buku teks, termasuk ketepatan fakta, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM).
"Proses penerbitan buku teks KSSM Sejarah Tingkatan 4 telah melalui proses kawalan mutu yang ketat," kata KPM dalam kenyataan hari ini susulan desakan beberapa pihak agar buku teks Sejarah Tingkatan 4 diharamkan kerana didakwa memanipulasikan fakta selain diisi dengan elemen komunis sebagai pejuang kemerdekaan.
Proses kawalan mutu itu merangkumi pemetaan kandungan, penulisan manuskrip, penyediaan dan penyemakan pruf muka surat, naskhah sedia kamera, pemerakuan naskhah sedia kamera, naskhah contoh, apresiasi kulit buku teks dan kelulusan naskhah contoh bagi menyediakan naskhah edar, katanya.
Proses itu melibatkan Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM, Jawatankuasa Peningkatan Mutu Buku Teks, Jawatankuasa Pembaca Luar dan Jawatankuasa Penilaian Teknikal 4 KPM, katanya.
"Bagi mewasitkan fakta tertentu, KPM mendapatkan pengesahan fakta sejarah dan kandungan daripada agensi kerajaan yang terlibat seperti Arkib Negara, Muzium Negara, Persatuan Sejarah Malaysia, Suruhanjaya Pilihan Raya dan Setiausaha Kerajaan Negeri," menurut kenyataan itu.
KPM berkata penerbitan buku teks KSSM Sejarah Tingkatan 4 adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSM Sejarah Tingkatan 4 serta mengikut prosedur operasi standard Penerbitan Buku Teks KPM yang dikemas kini pada 2018.
Menurut KPM, DSKP KSSM Sejarah Tingkatan 4 telah diteliti, disemak dan diperakui sah oleh Panel Pakar Rujuk Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah KPM pada 24 April 2018
"Mereka adalah pakar sejarah seramai tujuh orang daripada pelbagai pengkhususan dan kaum. Kandungan DSKP KSSM Sejarah Tingkatan 4 adalah berpandukan Laporan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kurikulum Sejarah dan Buku Teks Sejarah Sekolah Menengah KPM (2011-2012)," menurut kenyataan itu.
KPM berkata pemilihan penulis buku teks pula adalah berdasarkan Tatacara Penerbitan Pakej Buku Teks Dewan Bahasa dan Pustaka dan mengikut kriteria khusus iaitu mempunyai latar belakang pendidikan sejarah serta berpengalaman menulis buku teks Sejarah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 25 2021
![Buku teks Sejarah Tingkatan 4 patuhi semua proses penerbitan - KPM Buku teks Sejarah Tingkatan 4 patuhi semua proses penerbitan - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81614256264_bukutekssejaraht.jpg)
Pemilihan penulis buku teks pula adalah berdasarkan Tatacara Penerbitan Pakej Buku Teks Dewan Bahasa dan Pustaka. - Gambar/ Twitter @kuasasiswa
![Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739394985_Botnelayan.jpg)
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.35 petang, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
![Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710219915_BazarRamadan.jpg)
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
![MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739364988_Masis.jpg)
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seramai 139 nelayan terperangkap berjaya diselamatkan
Perkara itu disahkan oleh Pihak Perkhidmatan Kecemasan Rusia pada Rabu menerusi aplikasi telegram.
10 Berita Pilihan - (12 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mesir umum visi bersepadu untuk pembangunan semula Gaza
Mesir menyuarakan hasrat membentangkan visi bersepadu bagi pembinaan semula Gaza demi memastikan kelangsungan rakyat Palestin di tanah air mereka.
![Korea Selatan perakui 76 buku teks digital berasaskan AI Korea Selatan perakui 76 buku teks digital berasaskan AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732867188_TechGeneric.jpg)
Korea Selatan perakui 76 buku teks digital berasaskan AI
Sebanyak 76 buku teks digital berasaskan kecerdasan buatan (AI) telah diperakui untuk kegunaan bilik darjah buat kali pertama di Korea Selatan.
![Tujuh strategi KPM diyakini mampu tangani isu beg sekolah berat - Dr Anuar Tujuh strategi KPM diyakini mampu tangani isu beg sekolah berat - Dr Anuar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646322254_muridsekolahrendah.jpg)
Tujuh strategi KPM diyakini mampu tangani isu beg sekolah berat - Dr Anuar
Keputusan pihak KPM hari ini menunjukkan suara rakyat khususnya ibu bapa telah diambil perhatian sewajarnya oleh pihak KPM.
![Laporan polis: Pemuda UMNO dakwa buku teks Sejarah Ting 4 dimanipulasi Laporan polis: Pemuda UMNO dakwa buku teks Sejarah Ting 4 dimanipulasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/61614646872_TBBUKUTEKSx.jpg)
Laporan polis: Pemuda UMNO dakwa buku teks Sejarah Ting 4 dimanipulasi
Muhamad Nur Aizat mendakwa wujud unsur manipulasi ke atas kandungan buku tersebut yang telah diteliti pakar sejarah dan ahli akademik.
![Buku teks Sejarah Tingkatan 4 patuhi semua proses penerbitan - KPM Buku teks Sejarah Tingkatan 4 patuhi semua proses penerbitan - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/81614256264_bukutekssejaraht.jpg)
Buku teks Sejarah Tingkatan 4 patuhi semua proses penerbitan - KPM
Buku teks Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Sejarah Tingkatan 4 telah mematuhi semua proses penerbitan bagi menjamin kualiti buku teks, termasuk ketepatan fakta.
![Kes rasuah ketirisan perolehan kerajaan semakin kritikal - Azam Baki Kes rasuah ketirisan perolehan kerajaan semakin kritikal - Azam Baki](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/41601517222_AzamBaki.jpg)
Kes rasuah ketirisan perolehan kerajaan semakin kritikal - Azam Baki
Beliau berkata hampir 50 peratus kes ketirisan perolehan kerajaan banyak berlaku melibatkan agensi-agensi kerajaan.
![Jangan kelirukan generasi muda dengan interpretasi baharu sejarah - Pakar Jangan kelirukan generasi muda dengan interpretasi baharu sejarah - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-08/81598502207_RamlahAdam.jpg)
Jangan kelirukan generasi muda dengan interpretasi baharu sejarah - Pakar
Krisis identiti yang berlaku dalam kalangan rakyat di kebanyakan negara menyebabkan semakin ramai tidak memahami siapa diri mereka dan peranan serta tanggungjawab yang sepatutnya dimainkan.
![Kenali Hang Tuah menerusi filem animasi Kenali Hang Tuah menerusi filem animasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-11/51573968276_HangTuahCentre.jpg)
Kenali Hang Tuah menerusi filem animasi
Mohd Jamil berharap harap penerbit filem tempatan berminat untuk menampilkan watak pahlawan Melayu dalam filem animasi mereka agar warisan sejarah ini tidak hilang.
![Seni Khat: 12 NGO tunjuk sikap toleransi dan persefahaman tinggi Seni Khat: 12 NGO tunjuk sikap toleransi dan persefahaman tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-05/71558693651_AminolhudaHassan.jpg)
Seni Khat: 12 NGO tunjuk sikap toleransi dan persefahaman tinggi
Aminolhuda Hassan berkata penerimaan kesemua NGO itu menunjukkan mereka menyedari bahawa seni tulisan khat merupakan salah satu nilai tambah.
![12 NGO setuju hanya seni tulisan khat diperkenalkan tahun depan 12 NGO setuju hanya seni tulisan khat diperkenalkan tahun depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81565135817_TeoNieChing.jpg)
12 NGO setuju hanya seni tulisan khat diperkenalkan tahun depan
Teo berkata turut dipersetujui dalam perbincangan itu ialah murid yang mempelajari pengenalan seni tulisan khat itu tidak diuji dalam peperiksaan.
![Pemimpin DAP hadir taklimat isu jawi, khat Pemimpin DAP hadir taklimat isu jawi, khat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-08/81565049228_TBTeoNieChing.jpg)
Pemimpin DAP hadir taklimat isu jawi, khat
Bagaimanapun, pihak media dimaklumkan tiada sidang media diadakan malam tadi sebaliknya DAP akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai hasil taklimat itu hari ini.