BUTTERWORTH: Bukan saja kotor malah bulu binatang, ranting kayu dan daun kering ditemui di dalam bekas pemerapan soya di sebuah kilang memproses kicap di Bagan Lebai Tahir di sini, semasa ‘Ops Bersih’ yang dijalankan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang (JKN) hari ini.
Pegawai Kesihatan Persekitaran Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Pulau Pinang, Mohd Wazir Khalid berkata, semasa pemeriksaan, pihaknya mendapati bekas tong kicap gentian kaca yang tidak bersih serta berkulat digunakan pengusaha kilang terbabit sejak 20 tahun lepas.
Mohd Wazir berkata, pemilik premis berkenaan sudah menjalankan perniagaan hampir 50 tahun namun didapati gagal mematuhi aspek kebersihan yang digariskan JKN.
“Kita risau pencemaran fizikal mungkin masuk dalam (bekas) sos dan boleh sebabkan keracunan, selain itu ada juga ranting kayu daun dan bulu binantang dan tidak mustahil najis burung (jatuh) berlaku pada proses pemerapan tesebut,” kata Mohd Wazir.
Selain itu, Mohd Wazir berkata, pemilik juga didapati mengitar semula botol terpakai dengan mengisi kicap yang baru diproses sebelum dipasarkan di negeri itu.
Menurut beliau, pemeriksaan yang dilakukan turut mendapati botol kosong itu dibersihkan sendiri serta tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Sementara itu, pemeriksaan di sebuah kilang roti di Raja Uda di sini, pula menemui najis tikus bertaburan di lantai dan bekas pembakar roti yang sudah lama tidak digunakan.
Bahkan, kata Mohd Wazir, terdapat juga kesan minyak lama di dulang roti dan keadaan yang tidak bersih itu dibimbangi akan berlaku pencemaran mahupun keracunan makanan.
“Kilang roti ini sudah beroperasi sejak enam tahun lalu. Kita risau, terdapat najis tikus terlalu banyak dan masih basah lagi… ini bermakna (najis tikus) itu masih baru lagi. Kita juga lihat pengusaha tidak mengamalkan jaminan keselamatan,” terang beliau lagi.
Susulan kilang memproses kicap dan roti itu tidak mematuhi peraturan kebersihan, JKN mengarahkan kedua-dua premis itu ditutup selama 14 hari mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Makanan 1985 dan Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
Sebanyak sembilan notis juga telah dkeluarkan dengan nilai kompaun keseluruhan mencecah RM9,000.
Seramai 26 anggota terdiri pegawai JKN, dan Pegawai penguatkuasa Bahagian Perlesenan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) terlibat dalam ops yang dijalankan bermula pukul 10 pagi itu.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Nov 11 2021
Dua pegawai Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang memeriksa bekas tong kicap yang tidak bersih serta berkulat digunakan pengusaha kilang terbabit sejak 20 tahun lepas. - Foto Astro AWANI
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
AS tegaskan semula sokongan untuk Korea Selatan, puji usaha tegakkan perlembagaan
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara Rumah Putih mengeluarkan kenyataan, menegaskan semula komitmen teguh Amerika terhadap Korea Selatan.
Tiga rakyat China dipenjara 7 tahun, terlibat aktiviti perlombongan haram
Cheng Chang Fu, Wan Ling Wu dan Cheng Hai-Yan juga dikehendaki membayar denda bersamaan $600,000 serta disenarai hitam daripada memasuki negara itu secara kekal.
PM Thailand jadi sasaran 'scammer' guna AI
Paetongtarn mendedahkan bahawa beliau hampir terpedaya dengan penipuan itu, apabila seorang penyamar menggunakan suara pemimpin berkenaan dan mendakwa beliau gagal membuat sumbangan tertentu.
Pengarang nafi terlibat serangan seksual lapan wanita
Dakwaan empat daripada mereka telah disiarkan pada Julai lalu dalam podcast Tortoise Media.
Ulat berenga ditemui dalam petis udang, najis tikus pula di kilang kicap di Pulau Pinang
Kilang yang beroperasi sejak lebih 50 tahun lalu sangat kotor selain tidak mematuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Bulu binatang, najis tikus bertaburan di kilang kicap dan roti
Kilang proses kicap di Bagan Lebai Tahir dan kilang roti di Raja Uda, Butterworth diarah tutup 14 hari oleh Jabatan Kesihatan Pulau Pinang.
Kotor dan guna logo halal tanpa kebenaran, kilang kicap diarah tutup
Antara kesalahan yang dikesan adalah struktur bangunan yang tidak selamat, penyimpanan bahan kotor dan penemuan najis tikus.