PUTRAJAYA: Seorang bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh teman wanita kerana enggan berkahwin dengannya 13 tahun lalu terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 31 tahun.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Harmindar Singh Dhaliwal mengetepikan hukuman mati selepas membenarkan permohonan semakan Othman A. Aziz, 72, mengikut Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.
Hakim Harmindar Singh yang bersidang bersama-sama Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Nordin Hassan turut memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara dari tarikh tangkap pada 3 Mei 2011.
Othman yang merupakan bapa kepada dua anak itu sudah dipenjara hampir 13 tahun.
Pada 26 Jun 2012, Mahkamah Tinggi Alor Star menjatuhkan hukuman mati ke atas Othman kerana membunuh Ratna Suffizahriyanti Omar yang ketika itu berusia 23 tahun di dalam bilik sebuah rumah di Jalan Stadium, Alor Setar, Kedah antara 8.45 malam 2 Mei hingga 12.45 tengah malam 3 Mei 2011.
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman terhadap Othman pada 11 Mac 2014 dan Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan sama pada 19 Jan 2015.
Terdahulu peguam Nik Mohamed Ikhwan Nik Mahamud yang mewakili Othman memohon hukuman mati digantikan dengan penjara 30 tahun dengan alasan anak guamnya telah menyerah diri kepada polis selepas kejadian itu berlaku.
"Anak guam saya telah memberi kerjasama sepenuhnya dalam kes ini malah dia juga mempunyai penyakit katarak (mata) yang memerlukan rawatan susulan di Hospital Serdang," katanya.
Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Mohd Amril Johari berhujah terdapat 26 luka tikaman dan empat luka hirisan pada bahagian dada dan belakang mangsa.
Berdasarkan fakta kes, mayat Ratna Suffizahriyanti ditemukan di dalam bilik tersebut oleh pihak polis susulan laporan yang dibuat Othman sendiri. Bilik berkenaan diduduki tertuduh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 03 2024
![Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707464717_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Panel tiga hakim mengetepikan hukuman mati selepas membenarkan permohonan semakan Othman A. Aziz, 72, mengikut Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023. - Gambar fail/Bernama
![Saizul Hafifi pengendali baharu skuad Bunga Raya 15s - KRM Saizul Hafifi pengendali baharu skuad Bunga Raya 15s - KRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739616467_MohdSaizulHafifi.jpg)
Saizul Hafifi pengendali baharu skuad Bunga Raya 15s - KRM
Bekas ketua jurulatih ragbi 7-sebelah (7s) kebangsaan Mohd Saizul Hafifi Md Noor dilantik sebagai ketua jurulatih skuad Bunga Raya 15-sebelah (15s) yang baharu.
![Sultan Kedah berkenan rasmi Aurelius Hospital Alor Setar Sultan Kedah berkenan rasmi Aurelius Hospital Alor Setar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739610897_AlAminulKarimSult.jpg)
Sultan Kedah berkenan rasmi Aurelius Hospital Alor Setar
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan merasmikan Aurelius Hospital Alor Setar (AHAS) hari ini.
![Amuk: Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang Amuk: Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739616143_kesamukKedah.jpg)
Amuk: Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang
Empat anggota polis cedera dilibas dengan parang Ketika cuba menahan seorang lelaki yang mengamuk di Taman Seri Astana, Sungai Petani petang semalam.
![RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739614548_RMHHTA.jpg)
RMHC Malaysia rasmi Rumah Ronald McDonald di HTA, bantu 4,000 keluarga sejak beroperasi
Persatuan Kebajikan Ronald McDonald Malaysia (RMHC Malaysia) merasmikan Rumah Ronald McDonald (RMH) di Hospital Tunku Azizah (HTA), sempena meraikan pencapaian empat tahun fasiliti itu.
![Tiga cedera, silinder gas meletup Tiga cedera, silinder gas meletup](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739614165_Silindergasmeletup.jpg)
Tiga cedera, silinder gas meletup
Seorang pekerja patah kaki manakala dua lagi cedera ringan dalam insiden letupan silinder gas di sebuah kilang pembuatan dan penyelesaian komponen elektronik di Pulau Pinang.
![OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali' OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739609456_SamAltman.jpg)
OpenAI sah tolak tawaran AS$97.4 bilion Musk, sifatkan ia 'bukan tawaran sama sekali'
OpenAI pada Jumaat secara rasmi menolak tawaran hampir US$100 bilion oleh Elon Musk untuk memperoleh organisasi tidak berasaskan keuntungan yang mengawal syarikat permulaan AI itu, lapor Xinhua.
![Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739607935_RihannaAAPRocky.jpg)
Hujahan penutup kes tembak selesai, A$AP Rocky dan Rihanna tinggalkan mahkamah
Penyanyi terkenal Rihanna dan pasangannya, A$AP Rocky, berpimpin tangan meninggalkan Mahkamah California selepas hujahan penutup selesai dalam perbicaraan kes tembakan pada Jumaat.
![50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram 50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739613931_kgpeluruke.jpg)
50,000 kg peluru, kelongsong ditemui di kilang e-waste haram
Serbuan di sebuah kilang memproses sampah elektronik (e-waste) di Telok Panglima Garang, di sini, membongkar penemuan kira-kira 50,000 kilogram (kg) peluru termasuk kelongsong, pada Sabtu.
![Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733142105_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ekonomi negara kukuh, Kerajaan MADANI komited pastikan kesejahteraan rakyat - Ahmad Zahid
Kerajaan MADANI terus menunjukkan komitmen untuk memacu pembangunan ekonomi yang mampan dan berdaya saing bagi memastikan kesejahteraan rakyat terutamanya di kawasan luar bandar.
Trump rancang umum tarif ke atas kereta import pada 2 April
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Jumaat berkata beliau akan mengumumkan tarif ke atas kereta import pada awal April.
![Tukang masak rugi RM20,000 diperdaya panggilan video individu menyamar anggota polis Tukang masak rugi RM20,000 diperdaya panggilan video individu menyamar anggota polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737025396_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Tukang masak rugi RM20,000 diperdaya panggilan video individu menyamar anggota polis
Seorang tukang masak rugi RM20,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan panggilan video menerusi aplikasi WhatsApp oleh individu yang menyamar sebagai anggota polis sejak Januari lepas.
![Tukang masak didenda RM2,500 tendang motosikal anggota URB Tukang masak didenda RM2,500 tendang motosikal anggota URB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737106800_Tukangmasaktendan.jpg)
Tukang masak didenda RM2,500 tendang motosikal anggota URB
Seorang tukang masak didenda RM2,500 selepas dia didapati bersalah menggunakan kekerasan jenayah terhadap anggota Unit Rondaan Bermotosikal.
![Bekas tukang masak bebas tuduhan bunuh Bekas tukang masak bebas tuduhan bunuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734588605_TBbunuh.jpg)
Bekas tukang masak bebas tuduhan bunuh
Mahkamah Tinggi pada Khamis, melepas dan membebaskan seorang bekas tukang masak daripada tuduhan membunuh seorang lelaki, enam tahun lalu.
![Bekas pengawal keselamatan dipenjara 13 tahun sebabkan kematian tukang masak Bekas pengawal keselamatan dipenjara 13 tahun sebabkan kematian tukang masak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722417372_TBTUKANGMASAK.jpg)
Bekas pengawal keselamatan dipenjara 13 tahun sebabkan kematian tukang masak
Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 13 tahun di Mahkamah Tinggi di sini hari ini kerana menyebabkan kematian seorang tukang masak empat tahun lepas.
![Curi telefon bimbit, tukang masak dipenjara dua bulan dan didenda RM2,000 Curi telefon bimbit, tukang masak dipenjara dua bulan dan didenda RM2,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51673593284_TBGAVEL.jpg)
Curi telefon bimbit, tukang masak dipenjara dua bulan dan didenda RM2,000
Seorang tukang masak dipenjara dua bulan dan didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret kerana mencuri sebuah telefon bimbit.
![Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/81707464717_TBISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Bunuh teman wanita: Hukuman mati banduan akhir diganti penjara 31 tahun
Seorang bekas tukang masak yang didapati bersalah membunuh teman wanita terlepas tali gantung setelah Mahkamah Persekutuan hari ini menggantikan hukuman itu kepada penjara 31 tahun.
![Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/61692782695_Obamaschef.jpg)
Kematian tukang masak peribadi Barack Obama diisytihar satu kemalangan
Punca kematian diisytiharkan sebagai kes lemas dan cara kematian disahkan sebagai satu kemalangan.
![Demonstrasi masakan buka peluang Chef Wan Noor berkhidmat di Tanah Suci Demonstrasi masakan buka peluang Chef Wan Noor berkhidmat di Tanah Suci](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684399712_DemonstrasiMasakan.jpg)
Demonstrasi masakan buka peluang Chef Wan Noor berkhidmat di Tanah Suci
Chef Wan Noor Zamran Hashim, 52, mengetuai dapur di bangunan Abraj Al-Janadriyyah, ibu pejabat Tabung Haji, di Mekah.
![Pembantu tukang masak mengaku tidak bersalah sebabkan kematian majikan Pembantu tukang masak mengaku tidak bersalah sebabkan kematian majikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670313634_JudgeHammer.jpg)
Pembantu tukang masak mengaku tidak bersalah sebabkan kematian majikan
Seksyen 304A Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
![Tukang masak pukul majikan hingga maut direman Tukang masak pukul majikan hingga maut direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675686754_handcuff.jpg)
Tukang masak pukul majikan hingga maut direman
Suspek berusia 55 tahun itu ditahan sejurus kejadian berlaku di sebuah restoran di Jalan Stadium di sini.