PETALING JAYA: Gara-gara membunyikan hon kereta didakwa menjadi punca kepada pergaduhan melibatkan dua lelaki di tepi Jalan Gasing di sini pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kedua-dua individu tersebut telah tampil membuat laporan polis pada jam 6.31 petang Isnin.
"Hasil siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara kedua-dua lelaki yang mencetuskan pergaduhan itu, ia disebabkan tindakan salah seorang daripada mereka yang memarahi dan menampar lelaki itu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Mohamad Fakhrudin berkata, pihaknya terkesan satu video berdurasi tiga minit 31 saat yang tular di media sosial.
"Dalam video tersebut, salah seorang lelaki mencetuskan provokasi dan menggunakan perkataan kesat kepada seorang lelaki lain, sebelum berlaku pergelutan di antara mereka.
"Bagaimanapun, kedua-dua lelaki itu telah bersetuju untuk menyelesaikan perkara ini dengan baik dan tidak mahu sebarang siasatan lanjut diteruskan," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 31 2022

Insiden pergaduhan melibatkan dua lelaki di tepi Jalan Gasing tular di media sosial sejak Isnin. -Foto Sinar Harian

Dua individu rugi lebih RM400,000 ditipu sindiket pelaburan tidak wujud
Polis mengesahkan seorang akauntan dan pesara guru menjadi mangsa sindiket pelaburan tidak wujud yang menjanjikan keuntungan lumayan sehingga mengakibatkan kerugian keseluruhan RM414,902.67.

Mantan Timbalan Naib Canselor USM Tan Sri Dr Kamal Salih meninggal dunia
Bekas Timbalan Naib Canselor (Akademik) Universiti Sains Malaysia (USM) Tan Sri Dr Kamal Salih meninggal dunia hari ini, di kediamannya di Southville City di Dengkil, Selangor.
Tumpuan Jumaat – 7 Mac 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Sekatan eksport cip AI AS boleh buka peluang Malaysia perkukuh teknologi tempatan - MITI
Malaysia berpeluang untuk menggalak serta memperkukuh keupayaan tempatan dalam pembangunan teknologi sekiranya Amerika Syarikat (AS) melaksanakan sekatan eksport cip kecerdasan buatannya (AI).
AWANI Tonight 6 March 2025
AWANI Tonight with Farhana Sheikh
1. UMNO denies links to MACC probe into ex-PM Ismail Sabri
2. Govt introduces special passes for investors, expats
1. UMNO denies links to MACC probe into ex-PM Ismail Sabri
2. Govt introduces special passes for investors, expats

KKM laksana pelbagai usaha capai matlamat masyarakat bebas rokok
Kementerian Kesihatan (KKM) meneruskan usaha mencapai matlamat masyarakat bebas rokok melalui pelbagai pendekatan dan program.

Aaron perlu fokus pemulihan sebelum ke Seluruh England 2025 - Roslin
Aaron Chia dinasihatkan supaya memberikan lebih tumpuan kepada pemulihan kecederaan pergelangan tangan berulang yang dialaminya menjelang Kejohanan Badminton Seluruh England 2025.

Agong, Raja Permaisuri berbuka puasa bersama PM, Jemaah Menteri
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama Jemaah Menteri dan perwakilan asing di Istana Negara, malam ini.
AWANI 7:45 [6/3/2025] – Tindakan undang-undang | Polis siasat 40 tan peluru hidup | Aktiviti anak di sekolah dirakam | Setakat 25 Februari 2025
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Wang tunai dan jongkong emas, tiada kaitan dengan UMNO
-Jumlah sitaan sindiket e-waste, mencecah RM3.9 bilion
-Pegawai penguatkuasa e-waste diugut, aktiviti anak di sekolah dirakam
-750 rakyat Malaysia diselamatkan, mangsa sindiket pekerjaan
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
-Wang tunai dan jongkong emas, tiada kaitan dengan UMNO
-Jumlah sitaan sindiket e-waste, mencecah RM3.9 bilion
-Pegawai penguatkuasa e-waste diugut, aktiviti anak di sekolah dirakam
-750 rakyat Malaysia diselamatkan, mangsa sindiket pekerjaan

Letupan periuk api ragut 4 nyawa di Hodeidah, Yemen
Empat individu, termasuk seorang kanak-kanak, terkorban dalam bencana letupan periuk api di wilayah barat Yemen, Hodeidah, kata pegawai perubatan tempatan pada Khamis.

Bunyi hon punca dua lelaki bergaduh
Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, kedua-dua individu tersebut telah tampil membuat laporan polis pada jam 6.31 petang Isnin.