Bursa Malaysia memulakan minggu ini dengan sentimen positif seiring dengan prestasi di Wall Street yang ditutup tinggi pada Jumaat minggu lepas ditengah-tengah pemulihan harga minyak mentah.
Pada 9.05 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KCLI (FBM KLCI) meningkat 6.62 mata atau 0.47 peratus kepada 1,410.06 daripada 1,403.44 pada Jumaat minggu lepas.
Indeks itu dibuka 5.95 mata lebih tinggi kepada 1,409.39.
Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 334 berbanding 113, manakala 241 kaunter tidak berubah, 1,187 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.
Jumlah dagangan berjumlah 906.87 juta bernilai RM240.18 juta.
Malacca Securities Sdn Bhd berkata dengan FBM KLCI ditutup tinggi pada Jumaat lepas susulan harga komoditi yang tinggi, pada masa depan ia menjangkakan momentum belian mungkin tidak menentu di tengah-tengah ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China yang tercetus semula.
"Sokongan daripada kenaikan minggu lepas mungkin menyaksikan FBM KLCI menguji semula jajaran penstabilan sekitar paras 1,430 selepas indeks utama itu berjaya meningkat di atas paras psikologi 1,400.
"Pada masa yang sama, 1,360 akan berfungsi sebagai paras sokongan," kata firma pembrokeran tempatan itu dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Malacca Securities berpandangan aktiviti giliran mungkin berterusan dengan minat dagangan cenderung kepada saham tenaga dan perladangan dalam tempoh terdekat ini, susulan harga komoditi yang tinggi kebelakangan ini.
Pada 9.43 pagi, harga penanda aras global minyak mentah Brent meningkat 4.06 peratus kepada US$33.82 setong.
Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Petronas Chemicals meningkat 13 sen kepada RM5.69, Tenaga naik 10 sen kepada RM12.30, IOI Corp menokok sembilan sen kepada RM4.08, Hartalega melonjak 12 sen kepada RM9.23 dan MISC menambah lapan sen kepada RM8.08.
Saham paling cergas dikuasai kaunter berkaitan minyak dan gas dengan Bumi Armada dan Hibiscus naik 5.5 sen setiap satu masing-masing kepada 25 sen dan 63.5 sen, Icon Offshore mengukuh tiga sen kepada 10.5 sen, KNM naik 3.5 sen kepada 21.5 sen manakala kaunter teknologi Lambo tidak berubah pada dua sen.
Kaunter untung utama adalah Carlsberg, meningkat 28 sen kepada RM27.10 manakala kaunter rugi utama Pentamaster turun 1.5 sen kepada RM4.28.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 61.47 mata kepada 9,929.53, Indeks FBMT 100 naik 56.02 mata kepada 9,772.13 manakala Indeks FBM Emas Shariah meningkat 82.66 mata kepada 11,783.51.
FBM ACE meningkat 49.67 mata kepada 5,439.77 dan FBM 70 naik 110.97 mata keoada 12,102.38.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 29.82 mata kepada 12,297.03, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.30 mata kepada 122.19 dan Indeks Perladangan melonjak 33.72 mata kepada 6,230.88.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 18 2020
![Bursa Malaysia bermula minggu ini dengan sentimen positif Bursa Malaysia bermula minggu ini dengan sentimen positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51588044029_BursaMalaysia.jpg)
Pada 9.43 pagi, harga penanda aras global minyak mentah Brent meningkat 4.06 peratus kepada US$33.82 setong. - Gambar BERNAMA
![JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0 JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738793240_TBJDT.jpg)
JDT di ambang kejuaraan, benam PDRM FC 4-0
Skuad kendalian Hector Bidoglio berada di puncak kedudukan liga dengan mengumpul 55 mata, sementara Selangor di tangga kedua dengan perbezaan 16 mata.
![Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin” Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738793021_TBMohammadMustafa.jpg)
Mesir, Palestin bincang rancangan pemulihan Gaza “tanpa pindahkan penduduk Palestin”
Perbincangan berlangsung dalam satu mesyuarat di Kaherah antara Menteri Luar Mesir, Badr Abdelatty dan Perdana Menteri Palestin yang juga Menteri Luar, Mohamed Mustafa.
![Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723452979_IbuKotaNusantara.jpg)
Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.
![Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738792621_TBpasarkeramat.jpg)
Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.
![Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737330147_GazaPalestineHam.jpg)
Rancangan Gaza Trump langgar undang-undang antarabangsa, kata Afghanistan
"Gaza adalah sebahagian daripada wilayah Palestin dan tiada sesiapa pun yang mempunyai kuasa untuk menentukan nasib penduduknya," kata Kementerian Luar Afghanistan
![445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI 445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738770997_GobindSinghDeo.jpg)
445,000 penjawat awam manfaat penggunaan Gen AI
Fasa pertama program itu yang diperkenalkan pada Disember 2024 adalah perintis untuk menguji integrasi AI dalam aliran kerja kerajaan.
![Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/71713608544_kementerianpendidik.jpg)
Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.
![Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737481124_TBBENDERAASEAN.jpg)
Perang Dagang Global: Tonjolkan ASEAN sebagai rantau dagang stabil, adil - Penganalisis
ASEAN perlu menonjolkan kelebihannya sebagai sebuah rantau dagang yang stabil dan adil kepada semua negara-negara dunia yang mahu menjalankan perniagaan.
![Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713670650_padi.jpg)
Pesawah harap harga lantai belian padi baharu bawa khabar gembira
Pesawah di negeri ini berharap harga lantai belian padi baharu yang akan diumumkan minggu depan membawa perkhabaran gembira kepada mereka.
![UTM sedia menerajui pembangunan AI negara UTM sedia menerajui pembangunan AI negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41619931419_UTM.jpg)
UTM sedia menerajui pembangunan AI negara
Universiti Teknologi Malaysia sedia jadi peneraju pembangunan bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) negara khususnya melibatkan institusi pengajian tinggi (IPT).
![BMI semak turun harga purata minyak mentah Brent 2025 pada US$76 setong BMI semak turun harga purata minyak mentah Brent 2025 pada US$76 setong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61733467090_OilRig.jpg)
BMI semak turun harga purata minyak mentah Brent 2025 pada US$76 setong
BMI yang juga unit Fitch Solutions, menyemak turun harga purata tahunan minyak mentah Brent pada US$76 setong bagi 2025 daripada US$78 setong, sebelum ini.
![Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/51626243436_RinggitMalaysia.jpg)
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit merosot untuk dibuka rendah pada Rabu berikutan harga minyak mentah Brent ditutup rendah.
![Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada sesi dagangan awal pagi ini Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada sesi dagangan awal pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61612786872_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada sesi dagangan awal pagi ini
Pada jam 9.07 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 4.84 mata kepada 1,587.36 daripada 1,582.52 ketika ditutup para urus niaga minggu sebelumnya.
![Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman Indeks Harga Pengguna Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman Indeks Harga Pengguna](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2018-02/51517801586_duit.jpg)
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS menjelang pengumuman Indeks Harga Pengguna
Pada 9 pagi, unit tempatan itu susut 10 mata asas kepada 4.1320/1360 berbanding dolar AS daripada 4.1310/1350 ketika mengakhiri urus niaga petang Isnin.
![Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-02/81454587722_DOLLAR.jpg)
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS pagi ini
Urus niaga ringgit agak rendah berbanding dolar AS ketika dibuka pada pagi Isnin kerana kekurangan permintaan untuk unit tempatan.
![Bursa Malaysia dibuka rendah awal pagi ini, sentimen berhati-hati Bursa Malaysia dibuka rendah awal pagi ini, sentimen berhati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/61613009619_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka rendah awal pagi ini, sentimen berhati-hati
Peserta pasaran mungkin mengurangkan aktiviti urus niaga masing-masing sebelum cuti hujung minggu yang panjang bermula.
![Ringgit dibuka tinggi, kukuh 90 mata asas berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi, kukuh 90 mata asas berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/71602317805_money.jpg)
Ringgit dibuka tinggi, kukuh 90 mata asas berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat 90 mata asas kepada 4.0590/0650 berbanding dolar AS daripada 4.0680/0730 ketika ditutup pada Jumaat petang.
![Bursa Malaysia bermula minggu ini dengan sentimen positif Bursa Malaysia bermula minggu ini dengan sentimen positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/51588044029_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia bermula minggu ini dengan sentimen positif
Bursa Malaysia memulakan minggu ini dengan sentimen positif seiring dengan prestasi di Wall Street yang ditutup tinggi pada Jumaat minggu lepas ditengah-tengah pemulihan harga minyak mentah.
![Minyak mentah Brent dijangka meningkat kepada AS$68 setong akhir 2020 Minyak mentah Brent dijangka meningkat kepada AS$68 setong akhir 2020](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61545618217_OilRig.jpg)
Minyak mentah Brent dijangka meningkat kepada AS$68 setong akhir 2020
Harga minyak mentah penanda aras global, Brent dijangka naik kepada AS$68 setong menjelang akhir 2020 berbanding AS$64 setong pada Rabu.
![Harga minyak mentah melonjak Harga minyak mentah melonjak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41554188775_OILRIG.jpg)
Harga minyak mentah melonjak
Harga minyak mentah melonjak ke paras lima bulan tertinggi pada dagangan selasa dipacu data ekonomi China yang kukuh sekaligus member bayangan permintaan mungkin meningkat.