KOTA BHARU: Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dua pertuduhan melakukan amang seksual dengan mencabul anak angkatnya pada 10 Disember lalu.
Tertuduh yang berusia 49 tahun dari Tawang, Bachok itu didakwa di hadapan hakim, Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Mengikut kedua-dua pertuduhan tersebut, lelaki berkenaan melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja warga Thailand yang berusia 15 tahun empat bulan dengan mencabul gadis itu dalam bilik di sebuah rumah di Tawang, Bachok pada jam 7.30 pagi.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792] yang dibaca bersama Seksyen 16 akta sama.
Bagi Seksyen 14 Akta 792, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika sabit kesalahan, manakala Seksyen 16 adalah tambahan kepada hukuman penjara maksimum lima tahun dan hendaklah dihukum sebat minimum dua sebatan kerana hubungan amanah antara tertuduh dengan mangsa.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Akmal Mohd Bakri manakala tertuduh yang sudah mempunyai isteri itu diwakili peguam, Mohd Zubairi Salleh.
Pada prosiding itu, tertuduh melalui peguamnya merayu untuk dibenarkan jaminan dengan alasan dia mengalami gastrik yang teruk dan menjadi penanggung tunggal keluarganya.
Nur Akmal bagaimanapun membantah permohonan itu berikutan tertuduh mempunyai hubungan keluarga angkat dan tinggal serumah dengan mangsa.
Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tidak boleh mengganggu saksi-saksi dan mangsa kes berkenaan selain perlu melapor diri di balai polis setiap 1 hari bulan.
Tertuduh menjelaskan bayaran jaminan itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 21 2023
![Buruh dituduh cabul anak angkat Buruh dituduh cabul anak angkat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51703158635_TBCabol.jpg)
Tertuduh (kiri) berdepan dua pertuduhan melakukan amang seksual dengan mencabul anak angkatnya pada 10 Disember lalu. - Gambar/ Sinar Harian
![UK, AS sepakat Zelenskyy mesti terlibat dalam rundingan damai Ukraine - Lammy UK, AS sepakat Zelenskyy mesti terlibat dalam rundingan damai Ukraine - Lammy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739575347_TBMunichSecurity.jpg)
UK, AS sepakat Zelenskyy mesti terlibat dalam rundingan damai Ukraine - Lammy
, 14 Feb (Reuters) -- Menteri Luar Britain David Lammy pada Jumaat berkata beliau dan Naib Presiden Amerika Syarikat (AS) JD Vance bersetuju Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky mesti terlibat da
UAE anjur Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia 2026 dari 3-5 Feb
Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia (WGS) seterusnya akan diadakan dari 3 hingga 5 Feb 2026, di bawah arahan Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Naib Presiden Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum.
Konflik Congo makin parah, 350,000 jadi pelarian
Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) menyuarakan kebimbangan terhadap keadaan yang semakin merosot di timur Republik Demokratik Congo, pada Jumaat.
Negara Arab tolak cadangan pindahkan penduduk Gaza
Negara-negara Arab menegaskan bahawa mereka menolak sebarang cadangan untuk memindahkan rakyat Palestin dari Gaza ke Jordan dan Mesir, kata wakil Kumpulan Arab kepada pemberita pada Jumaat.
KPKM akan memuktamadkan penyasaran subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan industri padi, beras
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) kini dalam peringkat akhir perbincangan untuk memuktamadkan penyelesaian pemberian subsidi diesel kepada penyedia perkhidmatan dalam industri padi dan beras.
JPA sentiasa teroka pendekatan terbaik integrasikan automasi, transformasi digital
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sentiasa meneroka pendekatan terbaik untuk mengintegrasikan automasi dan transformasi digital bagi memastikan penjawat awam bersedia menghadapi peranan baharu dalam persekitaran kerja yang dinamik.
Arham Abdullah dilantik Naib Canselor UMK ke-7
Prof Dr Arham Abdullah dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang ketujuh berkuat kuasa Ahad ini.
![Agensi antirasuah Indonesia dan Britain tingkat kerjasama Agensi antirasuah Indonesia dan Britain tingkat kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739259414_rasuah.jpg)
Agensi antirasuah Indonesia dan Britain tingkat kerjasama
KPK Indonesia dan SFO United Kingdom bersetuju memperkukuh kerjasama dalam kes rasuah rentas negara.
Jordan tidak dapat terima lebih ramai pelarian Palestin
Negara-negara Arab sedang merangka pelan bagi membangunkan semula Gaza tanpa memindahkan penduduknya serta menjamin keselamatan dan tadbir urus, kata Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, pada Jumaat.
Arab Saudi pimpin usaha rangka masa depan Gaza
Arab Saudi sedang menerajui usaha mendesak negara-negara Arab bagi merangka pelan masa depan Gaza.
![Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738652082_tbgenericchildabus.jpg)
Polis tahan bomoh muda cabul kanak-kanak
Polis menahan seorang bomoh lelaki selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan di daerah Kemaman pada 31 Januari lepas.
![Remaja Maghribi mengaku bersalah cabul wanita Malaysia dalam pesawat Remaja Maghribi mengaku bersalah cabul wanita Malaysia dalam pesawat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51734682951_PelajarlelakiMaghr.jpg)
Remaja Maghribi mengaku bersalah cabul wanita Malaysia dalam pesawat
Seorang pelajar lelaki Maghribi, mengaku bersalah atas pertuduhan mencabul penumpang wanita dalam pesawat dari Abu Dhabi, UAE ke Kuala Lumpur, Rabu lalu.
![PU Azman mengaku salah lakukan kelucahan melampau, dipenjara 14 bulan PU Azman mengaku salah lakukan kelucahan melampau, dipenjara 14 bulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/51733465793_TBPUAZMAN.jpg)
PU Azman mengaku salah lakukan kelucahan melampau, dipenjara 14 bulan
Pendakwah selebriti Azman Syah Alias dihukum penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret selepas mengaku bersalah atas pertuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang remaja lelaki.
![Satu representasi PU Azman ditolak, hafal satu juzuk al-Quran di penjara Satu representasi PU Azman ditolak, hafal satu juzuk al-Quran di penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732693185_PUAzman.jpg)
Satu representasi PU Azman ditolak, hafal satu juzuk al-Quran di penjara
AGC menolak satu daripada dua representasi dikemukakan PU Azman berkaitan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Seremban.
![Pemandu bas ekspres didakwa cabul penumpang Pemandu bas ekspres didakwa cabul penumpang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724841032_TBcabul.jpg)
Pemandu bas ekspres didakwa cabul penumpang
Seorang pemandu bas ekspres mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu atas pertuduhan mencabul seorang penumpang wanita, Jumaat lepas.
![Kes cabul atlet Sukma: Bekas jurulatih boling dibebaskan Kes cabul atlet Sukma: Bekas jurulatih boling dibebaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61724308212_NadzirAbdullahMar.jpg)
Kes cabul atlet Sukma: Bekas jurulatih boling dibebaskan
Seorang bekas penolong jurulatih boling dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis atas dakwaan kes cabul ke atas seorang atlet Sukan Malaysia (Sukma) tujuh tahun lalu.
![Penganggur direman cabul cucu saudara Penganggur direman cabul cucu saudara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722929422_cabul.jpg)
Penganggur direman cabul cucu saudara
Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes cabul cucu saudaranya yang berusia enam tahun.
![Pelancong Maghribi mengaku cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong Maghribi mengaku cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721282821_pelancong.jpg)
Pelancong Maghribi mengaku cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Seorang pelancong warga Maghribi mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis atas dakwaan mencabul kehormatan seorang pekerja spa Ahad lalu.
![Peniaga pasar malam didakwa rogol, amang seksual anak kawan Peniaga pasar malam didakwa rogol, amang seksual anak kawan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720936815_tbpertuduhanmerogol.jpg)
Peniaga pasar malam didakwa rogol, amang seksual anak kawan
Tertuduh, Lim Khim Tai, 47, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Abu Bakar Manat.
![Kes cabul tular: Pemandu e-hailing didakwa di mahkamah Kes cabul tular: Pemandu e-hailing didakwa di mahkamah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718697291_TBcabul.jpg)
Kes cabul tular: Pemandu e-hailing didakwa di mahkamah
Seorang lelaki yang videonya tular kerana menyentuh punggung seorang wanita di sebuah kedai runcit peralatan pembaikan rumah di Selayang minggu lepas, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.