KUALA LUMPUR: Bukan sahaja berpakaian busana baju Melayu lengkap bersamping serta bersongkok selain berbaju kurung dan berkebaya, ada juga mengenakan pakaian baju etnik pelbagai kaum di negara ini, sambil berlari sejauh empat kilometer mengelilingi pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.
Itulah keunikan acara Larian Ria MADANI yang bertemakan pakaian tradisional, melibatkan kira-kira 2,500 peserta sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang berlangsung selama tiga hari bermula semalam.
Majlis pelepasan larian santai yang julung kali diadakan itu, disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim kira-kira 7.30 pagi tadi. Turut diadakan acara senamrobik dan zumba.
Ketika ditemui Bernama, seorang peserta berbangsa Iban Adal Adong, 43, dari Bintulu, Sarawak berkata larian itu menjadi medium terbaik dalam berkongsi budaya kepada semua masyarakat di negara ini.
"Mungkin ada pakaian kita pakai tak semua orang tahu. Jadi, inilah masanya untuk kita pamerkan kepada kawan-kawan lain yang sertai larian ini," katanya yang mengenakan sepersalinan lengkap pakaian Iban.
Mazli Kamar, 43, dari Sungai Buloh, Selangor pula berbangga apabila berkesempatan berlari dengan sepersalinan pakaian Punjabi, yang beliau pinjam daripada rakan berbangsa India.
"Ini pertama kali saya sertai acara larian seperti ini. Saya rasa bangga dan seronok mengetengahkan antara pakaian tradisonal yang kita ada," katanya yang turut ditemani lapan ahli keluarga yang kesemuanya mengenakan pakaian tradisional Melayu.
Bagi Nur Maizanqistina Md Radzi, 41, dari Kajang, Selangor berpandangan acara larian seumpama itu, bukan sahaja bertujuan menaikkan martabat budaya tetapi juga memupuk semangat kecergasan dan kesukanan dalam kalangan rakyat Malaysia.
"Jarang sekali acara larian seperti ini diadakan. Selepas ini, mungkin patut dilakukan secara berkala kerana secara tidak langsung dapat memupuk perpaduan antara kaum," katanya yang mengenakan baju kurung moden kontemporari.
Bagi Stevie Sebol, 38, yang berasal dari Tuaran, Sabah berkata program larian itu berjaya memupuk semangat perpaduan antara kaum di Malaysia.
"Sepanjang saya berlari, saya lihat pelbagai komuniti saling berinteraksi antara satu sama lain. Ia satu perkara sangat menggembirakan," katanya yang juga merupakan petugas di reruai Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim di sini.
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang berlangsung selama tiga hari sehingga esok, bermula 9 pagi hingga 10 malam, dan memberi fokus kepada tiga komponen iaitu Showcase Pencapaian Setahun Kerajaan MADANI, perkhidmatan touchpoint rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 09 2023
Antara gelagat peserta larian yang menggayakan pakaian tradisional semasa menyertai Larian Ria MADANI. - Foto BERNAMA
ASEAN 2025 | 6 Februari 2025
ASEAN 2025 hari ini bersama Essan Yahya membawakan tumpuan berikut:
1) Pembangunan IKN sentiasa dinilai elak pembaziran
2) Banjir: Singapura belanja S$150 juta naik taraf saliran
3) Malaysia bersedia tangani cabaran geopolitik, ekonomi
1) Pembangunan IKN sentiasa dinilai elak pembaziran
2) Banjir: Singapura belanja S$150 juta naik taraf saliran
3) Malaysia bersedia tangani cabaran geopolitik, ekonomi
Pantau Agenda Reformasi: Perang tarif dan kesan terhadap Malaysia
Dr Md Shukri Shuib, Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM)
Enam klinik kesihatan di Sarawak jalani transformasi digital tahun ini - Dr Dzulkefly
Enam klinik kesihatan (KK) di Sarawak antara 100 fasiliti kesihatan di seluruh negara yang akan menjalani transformasi digital tahun ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Jasad Zayn Rayyan ditemukan dalam keadaan bersih, tidur mengiring - Saksi
Jasad Zayn Rayyan berada dalam keadaan bersih serta tidur mengiring, dengan kakinya bengkok semasa ditemukan di atas timbunan pasir anak sungai berhampiran Apartment Idaman.
Kemboja sasar pertingkat sektor setaraf piawaian Bank Dunia
Chanthol menekankan kepentingan kerjasama berterusan dalam kalangan pihak berkepentingan yang berkaitan dan meminta sokongan Bank Dunia dalam menambah baik sektor logistik Kemboja.
Pegawai penguat kuasa direman bantu siasatan rasuah
Seorang pegawai penguat kuasa direman bagi membantu siasatan kes meminta rasuah kira-kira RM5,000 daripada seorang wanita
Dasar fleksibel pacu pertumbuhan ekonomi Vietnam
Insentif cukai dan yuran yang dilaksanakan antara 2020 dan 2024 memberi sumbangan utama kepada pemulihan dan pembangunan sosio-ekonomi.
Suri rumah dipenjara enam tahun aniaya anak rakan hingga cedera
Seorang suri rumah dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana menganiaya anak rakannya yang berusia dua tahun sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Kadar pengangguran di Filipina menurun pada Disember
Insentif cukai dan yuran yang dilaksanakan antara 2020 dan 2024 memberi sumbangan utama kepada pemulihan dan pembangunan sosio-ekonomi.
Malaysia bersedia tangani cabaran geopolitik, ekonomi
Malaysia bersedia untuk menangani cabaran geopolitik dan ekonomi yang mendesak dengan menggariskan tiga keutamaan, sekaligus menafikan Kepengerusian ASEAN tidak mempunyai panduan dan hala tuju yang jelas.
Busana tradisional serikan Larian Ria MADANI
Acara Larian Ria MADANI yang bertemakan pakaian tradisional melibatkan kira-kira 2,500 peserta.