ALOR SETAR: Seorang lagi pemilik syarikat direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 19 Januari bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Nur Nabilah A Zainudin selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat permohonan berkenaan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pagi tadi.
Menurut sumber, suspek lelaki berusia 46 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 3.30 petang semalam di Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan.
BACA: SPRM: 25 syarikat disiasat kemuka penyata palsu untuk kontrak lebih RM60 juta
Difahamkan, suspek dipercayai telah mengemukakan penyata akaun bank syarikat yang mengandungi butiran palsu kepada sebuah syarikat pembersihan di wilayah utara untuk memasuki tender pada 2018 dan 2019.
Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.
Pada 11 Januari lalu, seramai 21 individu ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes yang sama.
Adie Sufian Zulkefli
Sun Jan 16 2022
Suspek ditahan kira-kira pukul 3.30 petang semalam di Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan. - Foto SPRM (MOSAC)
Qatar mulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel
Perdana Menteri Qatar mengesahkan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel telah bermula melalui telefon, dengan agenda utama pembebasan tebusan dan lanjutan gencatan senjata.
Gegar Vaganza 11: Ronnie Hussein tersingkir, enam finalis ke konsert akhir
Penyingkiran itu bermakna enam peserta akan ke konsert akhir minggu depan, bertema It's Final.
Qatar mulakan rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel
Mohammed bin Abdulrahman Jassim Al Thani memberitahu rundingan telah bermula melalui telefon.
Insiden taman tema: Tunggu laporan penuh Rabu ini - Amirudin
Amirudin berkata, pihaknya sudah membaca laporan bertulis dan akan menerima laporan penuh pada mesyuarat exco kerajaan negeri, Rabu ini.
Mesyuarat Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-15 bermula 26 Februari dengan Titah Diraja oleh Sultan Ibrahim. Perbahasan usul, RUU penting, dan Kertas Putih Agenda Negara Menua turut menjadi agenda utama.
KESUMA teruskan libat urus berhubung gaji minimum - Sim
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus mengadakan sesi libat urus dengan pelbagai pihak berhubung pelaksanaan gaji minimum supaya dasar itu boleh ditambah baik dari semasa ke semasa.
Sidang Parlimen bermula Isnin, titah diraja Sultan Ibrahim jadi tumpuan
Seri Paduka Baginda dijadual menyampaikan titah ucapan diraja itu bagi perasmian kedua-dua dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Piala Malaysia: Sri Pahang atasi Sabah 3-2, bakal cabar JDT di pentas final
Sri Pahang FC berjaya menamatkan penantian sedekad untuk menempah tiket ke pentas final Piala Malaysia selepas menewaskan Sabah FC 2-1.
Wanita direman empat hari bantu siasatan kes buang bayi
Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula Ahad bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi.
Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.
Kontraktor didenda RM30,000 kerana palsukan tender
Seorang kontraktor didenda RM30,000 selepas mengaku bersalah atas pertuduhan menggunakan penyata akaun bank palsu bagi mendapatkan tender pembersihan awam.
Butiran palsu: Seorang lagi pemilik syarikat ditahan reman
Suspek lelaki berusia 46 tahun tersebut ditahan kira-kira pukul 3.30 petang, semalam di Pejabat SPRM Kuala Lumpur ketika hadir memberi keterangan.
Najib tolak dakwaan 1MDB peroleh penyata palsu BSI
Kerajaan hari ini menafikan dakwaan yang mengatakan CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy telah memperoleh penyata bank palsu yang bukan milik Bank BSI Singapura.