PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) telah menjalankan pemeriksaan tujuan khas (SPI) di 19 lapangan terbang domestik dan antarabangsa di seluruh negara bagi tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Kementerian Pengangkutan (MoT) dalam satu kenyataan semalam memaklumkan pemeriksaan itu tertumpu kepada kemudahan aerodrom yang kritikal termasuk landasan, laluan pesawat, apron dan penunjuk arah angin bagi memastikan ia mematuhi piawaian yang telah digariskan dalam dokumen Arahan Penerbangan Awam (CAD) 14 Jilid 1: Reka Bentuk dan Operasi Aerodrom.
"MoT melalui CAAM telah mengambil tindakan segera dan langkah proaktif untuk memastikan keselamatan dan pematuhan aerodrom di Malaysia susulan kemalangan udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda di Tokyo, Jepun pada Januari lepas," menurut kenyataan itu.
Menurut MoT CAAM telah menganjurkan satu bengkel pematuhan pada 26 Mac lepas, yang dihadiri oleh 66 wakil pengendali aerodrom di seluruh negara antaranya Malaysia Airports Holdings Berhad, Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd dan Tanjung Manis Development Sdn Bhd.
Kenyataan itu menyebut bengkel diadakan bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara CAAM sebagai badan kawal selia dengan pengendali aerodrom.
"Ia adalah komitmen bersama untuk mengekalkan piawaian keselamatan, kecekapan dan kemampanan tertinggi dalam industri penerbangan," menurut kenyataan itu.
Kementerian itu turut menyatakan komitmen bersama-sama CAAM untuk memastikan semua aerodrom di Malaysia mematuhi piawaian antarabangsa yang telah ditetapkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).
Menurut MoT komitmen itu penting kerana ia bukan sahaja bagi memastikan keselamatan aerodrom di tahap tertinggi, malah satu bentuk persediaan bagi Malaysia untuk program audit ICAO di masa hadapan.
Menurut kenyataan itu usaha CAAM untuk memastikan pematuhan piawaian secara keseluruhan oleh semua pengendali aerodrom, mencerminkan tanggungjawab kolektif dalam mengekalkan tahap keselamatan dan integriti infrastruktur penerbangan di negara ini.
"MOT akan terus menyokong pelaksanaan pelbagai langkah bagi menunjukkan dedikasi pihak kementerian terhadap aspek keselamatan, kecekapan dan kemampanan pengangkutan udara di Malaysia," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 06 2024

CAAM telah menganjurkan satu bengkel pematuhan pada 26 Mac lepas, yang dihadiri oleh 66 wakil pengendali aerodrom di seluruh negara, bertujuan untuk meningkatkan kerjasama antara CAAM sebagai badan kawal selia dengan pengendali aerodrom.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

CAAM pacu pendigitalan untuk masa depan ruang udara lebih selamat
CAAM terus memperkasakan kedudukannya sebagai pengawal selia proaktif dalam industri penerbangan awam menerusi pelaksanaan Pelan Strategik Pendigitalan (DSP) 2024-2028.

Penggabungan CAAM-MAVCOM dijangka pada separuh kedua 2025
Penggabungan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dijangka pada separuh kedua tahun ini.

CAAM sasar peraturan baharu pesawat pendaftaran asing sebelum suku pertama 2025
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dijangka menerbitkan peraturan baharu berkaitan operasi pesawat yang didaftarkan di luar negara dalam penerbangan am menjelang suku pertama tahun ini.

MAG kurangkan kapasiti, komited pastikan kestabilan operasi
Langkah pengurangan kapasiti terpaksa diambil ekoran kekurangan bekalan global untuk alat-alat ganti pesawat.

CAAM kaji semula peraturan pesawat berpendaftaran asing
Kapten Norazman berkata semakan itu adalah selaras dengan saranan keselamatan yang disediakan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara.

Pesawat latihan tersasar semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka
Sebuah pesawat latihan jenis Piper PA28-181 9M-SKF dilaporkan tersasar semasa mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka hari ini.

Persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2024, ruang udara Putrajaya ditutup 60 minit
Ruang udara Putrajaya akan ditutup selama 60 minit setiap hari mulai 26-29 Ogos dan 31 Ogos bagi memberi laluan kepada persiapan serta sambutan Hari Kebangsaan 2024.

Pameran Penerbangan Selangor 2024 tarik 110 pempamer
Pameran Penerbangan Selangor (SAS) 2024 edisi keempat akan diadakan dari 12 hingga 14 September ini di Pusat Penerbangan Serantau (RAC) Skypark, Subang.

RUU Pihak Berkuasa Penerbangan Awam (Pindaan) 2024 dibentang bacaan kali pertama
Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) (Pindaan) 2024 dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari.

MAVCOM dibubar, diserap ke dalam CAAM – Loke
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan dibubar dan diserap masuk ke dalam Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).