KUALA LANGAT: Pada awalnya Suzanaeirne Zamri@Zambri merupakan seorang gadis yang takutkan ketinggian, namun kini beliau bebas terbang di udara menerusi sukan ekstrem iaitu luncur udara atau paragliding.
Suzanaeirne, 23, atau mesra dipanggil Suzana berkata minat menceburi sukan luncur udara timbul apabila dia begitu cemburu melihat paraglider lain menikmati sukan tersebut, sekali gus ingin membuktikan bahawa dirinya juga mampu meluncur seperti mereka.
Pemegang Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak itu berkata sejak beliau menaiki tandem, iaitu paragliding dua orang dengan 'pilot' paragliding menerbangkannya di Bukit Maras, Terengganu dua tahun lepas lalu mula jatuh hati terhadap sukan itu.
"Saya sememangnya seorang yang aktif bersukan sebelum kenal dengan sukan lasak ini. Saya baharu sahaja hendak menjinakkan diri dalam sukan ini namun kehadiran pandemik COVID-19 menyebabkan latihan saya terbatas," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mengimbau tujuannya menjalani latihan berkaitan sukan berisiko tinggi tersebut, Suzana berkata beliau mahu menambah baik kecekapannya supaya dapat melakukan aksi itu di pelbagai negara, kerana sukan lasak tersebut dikenali di seluruh dunia.
"Saya berpeluang menjalani latihan dalam sukan paragliding selama sembilan hari di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir 2019 di bawah kendalian Prosky Academy Malaysia, Negeri Sembilan iaitu sebuah akademi paragliding di negara ini," katanya.
Suzana berkata pada awalnya beliau memilih untuk menjalani latihan di Malaysia, tetapi semasa menyatakan hasrat untuk terlibat dalam sukan tersebut, akademi berkenaan mengadakan kem latihan di UAE sekali gus memberikan dirinya peluang untuk mempelajari sukan itu di negara berkenaan.
Beliau berkata pengalaman sembilan hari itu memberi manfaat kepadanya, kerana dapat mempelajari sukan tersebut di tempat dan cuaca berbeza.
"Semasa di UAE, saya bermula dengan 'zero basic' di kawasan padang pasir. Apabila tamat latihan dan pulang ke tanah air, perbezaannya di sini (Malaysia) terdapat banyak pokok dan bukit yang merupakan cabaran dalam meluncur," katanya.
Menurut Suzana, beliau gayat apabila berada di tempat tinggi dan mencabar dirinya untuk menangani ketakutan itu, hingga mendorongnya berkecimpung dalam sukan berkenaan.
"Pada waktu itu saya tidak terfikir untuk terbang secara solo ,kerana saya ada masalah takut terhadap ketinggian. Saya pergi ke empat tapak paragliding di dalam negara dan dari situ timbul kelainan untuk cuba menyertai paragliding, serta mahu jadi seorang daripada mereka (paraglider lain)," katanya.
Suzana yang merupakan seorang pengurus acara berkata komitmennya dalam sukan paragliding pada masa ini hanyalah sekadar separuh masa, kerana beliau mahu menumpukan kerjayanya sekali gus memastikan minatnya dalam sukan itu dan kerjanya seimbang.
"Tiada yang mustahil bagi seorang wanita untuk berjaya dalam sukan paragliding ini yang merupakan satu daripada sukan ekstrem di dunia," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 19 2021

Suzana berkata minat menceburi sukan luncur udara timbul apabila dia begitu cemburu melihat paraglider lain menikmati sukan tersebut. - Foto BERNAMA

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.

Bawa muatan berlebihan, pemandu sanggup tunggu berjam-jam elak operasi JPJ
Taktik itu sering digunakan pemandu kenderaan berat bagi menghindari tindakan penguatkuasaan susulan muatan berlebihan yang dibawa mereka.
AWANI Tonight 21 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
AWANI Ringkas: 'Gummy mata' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 21 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 21 Februari 2025
1️⃣ Hujan renyai iringi pengebumian Mohamad Fahmi
2️⃣ Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
3️⃣ Kerajaan kutip RM46 Juta pada 2024
#awaniringkas
1️⃣ Hujan renyai iringi pengebumian Mohamad Fahmi
2️⃣ Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
3️⃣ Kerajaan kutip RM46 Juta pada 2024
#awaniringkas
AWANI Tonight: Transnational repression within Malaysia’s borders
With Malaysia as ASEAN 2025 chair, Douglas Teoh from the End Transnational Repression Alliance speaks on the implications of the country’s role in transnational repression particularly in the face of Myanmar’s junta.

Cabar diri atasi gayat, dorong Suzana ceburi sukan luncur udara
Suzana berkata komitmennya dalam sukan paragliding pada masa ini hanyalah sekadar separuh masa.