KUALA LUMPUR: Mahkamah Persekutuan akan memutuskan esok permohonan dua wanita Islam bagi mencabar isu perlembagaan untuk membatalkan 18 peruntukan kesalahan di bawah Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 2019.
Keputusan itu dijadual disampaikan di mahkamah terbuka pada 9 pagi oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan hakim.
Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid, yang berasal dari Kelantan, dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Abdul Rahman memfailkan petisyen itu terus ke Mahkamah Persekutuan mengikut Perkara 4(4) Perlembagaan Persekutuan dan menamakan kerajaan negeri Kelantan sebagai responden tunggal.
Kedua-dua beranak itu mencabar keperlembagaan dan kesahihan 18 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 mendakwa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan tidak mempunyai kuasa untuk menggubal undang-undang ke atas 18 kesalahan itu kerana terdapat undang-undang Persekutuan yang meliputi kesalahan sama.
Pada 30 Sept 2022, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada kedua-dua wanita itu untuk memulakan cabaran mereka.
Mereka berhujah bahawa peruntukan negeri yang meliputi kesalahan syariah termasuk antaranya sumbang mahram, judi, liwat dan gangguan seksual adalah tidak sah kerana ia sudah dilindungi oleh undang-undang Persekutuan.
Panel hakim itu turut dianggotai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim, Hakim Besar Malaya Tan Sri Mohamad Zabidin Mohd Diah, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Abdul Rahman Sebli dan hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal, Datuk Nordin Hassan dan Datuk Abu Bakar Jais.
Semasa prosiding sebelum ini, Hakim Tengku Maimun berkata isunya bukan mengenai menjatuhkan kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah di negara ini. Isu yang timbul daripada petisyen itu hanyalah mengenai kompetensi Dewan Undangan Negeri Kelantan untuk menggubal peruntukan yang dipertikaikan.
Beliau berkata kenyataan bahawa "Mahkamah Syariah akan berkubur di Malaysia" adalah tidak benar.
Hakim Tengku Maimun berkata demikian bagi menjawab kenyataan peguam Mohd Yusfarizal Yussoff yang mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu bahawa adalah penting bagi seseorang untuk memahami cabaran kuasa Mahkamah Syariah sebelum ia terkubur seperti "batu nisan".
Ketua Hakim turut mengingatkan peguam yang terlibat dalam pendengaran cabaran perlembagaan itu supaya mengelak daripada mengulas kes itu.
Beliau berkata peguam terikat dengan etika profesion mereka dan oleh itu, adalah tidak wajar bagi mereka untuk membincangkan kes yang belum selesai pada forum awam.
Beliau berkata mahkamah membuat pemerhatian kerana begitu banyak yang telah diperkatakan oleh ramai orang mengenai petisyen itu dan kebanyakan daripada apa yang diperkatakan adalah versi yang diputarbelitkan bagi isu sebenar di hadapan mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 08 2024
Keputusan itu dijadual disampaikan di mahkamah terbuka pada 9 pagi oleh Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai panel sembilan hakim. - Gambar fail/BERNAMA
Keluarga OKU di Kemaman diberikan kaunseling - Nancy
Jabatan Kebajikan Masyarakat Terengganu telah memberikan kaunseling kepada keluarga mangsa lelaki orang kurang upaya (OKU) yang dipukul.
Perlis rekod kadar air tidak berhasil tertinggi dalam negara
Perlis merekodkan kadar air tidak berhasil (NRW) tertinggi dalam negara iaitu kira-kira 62 peratus, kata Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negera (SPAN) Charles Santiago.
Banjir Sarawak: 91 mangsa berlindung di PPS Saratok
Keadaan banjir di daerah Saratok setakat petang ini masih kekal dengan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Rumah Dayak yang dibuka bagi menempatkan sejumlah 91 mangsa.
Mahkamah Tinggi tolak permohonan peguam mulakan prosiding semakan kehakiman terhadap MCMC
Mahkamah Tinggi George Town telah menolak permohonaan seorang peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman terhadap Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Wanita mengaku tidak bersalah pecah amanah wang pelaburan pelanggan
Alina Tommy, 32, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Musyiri Peet.
Rasuah: Pegawai penguat kuasa ditahan SPRM Kelantan
Seorang pegawai penguat kuasa ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan hari ini kerana disyaki meminta rasuah sebanyak RM2,500.
Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
UM kekal institusi terunggul, raih pengiktirafan global dalam bidang undang-undang
Ia sekali gus mencatat sejarah dengan penyenaraian pertama bidang Undang-Undang dalam kumpulan 151-175 di peringkat global.
Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
Petisyen cabar Enakmen Syariah: Mahkamah tegur peguam ulas putar belit di X
Mahkamah menegur seorang peguam yang membuat kenyataan bersifat putar belit mengenai prosiding petisyen untuk mencabar Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 di platform X.