TERLEBIH dahulu saya ingin menzahirkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada tuhan atas limpah dan kurniaNya, saya diberi peluang dan ruang untuk berjasa kepada Universiti Malaya sebagai Ahli Lembaga Pengarah.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Menteri Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia atas kepercayaan terhadap anak muda ini dan mengiktiraf suara anak muda diperingkat yang lebih tinggi. Sekali lagi saya amat bersyukur kerana diberi kepercayaan dan amanah untuk memikul tanggungjawab sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya.
Dalam masa yang sama, saya sentiasa percaya sebuah jawatan datang dengan seribu satu tanggungjawab dan amanah. Tanggal 12 Januari 2022 telah menandakan 100 hari perkhidmatan saya sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya.
Sepanjang 100 hari ini saya telah bersama warga kampus, melihat dan mendengar sendiri masalah, kekurangan dan kekuatan serta perkara yang perlu diberikan perhatian.
Oleh yang demikian, saya telah mengambil peluang ini untuk mengemukakan kertas cadangan hasil daripada 100 hari saya berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya. Dalam kertas cadangan tersebut, saya telah mengambil kira beberapa input dan juga aspek penting daripada hampir semua lapisan pemegang taruh Universiti Malaya. Cadangan yang saya kemukakan ini berfokus kepada Alumni, mahasiswa serta sistem pentadbiran.
Cadangan 100 hari tersebut adalah:
Cadangan Peringkat Nasional
Tubuh Jawatankuasa untuk mengkaji pengangguran dalam kalangan graduan dan juga belia
Laporan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada awal tahun 2018 sebelum bermulanya pandemik menunjukkan kadar pengangguran belia di Malaysia berada pada 11.7 peratus iaitu tiga kali lebih tinggi berbanding kadar pengangguran negara. Saya yakin dengan pandemik yang melanda negara ini telah menjadikan ia lebih parah. Oleh yang demikian, saya yakin kajian yang rapi dan hasil laporan yang teliti akan membantu melaksanakan tindakan yang tepat untuk mengatasi masalah yang amat serius ini.
Mewujudkan semula Program Parlimen Mahasiswa Malaysia
Program ini adalah anjuran bersama Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Parlimen Malaysia. Parlimen mahasiswa merupakan platform mahasiswa untuk mengutarakan pendapat dan berbincang tentang isu-isu mustahak di dalam kampus dan juga di peringkat nasional. Saya yakin dengan mewujudkan semula program ini, ia akan dapat membantu memperkukuhkan lagi sistem demokrasi dalam kalangan pemimpin pelajar. Hal ini selaras dengan aspirasi pelaksanaan Undi 18.
Mengiktiraf wakil pelajar menjadi panel Jawatankuasa Tatatertib Pelajar
Seperti yang semua sedia maklum subseksyen 16B (3) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 menjadi punca kuasa kepada jawatankuasa tataterib pelajar. Keanggotaan yang dibenarkan adalah seperti berikut: Naib Canselor boleh mewakilkan fungsi, kuasa atau kewajipan tatatertibnya kepada mana-mana Timbalan Naib Canselor, pekerja Universiti, atau jawatankuasa pekerja Universiti Jawatankuasa terdiri daripada seorang Pengerusi dan dua ahli yang dilantik oleh Naib Canselor. Secara peribadi, saya merasakan sudah tiba masa untuk mengiktiraf dan mempertimbangkan wakil pelajar untuk menjadi panel dalam jawatankuasa tatatertib pelajar.
Cadangan peringkat Universiti Malaya
Menawarkan Biasiswa Universiti Malaya kepada penerima anugerah pelajaran diraja
Rata-rata penerima Anugerah Pelajaran Diraja daripada Universiti Malaya telah menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana mahupun Ijazah Kedoktoran. Saya yakin dan percaya penawaran ini akan menjadi sumber motivasi kepada ramai pihak untuk berusaha mencapai keputusan yang cemerlang dan turut dianugerahkan Anugerah Pelajaran Diraja serta menjadi saingan yang sihat dalam kalangan pelajar. Hal ini akan turut membantu memastikan penerima Anugerah Pelajaran Diraja Universiti Malaya terus melakar sejarah sekaligus mengharumkan nama Universiti Malaya.
Antara cadangan biasiswa yang boleh ditawarkan adalah:
- Pengecualian bayaran yuran pengajian di Universiti Malaya
- Keutaman Skim Latihan Akademik Bumiputera (SLAB)
– Keutaman Skim Latihan Akademik IPTA (SLAI)
Melaksanakan dasar mengangkat dan mengutamakan produk alumni
Pejabat Alumni Universiti Malaya sedang bergiat aktif mengenal pasti alumni yang mempunyai syarikat dan juga perniagaan untuk mengangkat dan memperkenalkan usaha mereka kepada warga kampus. Usaha tersebut tidak seharusnya berhenti disitu sahaja. Oleh yang demikian, kerjasama tersebut perlu diteruskan dengan membuka peluang perniagaan kepada produk yang dikeluarkan oleh syarikat alumni yang menepati segala aspek yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dan Unit Perolehan Universiti Malaya. Hal ini akan menjadi batu loncatan kepada usaha alumni Universiti Malaya dalam bidang perniagaan sekaligus mengharumkan nama Universiti Malaya di peringkat yang lebih tinggi.
Memperluaskan fungsi dan operasi Klinik Kesihatan Universiti Malaya kepada alumni dengan kadar bayaran khas
Memperluaskan fungsi dan operasi Klinik Kesihatan Universiti Malaya dan memberikan akses kepada alumni Universiti Malaya dengan berbayar. Sehubungan itu, potongan harga sebanyak 10% (Cadangan) bagi setiap rawatan diberikan kepada alumni yang mendapatkan perkhidmatan di klinik tersebut sebagai salah satu keistimewaan kepada alumni. Hal ini akan membuatkan alumni turut mempunyai hubungan berterusan secara langsung dengan universiti (sense of belonging) sekaligus membantu Universiti Malaya menjana pendapatan melalui perkhidmatan Klinik Kesihatan.
Tubuh Jawatankuasa bebas untuk menilai keberkesanan pemusatan kolej kediaman Universiti Malaya
Jawatankuasa bebas ini akan melihat dan mengkaji keberkesanan langkah pemusatan ini daripada pelbagai aspek antaranya adalah undang-undang, modal insan, pengurusan pentadbiran dan aspek kewangan. Untuk memastikan penilaian dan hasil pendapatan yang telus ahli-ahli perlulah terdiri daripada :
• Pengerusi LPU/ Wakil LPU
• Penasihat Undang-undang/wakil unit undang-undang
• Pakar Ekonomi
• Wakil Staff Pengurusan (aspek sumber manusia)
• Wakil Ahli Akademik (aspek pendidikan berterusan)
• Pakar Modal Insan
• Profesor daripada Universiti Awam lain yang pernah berkhidmat sebagai kakitangan Universiti Malaya.
• Wakil Persatuan Alumni
• Wakil pemimpin pelajar diperingkat kolej kediaman
Saya amat merasakan kepentingan untuk melaksanakan cadangan seperti yang tertera di atas. Hal ini kerana, adalah penting untuk memastikan masa depan graduan terjamin sekaligus memartabatkan sistem demokrasi di Malaysia dalam kalangan mahasiswa dan pemimpin pelajar.
Cadangan ini juga boleh meningkatkan penglibatan alumni kepada universiti. Sehubungan dengan ini, saya dengan rendah hati telah mencadangkan tujuh perkara tersebut kepada YB Menteri Pengajian Tinggi Malaysia dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaya.
Saya juga sentiasa terbuka untuk mendengar dan menerima sebarang cadangan yang akan membuka ruang dan peluang kepada warga kampus terutama anak muda. Demi varsiti dan warganya yang telah menjadikan saya seorang manusia yang berguna, saya akan melakukan tugas semak dan imbang tanpa kompromi demi masa depan sahabat mahasiswa, alumni serta varsiti kesayanganku.
Saya sentiasa percaya daripada segi moral pada petikan ayat 27 daripada surah AlAnfaal, "Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui". (QS: Al-Anfaal ayat 27).
Salam Hormat.
DANESH RAJ NAGARAJAN
AHLI LEMBAGA PENGARAH
UNIVERSITI MALAYA
Kenyataan Media
Thu Jan 13 2022
![Cadangan 100 hari sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya Cadangan 100 hari sebagai Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81642092566_AhliLembagaPengara.jpg)
Cadangan yang dikemukakan ini berfokus kepada Alumni, mahasiswa serta sistem pentadbiran. - Foto/Instagram
![Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739269639_KempenKeselamatanI.jpg)
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah, universiti awam
Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian akan dilaksanakan di lebih 10,000 sekolah dan universiti awam di seluruh negara.
![ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739285769_TBISN.jpg)
ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet
Atlet turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.
![Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739271831_ICQS.jpg)
Projek jajaran jalan Malaysia-Thailand hampir siap, perkukuh hubungan dua hala
Projek jajaran jalan yang menghubungkan kemudahan ICQS Bukit Kayu Hitam dengan CIQ Sadao di Thailand dijangka siap sepenuhnya menjelang akhir tahun ini.
![Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719640936_TikTok.jpg)
Data kanak-kanak British yang maut mungkin telah dipadamkan, kata ketua TikTok
Keluarga empat kanak-kanak itu telah memfailkan saman terhadap TikTok dan syarikat induknya, ByteDance, di Amerika Syarikat.
![Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak berkurangan kepada 1,109 orang malam ini Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak berkurangan kepada 1,109 orang malam ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739283754_banjir.jpg)
Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak berkurangan kepada 1,109 orang malam ini
Di Sabah, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 505 orang daripada 159 keluarga.
AWANI Ringkas: Anak bongsu Zaquan Adha, Ayu Raudhah meninggal dunia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739269721_KPDNRampasan.jpg)
KPDN Kedah rampas aksesori pakaian tiruan di Langkawi
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah merampas pelbagai jenis aksesori pakaian tiruan bernilai RM72,767 di tiga premis berasingan sekitar Langkawi, semalam.
AWANI 7:45 [11/2/2025] – Tamatkan Konflik Palestin-Israel | Persepsi Rasuah Sektor Awam | Pemulihan Aset 1MDB Berterusan | Polis Yakin Dapat Tangkap Suspek
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Essan Yahya
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Malaysia-Turkiye sepakat segerakan negara berdaulat Palestin, jadikan anggota PBB
- Malaysia kekal kedudukan ke-57 CPI 2024, segerakan reformasi tangani rasuah
- Walaupun DOJ dibubar, pemulihaan aset 1MDB diteruskan negara dunia
- Tekad buru suspek tembak di Setia Alam, sampai dapat
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- Malaysia-Turkiye sepakat segerakan negara berdaulat Palestin, jadikan anggota PBB
- Malaysia kekal kedudukan ke-57 CPI 2024, segerakan reformasi tangani rasuah
- Walaupun DOJ dibubar, pemulihaan aset 1MDB diteruskan negara dunia
- Tekad buru suspek tembak di Setia Alam, sampai dapat
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
![AI pacu kecekapan dan keberkesanan industri, sektor pekerjaan perlu lebih bersedia - Pakar AI pacu kecekapan dan keberkesanan industri, sektor pekerjaan perlu lebih bersedia - Pakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739267504_TBKHAIRIEAHMAD.jpg)
AI pacu kecekapan dan keberkesanan industri, sektor pekerjaan perlu lebih bersedia - Pakar
Kecerdasan buatan (AI) bukanlah ancaman besar kepada masyarakat kerana ia tidak akan mampu menggantikan tugas manusia.
![Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/61698815307_TBaluminium.jpg)
Trump menaikkan tarif ke atas import aluminium, keluli
Trump turut menyatakan beliau sedang mempertimbangkan tarif ke atas kereta, cip semikonduktor dan farmaseutikal.
![Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732514753_RusdiMohdIsa.jpg)
Pensyarah, penuntut UM antara tujuh individu dirakam keterangan kes kematian kucing
Sebelum ini, Kelab Kucing Malaysia meminta siasatan terhadap kes kematian kucing di UM dijalankan secara terperinci.
![Gangguan seksual: Zambry arah UM laksana siasatan segera Gangguan seksual: Zambry arah UM laksana siasatan segera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41734791232_TBZAMBRY.jpg)
Gangguan seksual: Zambry arah UM laksana siasatan segera
Arahan juga dikeluarkan supaya UM tidak mengambil ringan kes tersebut, bagi memastikan kes itu benar-benar mendapat keadilan.
![Universiti Tsukuba lancar kampus cawangan luar negara pertama di UM Universiti Tsukuba lancar kampus cawangan luar negara pertama di UM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61725266809_ZambryAbdulKadir.jpg)
Universiti Tsukuba lancar kampus cawangan luar negara pertama di UM
Penubuhan Universiti Tsukuba, Malaysia (UTMy) itu membuktikan keyakinan diberikan kepada Malaysia khususnya dalam sektor pengajian tinggi.
![Universiti Malaya diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley Universiti Malaya diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51713975136_UniversitiMalaya.jpg)
Universiti Malaya diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.
![Lebih 50 pelajar UM berpiket gesa mansuh 'zero balance policy' Lebih 50 pelajar UM berpiket gesa mansuh 'zero balance policy'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51695460776_Astroawani.jpg)
Lebih 50 pelajar UM berpiket gesa mansuh 'zero balance policy'
Lebih 50 pelajar Universiti Malaya berpiket menggesa universiti itu memansuhkan 'zero balance policy'.
![Lebih 12,000 mahasiswa nikmati manfaat inisiatif #DIY4UM Lebih 12,000 mahasiswa nikmati manfaat inisiatif #DIY4UM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643091818_TBMRDIY.jpg)
Lebih 12,000 mahasiswa nikmati manfaat inisiatif #DIY4UM
Bantuan telah diagihkan menerusi tiga pembayaran sama rata melalui e-dompet Touch 'n Go' pada sepanjang November dan Disember tahun lepas.
![Pelajar UM wakil tunggal Malaysia ke pertandingan peringkat antarabangsa YPWLC Pelajar UM wakil tunggal Malaysia ke pertandingan peringkat antarabangsa YPWLC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/61628162436_FarahHannan.jpg)
Pelajar UM wakil tunggal Malaysia ke pertandingan peringkat antarabangsa YPWLC
Pemilihan Farah adalah selepas kejayaannya muncul sebagai juara di peringkat kebangsaan dalam Materials Lecture Competition (MLC) 2021.
![Bidaan plat khas 'UM' dibuka mulai esok Bidaan plat khas 'UM' dibuka mulai esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/41615111862_UniversitiMalaya.jpg)
Bidaan plat khas 'UM' dibuka mulai esok
Nombor pendaftaran kenderaan khas dengan awalan "UM" boleh dibida bermula esok, dengan harga bidaan minimum pada RM1,000.
![Mengenang Ungku Aziz: Bahasa, penulisan dan pendidikan jadi aset bangsa Mengenang Ungku Aziz: Bahasa, penulisan dan pendidikan jadi aset bangsa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/51608104770_UngkuAziz.jpg)
Mengenang Ungku Aziz: Bahasa, penulisan dan pendidikan jadi aset bangsa
Berjuang menerusi saluran penulisan dan pendidikan, Ungku Aziz terus memberi keyakinan kepada masyarakat bahawa ilmu adalah aset.
![UM tangguh pendaftaran pelajar - Timbalan Naib Canselor UM tangguh pendaftaran pelajar - Timbalan Naib Canselor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/61591773236_TBUniversitiMalaya.jpg)
UM tangguh pendaftaran pelajar - Timbalan Naib Canselor
Universiti Malaya (UM) menangguhkan pendaftaran secara bersemuka bagi pelajar baharu dan lama ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak.