KUALA LUMPUR:Saranan menggunakan keputusan peperiksaan percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi menggantikan peperiksaan sebenar dilihat kurang sesuai, menurut Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP).
Menjelaskan perkara itu, Setiausaha Agung NUTP Harry Tan Huat Hock berkata peperiksaan percubaan SPM adalah sebagai kaedah bagi guru mengenal pasti kemampuam dan kelemahan pelajar sebelum menduduki peperiksaan sebenar.
Beliau berkata taraf peperiksaan percubaan SPM tidak setara dengan SPM sebenar, yang mempunyai penilaian selaras piawaian antarabangsa.
"Percubaan SPM tiada tanda aras dengan taraf antarabangsa, justeru tidak adil guna keputusan peperiksaan percubaan untuk menggantikan SPM sebenar.
"Tanpa menduduki peperiksaan percubaan, guru masih ada kaedah lain boleh dilakukan sebagai persediaan bagi calon SPM dalam sepanjang tempoh takwim persekolahan tahun ini sebelum SPM bermula," katanya dihubungi Bernama, hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas saranan sebilangan ibu bapa yang mahu SPM dibatalkan dan menggunakan gred keputusan peperiksaan percubaan SPM sebagai keputusan sebenar.
Semalam, KPM dalam kenyataan memaklumkan peperiksaan percubaan SPM dibatalkan, malah menerusi senarai Soalan Lazim (FAQ) KPM menjelaskan, peluang murid yang tidak menduduki peperiksaan percubaan SPM 2020 tidak terjejas peluang mereka ke institut pengajian tinggi awam.
Tan berkata adalah penting pada masa ini bagi guru dan calon peperiksaan memfokuskan diri kepada persediaan SPM.
Beliau berkata keputusan membatalkan peperiksaan percubaan itu sekurang-kurangnya meredakan tekanan calon SPM khususnya mereka di kawasan terjejas banjir dan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Dalam keadaan sekarang, adanya satu tarikh tetap bagi satu peperiksaan (SPM dan peperiksaan setara) semua yang terlibat boleh memfokuskan kepada satu peperiksaan sahaja," katanya.
Di SABAH, ibu bapa calon SPM di negeri ini berpendapat sebarang keputusan berhubung SPM termasuk menangguhkan tarikh peperiksaan atau mengguna pakai keputusan ujian percubaan sebagai keputusan sebenar perlu adil terhadap pelajar.
Unus Limun, 46, ketua kampung Lokub di Kiulu, berkata langkah melindungi pelajar daripada COVID-19 sememangnya baik namun adalah tidak adil membuat keputusan mengguna pakai percubaan SPM sebagai keputusan sebenar.
"Ujian percubaan ini sebuah percubaan bagi lihat pencapaian anak kita dan perbaiki kelemahan mereka sebelum ambil ujian SPM sebenar," kata bapa kepada Adrian Melvin Unus, 17, yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Fuad Stephens, Kiulu ketika dihubungi Bernama hari ini.
Bagi Runah Bernadus, 45, pembantu taska di Tawau tidak bersetuju jika keputusan ujian percubaan dijadikan sebagai keputusan sebenar SPM kerana tidak adil kepada pelajar yang menaruh harapan melakukan yang terbaik pada peperiksaan sebenar.
"Pada saya, peperiksaan percubaan tidak boleh dijadikan penunjuk prestasi sebenar kerana sudah tentu ada pelajar mendapat keputusan tidak memberangsangkan ketika percubaan namun pelajar ini berharap melakukan lebih baik pada peperiksaan sebenar," kata ibu kepada Ameera Najla Lucius, 17.
Sabtu lepas, KPM memaklumkan persekolahan secara bersemuka bermula esok (20 Jan) hanya melibatkan pelajar calon peperiksaan SPM, Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara tahun lepas.
Tarikh peperiksaan SPM, SVM dan STAM dianjak ke 22 Feb depan, manakala tarikh baharu bagi peperiksaan STPM ditetapkan pada 8 Mac 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 19 2021

Harry berkata taraf peperiksaan percubaan SPM tidak setara dengan SPM sebenar, yang mempunyai penilaian selaras piawaian antarabangsa. -Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kerajaan diminta pertimbang isu kontrak 30,000 kakitangan tiada SPM ditamatkan
Cuepacs meminta kerajaan mempertimbangkan keputusan kerajaan tidak menyambung perkhidmatan 30,000 kakitangan kontrak yang tidak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Peperiksaan SPM 2024 berjalan lancar - KPM
Kementerian turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua calon peperiksaan SPM 2024.

Peperiksaan SPM: KPM laksana pengesanan awal pelajar berisiko cicir
Pengesanan awal tersebut membolehkan pihak sekolah membuat perancangan bagi melaksanakan intervensi yang bersesuaian.

38 calon SPM di Johor terkesan banjir
Daripada angka itu, seramai 21 orang calon SPM tinggal di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024
Menurut KPM, siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.

Lebih 400,000 calon SPM duduki peperiksaan bertulis hari ini
Cuaca cerah pagi ini di kebanyakan negeri membantu melancarkan perjalanan calon untuk menghadiri ujian penting itu.

Peperiksaan SPM di Johor tetap ikut jadual 6 Januari depan
Seramai 49,980 calon di Johor akan duduki kertas peperiksaan Bahasa Inggeris kertas satu dan dua serta Tasawwur Islam pada Isnin depan.

SPM: 133 pusat peperiksaan alternatif di enam negeri berisiko banjir
Langkah tersebut antara mekanisme dan pelan integrasi bagi memastikan kesemua calon SPM di negeri berisiko banjir dapat menduduki peperiksaan.

Calon SPM berdepan masalah, maklum segera kepada sekolah, JPN
Wong berkata, pihaknya bersedia membantu calon-calon SPM dalam memastikan mereka tidak tercicir untuk mengambil peperiksaan.

Banjir: 'Anak-anak kita jauh lebih kental' - Fadhlina puji kehadiran calon SPM lebih 97 peratus
Peratusan kehadiran calon ujian bertutur Bahasa Melayu SPM di tiga negeri yang paling terjejas akibat banjir melepasi 97 peratus.