KUALA LUMPUR: Cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen juga akan terpakai kepada ahli politik.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, secara prinsipnya beliau sudah bersetuju dengan apa saja keputusan untuk penjawat awam turut terpakai kepada ahli politik.
Begitupun, tegas beliau, ia hanya akan dimuktamadkan selepas kajian selesai dan juga selepas Jemaah Menteri membuat keputusan.
“Keputusan yang terpakai kepada penjawat awam akan terpakai juga kepada ahli-ahli politik.
“Maknanya kalau kita mula pada 1 Februari 2024, semua kemasukan baharu itu tidak berpencen, maka itu juga sama untuk semua pelantikan ahli politik. Jadi ada orang kata mengapa tidak ahli politik? Tidak.
“Soal yang lain, ada yang pernah jadi Menteri Besar, kemudian jadi Menteri, Timbalan Perdana Menteri, itu peruntukan dalam Perlembagaan.
“Kita boleh kaji tapi kita tak boleh ke belakangkan retrospektif. Untuk yang baharu, kita boleh kaji,” katanya.
Tambah beliau, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung isu tersebut dan akan disusuli oleh beliau.
“Ada banyak kekeliruan. Semua kerajaan daripada Perdana Menteri sebelumnya sampai sekarang, semua menyatakan bahawa mana-mana negara…dengan kedudukan ekonomi begini, tidak mungkin bertahan kalau tidak ada sesuatu yang dilakukan.
“Jadi, dengar dulu cadangan dikemukakan, bahas dulu, teliti, bagi pandangan. Apa yang sesuai dilakukan kerajaan akan dilakukan dan kemudian kita akan muktamadkan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media sebelum makan tengahari bersama rakyat di sebuah restoran di Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Pada Rabu, Kabinet dilaporkan bersetuju untuk menetapkan syarat bahawa penjawat awam baharu berstatus tetap selepas ini adalah tidak berpencen.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, status pencen penjawat awam sedia ada tidak akan terjejas, namun golongan yang baharu dilantik kelak perlu membuat caruman menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Jabatan Perkhidmatan Awam ketika ini sedang menerajui Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (JIKSPA), yang akan menjadi dasar baharu kerajaan khususnya berkaitan kaedah berpencen penjawat awam.
-ENDS-
Ridauddin Daud
Fri Jan 26 2024

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, secara prinsipnya beliau sudah bersetuju dengan cadangan pemansuhan skim pencen terhadap penjawat awam.- Gambar fail/Bernama

Bekas jurulatih MMA warga Iran dipenjara sembilan tahun, 20 sebatan miliki kanabis
Seorang bekas jurulatih MMA warga Iran dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun dan 20 sebatan kerana memiliki 1,858.3 gram kanabis.

BAS.MY Ipoh dilancar, tambahan laluan ke Kuala Kangsar, Kampar - Loke
Kemudahan bas henti-henti BAS.MY Ipoh dilancar hari ini di bawah Program Transformasi Bas Berhenti-henti (SBST).
AWANI Ringkas: Salah guna teknologi | Sistem keselamatan LRT berfungsi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sistem keselamatan hentian kecemasan berfungsi - Anthony
Kementerian Pengangkutan menolak tanggapan insiden di LRT Titiwangsa yang menyebabkan kematian seorang lelaki OKU penglihatan berpunca kegagalan sistem keselamatan hentian kecemasan pencerobohan penumpang.
Menteri Luar Thailand bertemu pemerintah Myanmar
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa mengadakan pertemuan bersama pemerintah Myanmar, Jeneral Min Aung Hlaing baru-baru ini.
Kes penculikan jejas sentimen warga China terhadap Thailand
Thailand berdepan tekanan untuk mencapai sasaran kemasukan 9 juta pelancong dari China tahun ini.

Malaysia sasar capai sifar eksport MSM, tingkat keluaran produk hiliran - Johari Ghani
Daripada 19.3 juta tan MSM dihasilkan pada 2024, hanya 3 juta tan dieksport manakala selebihnya diproses menjadi produk hiliran.

Bayaran tunggakan pencen RM1.7 bilion kiraan kasar, bukan ancaman - KPPA
Ia pengiraan kasar dibuat berdasarkan data-data sedia ada yang kini perlu dirujuk silang dengan rekod perkhidmatan dan dibuat secara bona fide.

Timor-Leste mungkin jadi anggota ke-11 ASEAN pada Oktober ini - Mohamad Hasan
Timor-Leste berkemungkinan besar menyertai ASEAN sebagai anggota tetap pada Sidang Kemuncak ke-47 ASEAN di Kuala Lumpur Oktober ini.
Penagih tegar Bukit Malut kena cekup
AADK Kedah menyerbu lokasi pengedaran dan pengambilan dadah di Bukit Malut, dalam operasi Op Perdana.

PERKESO Terengganu bayar RM23.4 juta faedah kepada pencarum tahun lepas
PERKESO Terengganu telah membuat pembayaran faedah kepada OB dan waris kira-kira RM23.4 juta melibatkan 5,858 kes sepanjang tahun lepas.

Jadikan pencen veteran ATM sebagai permulaan kerjaya baharu - Khaled Nordin
Majoriti mereka berpencen pada usia muda iaitu sekitar 42 tahun dan masih bertenaga untuk mempelajari ilmu baharu.

Skim pencen: JPA di peringkat akhir kajian, belum ada keputusan - KSN
Pada 20 Jan lepas, JPA berkata Laporan Interim 1 Kajian Semula SSPA telah diserahkan kepada perdana menteri pada 19 Jan.

Manfaatkan konsep wakaf sebagai sistem perlindungan pada usia persaraan - Penganalisis
Konsep wakaf boleh diteliti sebagai gantian kepada skim pencen dalam usaha untuk mengurangkan beban kewangan negara.

Tubuh Suruhanjaya Gaji, teliti isu pencen, dana persaraan secara menyeluruh - Penganalisis
Kerajaan digesa tubuhkan Suruhanjaya Gaji bagi meneliti isu pencen dan pelaksanaan skim persaraan secara menyeluruh.

Kekalkan pencen, galakkan penjawat awam menabung dalam KWAP - CUEPACS
Kerajaan disaran untuk mengekalkan pelaksanaan skim pencen sedia ada kepada penjawat awam.

Tanggungjawab moral untuk ahli politik, pesara pilih satu pencen - PM Anwar
Ahli politik atau pekerja kerajaan yang menerima beberapa pencen mungkin boleh memenuhi tanggungjawab moral untuk memilih hanya satu pencen sahaja.

Wakil rakyat tidak kisah jika pencen mereka dimansuhkan
Mohd Amar berkata, urusan pencen adalah hak kerajaan dan beliau menerima apa sahaja keputusan dibuat.

Cadangan mansuh pencen turut terpakai kepada ahli politik - PM Anwar
Cadangan mewujudkan kakitangan awam tidak berpencen juga akan terpakai kepada ahli politik.

Pengambilan penjawat awam tetap baharu tidak berpencen
Dasar baharu pengambilan itu akan dilaksana tahun ini dengan perinciannya diumumkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.