Zoo Negara akan membina kemudahan parkir bertingkat tahun depan bagi menampung jumlah pengunjung yang semakin bertambah setiap tahun.
Timbalan Pengarah Persatuan Zoologi Malaysia Rosly @ Rahmat Ahmat Lana berkata, tempat letak kereta baharu itu mampu memuatkan sehingga 2,000 kereta pada satu-satu masa berbanding ketika ini yang hanya dapat menampung 600 kereta.
Beliau berkata kekurangan tempat letak kereta amat dirasai pada hujung minggu dan cuti umum termasuk Hari Raya Aidilfitri ini yang menyebabkan kesesakan lalu lintas di sekitar kawasan itu.
Mengenai usaha menjadikan Zoo Negara bertaraf dunia, Rosly berkata pihaknya sedang memenuhi segala keperluan yang diperlukan termasuk menyediakan kemudahan infrastruktur untuk kesenangan pengunjung.
Sementara itu, seorang pengunjung yang hanya mahu dikenali sebagai Mekla menyokong usaha Zoo Negara meningkatkan kemudahan demi keselesaan pelawat.
"Cadangan tempat letak kereta serta kemudahan lain harus dimulakan segera bagi memudahkan pengunjung datang ke Zoo Negara," katanya yang memilih Zoo Negara sebagai antara tempat riadah pilihannya.
Zoo Negara dibuka dengan rasminya pada 14 November 1963 dan mempunyai lebih 5,137 binatang daripada 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia dan ikan.
Tarikan utama ketika ini adalah pasangan panda gergasi comel 'Xing Xing' dan 'Liang Liang' yang menjadi tumpuan orang ramai terutamanya kanak-kanak.
Bernama
Wed Jul 22 2015

Zoo Negara sedang memenuhi segala keperluan yang diperlukan termasuk menyediakan kemudahan infrastruktur untuk kesenangan pengunjung. - Gambar fail

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

G20 mesti terus perjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik
Presiden Afrika Selatan gesa G20 untuk terus memperjuangkan penyelesaian diplomatik kepada konflik di seluruh dunia.

Jaringan tunggal Faizal bawa THT ke final Piala TNB
THT di landasan tepat untuk merangkul gelaran treble Liga Hoki Malaysia2025, selepas terlebih dahulu menjulang Piala Sumbangsih serta menjuarai liga buat kali ketujuh.

Ambilan kohort pertama program DBA pada Julai depan - Ewon
Universiti Keusahawanan Koperasi Malaysia (UKKM) akan memulakan pengambilan kohort pertama program Doktor Pentadbiran Perniagaan (DBA) pada Julai depan.

FGV sasar pasaran eksport China menerusi PIP
FGV menyasarkan untuk mengeksport hasil pertanian ke China menerusi projek perladangan bersepadu bernilai tinggi berskala besar Lembah Agro Chuping FGV (FCAV).

Kutipan zakat di Kelantan meningkat 15 peratus pada 2024 - MAIK
Jumlah kutipan zakat di Kelantan tahun lepas meningkat 15 peratus kepada RM296.52 juta, berbanding RM257.09 juta pada 2023.

Pulau Pinang catat 7,852 kes penipuan dalam talian, kerugian RM312.86 juta
Jenayah penipuan membabitkan telekomunikasi mencatatkan kes tertinggi, iaitu 2,938 kes dengan kerugian berjumlah RM101.5 juta.

Tindakan tegas ke atas peniaga jual semula tapak bazar Ramadan - MBAS
Tindakan tegas juga ke atas perbuatan membatalkan tapak jualan mereka dan membukanya untuk disewa kepada peniaga lain.

Kepengerusian ASEAN: PBT di Selangor perlu pastikan kebersihan, kemudahan ditahap terbaik - MB
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) perlu memastikan semua kemudahan dan kebersihan di seluruh Selangor berada pada tahap terbaik sempena Kepengerusian ASEAN 2025.

Perak saran pengusaha pelancongan tambah baik prasarana, kemudahan - Exco
Terdapat sebilangan pengusaha di beberapa lokasi pelancongan memandang enteng perkara berkenaan.

Perubahan trend pelancongan sejak pandemik antara faktor kekurangan pelancong di Tasik Kenyir
Corak atau trend perjalanan pelancong berubah dengan ramai yang memilih destinasi pelancongan menawarkan akses dan kemudahan lengkap.

Kerja naik taraf Kompleks Sukan Labuan siap menjelang Oktober 2025 - Hannah
Projek tersebut melibatkan beberapa kontraktor sedang dipantau dengan teliti oleh JKR Labuan bagi memastikan kemajuan kekal stabil.

Impian penduduk Selangau miliki sekolah menengah baharu jadi kenyataan
Sekolah itu akan dibina di tanah berkeluasan 8.9 hektar, 79km dari Sibu dan dapat menempatkan 400 pelajar.

LHDN galak pembayar cukai manfaat sistem e-Perkhidmatan
Penggunaan e-Perkhidmatan bantu kurangkan masa dan kos perjalanan, selain menawarkan kemudahan akses kepada rekod dan dokumen pada bila-bila masa.

Kemudahan pendidikan bertaraf dunia mampu tingkatkan usaha Sarawak guna teknologi baharu
Rakyat Sarawak digesa meneroka dan melengkapkan diri dengan perkembangan global semasa bagi merealisasikan agenda itu.

Arab Saudi sedia perkhidmatan Wi-Fi untuk jemaah haji
Wi-Fi berkelajuan tinggi itu membolehkan jemaah melayari perkhidmatan elektronik kementerian dan memuat turunnya terus ke peranti pintar mereka.

Isu gangguan bekalan air, elektrik di Labuan berkurangan - Dr Zaliha
Namun begitu, perlu ada penambahbaikan yang berterusan bagi memastikan penduduk Labuan terus menikmati kemudahan asas ini dengan lebih baik.

Ketua WHO gesa perlindungan kemudahan penjagaan kesihatan semasa konflik
Ghebreyesus berkata kerosakan kemudahan penjagaan kesihatan dan kakitangan WHO telah menjadi norma, seperti yang dilihat di Gaza, Sudan dan Ethiopia.