KUALA LUMPUR: Mesyuarat Majlis Bandar Pintar Negara (MBPN) hari ini meluluskan cadangan Penarafan Bandar Pintar Malaysia, yang julung kali diperkenal melalui PLANMalaysia, sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia 2019-2025.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam kenyataan memaklumkan penarafan itu bertujuan mengiktiraf peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang telah melaksanakan inisiatif Bandar Pintar berpandukan indikator dalam Malaysia Standard (MS) ISO 37122:2019.
"Standard ini merupakan piawaian antarabangsa dan berdasarkan amalan terbaik yang telah disesuaikan dalam konteks Malaysia," katanya.
Menurut kenyataan itu, secara umumnya program Penarafan Bandar Pintar Malaysia terdiri daripada empat tahap iaitu Smart City Early Adopter, Developing Smart City, Leading Smart City dan Visionary Smart City.
Pada 2023, penarafan dimulakan dengan tahap permulaan bandar pintar iaitu Smart City Early Adopter secara sukarela khususnya kepada PBT yang telah bersedia dengan kriteria ditetapkan.
KPKT menyasarkan sekurang-kurangnya 61 PBT bertaraf Majlis Perbandaran ke atas mencapai status Smart City Early Adopter pada 2025.
"Senarai PBT yang berjaya mencapai taraf bandar pintar bagi Tahap 1 iaitu Smart City Early Adopter akan diumum oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming pada 9 Nov 2023 bersempena Sambutan Hari Perancang Bandar Sedunia Tahun 2023 di Putrajaya," katanya.
Kenyataan itu turut memaklumkan mana-mana PBT yang memperoleh taraf bandar pintar akan diberi keutamaan mendapat peruntukan bagi pelaksanaan inisiatif bandar pintar yang akan membantu PBT terlibat mencapai peningkatan hingga ke tahap tertinggi iaitu Visionary Smart City.
"Penarafan bandar pintar ini akan dilaksanakan secara tahunan untuk memberi peluang kepada semua PBT seluruh negara," menurut KPKT.
Mesyuarat MBPN telah dipengerusikan oleh Nga di Bangunan Parlimen pagi tadi.
MBPN merupakan platform bagi menetapkan dasar dan hala tuju strategik pembangunan bandar pintar di Malaysia selain menjadi medium perbincangan serta penyelesaian isu pelaksanaan, penyelarasan dan pemantauan pembangunannya di Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 10 2023

MBPN hari ini meluluskan cadangan Penarafan Bandar Pintar Malaysia, yang julung kali diperkenal melalui PLANMalaysia, sebagai sebahagian daripada pelaksanaan Rangka Kerja Bandar Pintar Malaysia 2019-2025. - Foto Facebook KPKT

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Duterte mungkin hadapi hukuman penjara sehingga 30 tahun atau seumur hidup - Malacanang
Sabitan boleh dirayu, dan mahkamah juga boleh mengarahkan pampasan untuk mangsa.
Indonesia benar pegawai sandang jawatan agensi negeri
15 agensi negeri di Indonesia dikenal pasti untuk anggota tentera menyandang peranan kepimpinan.

GT Jepun akhirnya kembali ke bumi Malaysia selepas 12 tahun
Selepas 12 tahun, Siri perlumbaan Super GT akhirnya akan bakal kembali menggegarkan Litar Antarabangsa Sepang, Jun ini.
Indonesia gesa bonus pemandu e-hailing dan kurier
Kerajaan Indonesia menggesa syarikat pengangkutan dan perkhidmatan penghantaran memberikan bonus Aidilfitri.
Malaysia perkukuh rantaian bekalan dengan negara ASEAN
Malaysia berusaha mengukuhkan rantaian bekalan sektor semikonduktor dengan negara anggota ASEAN.
Pantau Agenda Reformasi: TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri
Bersama Prof Madya Dr Nor Lisa Sulaiman, Ketua Pusat Advance Centre for Technical and Vocational Education (ACTiVE), Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia membincangkan tentang TVET aras tinggi untuk sokong keperluan industri.
Indonesia lancar program sekolah rakyat bantu murid miskin
Program sekolah rakyat bakal menyediakan pendidikan percuma kepada murid daripada keluarga miskin.
Vietnam catat peningkatan dalam pelbagai sektor
Vietnam mencatatkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 7.2 peratus dalam indeks pengeluaran perindustrian atau IIP untuk dua bulan pertama 2025.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia perkukuh hubungan perdagangan
Bagi perniagaan Jerman yang ingin menembusi pasaran Asia Tenggara, Malaysia menyediakan pintu masuk utama untuk berinteraksi dengan pasaran ASEAN.

Cadangan Penarafan Bandar Pintar Malaysia diluluskan - KPKT
KPKT menyasarkan sekurang-kurangnya 61 PBT bertaraf Majlis Perbandaran ke atas mencapai status Smart City Early Adopter pada 2025.