DENGAN jangkitan COVID-19 menunjukkan trend menurun – kadar kematian 0.4% antara terendah di dunia, dan lebih 90% pesakit telah pulih sepenuhnya – gelombang ketiga pandemik kini dijangka boleh berakhir dalam beberapa bulan mendatang.
Sementelah lagi, kerajaan memiliki beberapa strategi baharu untuk melandaikan lekuk jangkitan agar dapat diratakan secepat mungkin dengan mengawal penyebarannya.
Misalnya, berdasarkan data, kerajaan mendapati 10% kluster telah menyumbang lebih 85% kes COVID-19.
Lantaran itu, kerajaan akan mengambil pendekatan yang lebih disasarkan dengan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat di semua lokasi kluster.
Pendekatan berasaskan sains ini telah dilakukan ketika kerajaan mengumumkan Mac 1 pelaksanaan PKP Diperketatkan (PKPD) di Felda Jengka 1, 2, dan 7 serta Felda Ulu Jempol di Maran, di Pahang dari Mac 2 hingga Mac 15.
Ini, meskipun Pahang mencatat jangkitan satu digit (8) pada Mac 1.
Seperti yang dijelaskan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob, langkah itu adalah untuk memudahkan Kementerian Kesihatan melakukan pengesanan dan pengasingan awal kes COVID-19 untuk memastikan penduduk dengan risiko jangkitan tetap berada di kawasan PKPD.
Sementara itu, kerajaan juga menguatkuasakan PKB di daerah Nabawan, Sabah dari 3 hingga 16 Mac berikutan peningkatan kes yang melibatkan sebuah kluster di daerah itu yang mempunyai jangkitan tinggi.
Pada Mac 1 juga, jangkitan harian berada pada tahap terendah (1,828 kes), dengan Selangor – secara konsisten menduduki tempat teratas sejak sekian lama sebagai negeri dengan jangkitan harian paling banyak – menunjukkan kemajuan drastik beralih ke tempat kedua dengan kes baharu 453.
Pada masa yang sama, sementara kerajaan akan membuka lebih banyak sektor ekonomi, semua kegiatan ekonomi tertakluk pada penjarakan sosial dan SOP yang lebih ketat.
Pelaksanaan SOP ini akan ditingkatkan dengan tindakan tegas terhadap pelanggar SOP yang rata-rata berjumlah 500 sehari.
Lantaran itu, setahun setelah Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pucuk pimpinan kerajaan, Malaysia kini menuju ke arah pemulihan dalam keseimbangan antara kehidupan dan penghidupan, dan pada masa yang sama, sedang bergerak pantas untuk meletakkan asas-asas kukuh bagi hala tuju ke arah dunia pasca COVID-19.
Inilah inti pati amanat perdana, Setahun Malaysia Prihatin oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mac 1 yang menandakan genap setahun beliau menjadi perdana menteri.
Amanat itu sangat jelas menunjukkan kerajaan mengguna pakai pendekatan serampang dua mata dengan tumpuan bukan semata-mata mencari penyelesaian masalah masa kini, tetapi juga meletakkan asas-asas kukuh agar Malaysia dapat berkembang maju dalam dunia pasca COVID-19.
Antara beberapa langkah yang digariskan adalah pemerkasaan ekonomi digital sebagai sumber kekayaan baru melalui rangka tindakan Ekonomi Digital Malaysia dan inisiatif MyDigital yang dilancarkan Muhyiddin pada 19 Februari, bersama dengan fokus untuk melaksanakan Dasar Pendidikan Digital, yang antara lain akan merapatkan jurang digital dan melahirkan warga bertanggungjawab dalam masyarakat berilmu berlandaskan nilai murni.
Semua ini akan memberi hala tuju kepada Malaysia untuk mencipta bakat atau tenaga kerja abad ke-21 agar ia menjadi negara yang lebih kompetitif di era digital.
"Saya percaya Dasar Pendidikan Digital adalah satu langkah ke hadapan untuk menyediakan generasi fasih digital dan pada masa yang sama melonjakkan kualiti pendidikan negara kita agar menjadi antara yang terbaik di dunia,” kata PM.
Asas lain yang disebut PM bagi memudahkan pemulihan ekonomi dan melengkapkannya dengan keupayaan untuk dunia pasca COVID-19 termasuk:
• Menjamin keselamatan rakyat dalam mengawal penyebaran COVID-19 dengan meningkatkan beberapa aspek kawalan sempadan terutama kawalan ketat sempadan tanpa kompromi untuk mencegah masuknya pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam usaha membendung penularan COVID-19;
• Usaha komprehensif mewujudkan gelembung perjalanan dengan beberapa negara berpotensi. Ini sangat penting untuk mengaktifkan kerjasama perdagangan dan pelaburan dua hala yang akan mempercepat pertumbuhan ekonomi. Ia juga sejajar dengan Perjanjian Koridor Perjalanan Asean yang dipersetujui pada Sidang Kemuncak Asean November lalu untuk memudahkan perjalanan di kalangan negara Asean demi menghidupkan kembali perdagangan, industri pelancongan dan perkhidmatan; dan
• Memperkenalkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) sebagai kesinambungan kepada Wawasan 2020 dengan matlamat utama memastikan rakyat Malaysia amnya dapat menikmati taraf hidup wajar menjelang 2030. Ini akan dilaksanakan melalui Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025) dan Rancangan Malaysia ke-13 (2026-2030).
Antara keutamaan Rancangan Malaysia Ke-12 ialah menangani masalah kemiskinan terutamanya pembasmian kemiskinan tegar, memandangkan pandemik telah mengakibatkan lebih ramai rakyat berada di bawah kategori ini.
Untuk tujuan ini, sebuah Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kemiskinan yang dipengerusikan oleh PM telah dibentuk untuk meneliti secara terperinci apa yang dapat dilakukan oleh kerajaan, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, pertubuhan sukarela dan sektor swasta untuk bersama-sama menangani masalah kemiskinan.
Keutamaan lain termasuk mempercepat pembangunan di Sabah dan Sarawak, dan negeri negeri lain yang kurang membangun dengan menstabilkan penyediaan infrastruktur dan keperluan asas; menyediakan sistem eko yang kondusif untuk mengembangkan perusahaan mikro, kecil dan sederhana; mempercepat kadar penggunaan teknologi canggih dan digitalisasi dalam kalangan perniagaan dan rakyat; dan peralihan ke ekonomi hijau untuk menyokong agenda pembangunan mampan dan menjadikan Malaysia negara rendah karbon.
Mengenai pembangunan mampan dan hijau, PM telah melancarkan Januari lalu Kempen Penanaman Pokok 100 Juta sebagai sebahagian Program Penghijauan Malaysia, salah satu agenda nasional untuk menangani perubahan iklim dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat.
PM juga menyentuh Ordinan Darurat yang telah mempermudah perang COVID-19.
Memberi jaminan Darurat bukanlah usaha untuk memperpanjang tempoh beliau berkuasa, Muhyiddin berkata: “Kesemua ordinan ini bertujuan membolehkan kerajaan menangani pandemik COVID-19 dengan lebih cekap dan berkesan, termasuk menambahbaik pengurusan penginapan pekerja asing yang menjadi antara punca utama penularan COVID-19 di negara kita.
“Dengan adanya proklamasi darurat, kesemua ordinan ini dapat dimasyhurkan dalam tempoh yang singkat tanpa perlu melalui proses di Parlimen yang kebiasannya mengambil masa yang lama.
"Saya sedar dan faham maksud demokrasi. Justeru, tidak ada satu pun ordinan ini bertujuan untuk membolehkan Perdana Menteri kekal berkuasa selama-lamanya.
"Malah, darurat yang sedang dilaksanakan ini juga mempunyai tempoh tamat pada 1 Ogos 2021.
"Inilah kali pertama dalam sejarah negara kita, darurat mempunyai tempoh tamat.”
Beberapa pemerhati juga akur darurat telah berjaya menjinakkan politik yang berlebihan (politicking) yang telah menghasilkan beberapa pencapaian baik dalam angka ekonomi untuk tahun 2021 setakat ini, seperti kedudukan ringgit yang kukuh, pasaran bon yang berkembang maju dan eksport yang baik.
Ia sememangnya satu perjalanan panjang untuk melihat cahaya di hujung terowong.
Namun, ia bukanlah satu perkara mudah untuk dicapai kerana PM mengambil alih pucuk pimpinan negara dalam keadaan masalah-masalah besar berlaku, sekali gus pada masa yang sama (pandemik, ekonomi, politik) yang tidak pernah dihadapi oleh sebarang PM Malaysia sebelum ini.
Jamari Mohtar adalah Pengarah, Media & Komunikasi di EMIR Research, sebuah organisasi pemikir bebas yang berfokuskan kepada pencernaan saranan-saranan dasar strategik berteraskan penyelidikan yang terperinci, konsisten dan menyeluruh.
Kenyataan dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Jamari Mohtar
Thu Mar 04 2021

Muhyiddin telah mengambil alih pucuk pimpinan negara dalam keadaan masalah-masalah besar berlaku, yang tidak pernah dihadapi oleh mana-mana PM Malaysia sebelum ini. -Gambar fail
Keterlanjuran, salah guna kuasa menyukarkan usaha kerajaan
Perdana Menteri menegaskan bahawa sebarang keterlanjuran salah guna kuasa, rasuah, dan pengkhianatan akan menyukarkan usaha Kerajaan MADANI untuk merealisasikan impian menjadi sebuah negara maju dan berdaya saing di pentas dunia.
Pemandu maut, penumpang cedera lori jatuh gaung di Kuala Krai
Seorang lelaki maut manakala seorang wanita cedera selepas lori yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di kilometer 79 Jalan Kota Bharu-Gua Musang (Bukit Ah Kim), Kuala Krai pada Sabtu.
Ahmad Zahid, Fahmi ucap takziah kepada keluarga Ishsam Shahruddin
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dan beberapa menteri lain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

OIC kecam pencerobohan Netanyahu dan Katz ke khemah pelarian Tulkarm
OIC menyifatkan tindakan itu sebagai lanjutan kepada serangan berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

Melaka FC rangkul kejuaraaan Liga A1 Semi Pro
Fuseini Issah tampil cemerlang dengan jaringan hatrik bagi membantu Melaka FC meraih kemenangan besar ke atas Machan FC.

THT & PDRM Blue Warriors lengkapkan kejuaraan treble MHL 2025
THT mengungguli perlawanan akhir menerusi penentuan penalti, selepas kedudukan terikat 1-1 dalam masa permainan sebenar.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

Bicara kes salah guna jawatan, pengubahan wang haram Muhyiddin bermula 17 Sept
Perbicaraan kes menyalahgunakan kedudukan dan menerima wang daripada aktiviti haram dihadapi Tan Sri Muhyiddin Yassin akan bermula 17 Sept ini.

Dua bekas PM cadang usul khas isu Palestin dibentang di Parlimen
Ismail Sabri berkata dunia harus mengecam cadangan itu yang tidak berperikemanusiaan dan tidak harus dibenarkan untuk direalisasikan.

Bekas TKSUS Muhyiddin jumpa wakil Wan Saiful berhubung projek Jana Wibawa
Asmar berkata terdapat juga beberapa individu berjumpa secara terus dengan Muhyiddin berhubung permohonan projek berkenaan sebelum berjumpa dengan beliau.

Muhyiddin mahu cabar Akta Hasutan di Mahkamah Persekutuan
Muhyiddin yang berdepan satu kes hasutan ketika kempen PRK DUN Nenggiri akan merujuk persoalan undang-undang berhubung Akta Hasutan 1948 ke Mahkamah Persekutuan.

Sebut perkataan menghasut: Muhyiddin kekal pengakuan tidak bersalah
Muhyiddin mengekalkan pengakuan tidak bersalah di Mahkamah Tinggi hari ini atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut semasa kempen PRK Nenggiri.

Muhyiddin ingatkan pemimpin PN semak fakta sebelum buat kenyataan
Pemimpin Perikatan Nasional (PN) diingatkan supaya menyemak fakta terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan secara terbuka.

Saman fitnah: Muhyiddin bayar ganti rugi RM1.4 juta kepada Lim Guan Eng
Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mendepositkan RM1.4 juta sebagai jumlah penghakiman ganti rugi saman fitnah yang perlu dibayar kepada Pengerusi DAP Lim Guan Eng.

Kes Muhyiddin: 4 salah guna kedudukan, 3 AMLA dibicarakan bersama
Hakim, Azura Alwi memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan permohonan pendakwaan selaku pemohon, untuk menggabung kes-kes itu.

Saman fitnah terhadap Muhyiddin: Guan Eng fail rayuan, mahu faedah lima peratus
Lim tidak berpuas hati apabila tiada perintah mengenai kadar faedah lima peratus setahun ke atas jumlah pampasan dalam keputusan Hakim Roz Mawar Rozain.

Muhyiddin dapat penangguhan bersyarat, perlu bayar RM400,000 sebelum 31 Dis
Mahkamah Tinggi mengarahkan Muhyiddin membayar sebahagian jumlah penghakiman, iaitu RM400,000 kepada Lim sebelum 31 Dis ini.