KUALA LUMPUR: Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2022 akan dikeluarkan hari ini.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan calon sekolah boleh memperoleh keputusan peperiksaan daripada sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi.
Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.
Menurut KPM lagi, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah lain termasuk secara dalam talian di pautan myresultspm.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan SPM tahun 2022 mulai jam 10 pagi hari ini sehingga jam 6 petang pada 14 Jun 2023.
Selain itu, calon juga boleh menyemak secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatkan ringkasan keputusan peperiksaan SPM tahun 2022 yang akan diaktifkan mulai jam 10 pagi hari ini sehingga jam 6 petang pada 14 Jun 2023.
Seramai 403,637 orang calon menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.
Astro Awani
Thu Jun 08 2023

Seramai 403,637 orang calon menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 di 3,355 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. - Foto fail/BERNAMA

Jaga, hormati sensitiviti agama dan budaya Malaysia - Aaron
Menteri Perpaduan Negara ingatkan semua pihak untuk tidak mencetuskan ketegangan atau perasaan benci antara penganut agama.

Fahmi arah MCMC siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Pengurusan Astro dan stesen radio tersebut akan dipanggil ke ibu pejabat MCMC bagi memberikan penjelasan penuh.

KWSP: Kerajaan tidak cadang wajib pencarum Islam pilih Simpanan Syariah - PM
Rekod penyamaan dividen KWSP itu dijangka akan meningkatkan lagi keyakinan pencarum beragama Islam untuk menambah simpanan Syariah.

'Dia tinggalkan semua demi saya, anak' - Ridzuan Ridzokumura sifatkan Akiko isteri penyayang
Meski masih cuba untuk kuat dengan kehilangan besar itu, Ridzuan bagaimanapun reda dengan pemergian isteri tercinta.

3 penyampai radio ERA mohon maaf secara terbuka
Nabil, Radin, Azad Jasmin susun jari mohon maaf berhubung aksi mereka yang kurang menyenangkan dan menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India.
ERA FM mohon maaf atas kandungan tidak sensitif
Stesen radio ERA FM tampil memohon maaf secara terbuka selepas penyiaran kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat, khususnya kaum India. ERA FM menegaskan tiada niat untuk menyinggung mana-mana pihak dan berjanji lebih berhati-hati pada masa hadapan.
Fahmi arah siasat stesen radio persenda upacara agama lain
Menteri komunikasi, Fahmi Fadzil mengarahkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menjalankan siasatan terperinci ke atas sebuah sebuah stesen radio milik Astro yang dilihat mempersenda upacara agama lain menerusi sebuah video dimuat naik di platform media sosial.

Aplikasi CIMB Clicks akan ditamatkan sepenuhnya pada 12 April 2025
Selepas tarikh tersebut, pengguna perlu menggunakan CIMB OCTO untuk tujuan perbankan sepenuhnya.
AS gantung sementara bantuan ketenteraan
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menggantung sementara bantuan ketenteraan kepada Ukraine.
AS kenakan tarif 25 peratus terhadap barangan import Kanada, Mexico
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kekal dengan pendiriannya untuk mengenakan tarif perdagangan sebanyak 25 peratus bagi barangan dari kanada dan Mexico yang diimport ke negara ini.

Anak petani guna kanta pembesar cemerlang SPM
"Syukur, guru dan rakan sekelas amat memahami keadaan saya, mereka sangat membantu dan memberikan penerangan sekiranya saya memerlukan".

SPM 2016: Murid-murid anggap saya macam bonda - Pengetua SSP
Aspek kasih sayang yang diterapkan di Sekolah Seri Puteri menjadi faktor penting yang mendorong pelajar merasakan sistem pembelajaran seperti sebuah hubungan erat sesama keluarga yang sebenar.