GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bertindak lebih tegas dalam menguatkuasakan Seksyen 8(1) Akta Kawalan Harga 1946 Pindaan 1973 yang mewajibkan peniaga mempamerkan tanda harga pada barangan jualan.
Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata, tinjauan CAP di seluruh negeri mendapati tahap ketidakpatuhan peniaga terhadap keperluan meletakkan tanda harga masih meluas termasuk dalam kalangan penjual di gerai makanan, pasar basah, pasar malam, restoran dan kedai runcit.
"Kesalahan utama ialah tiada sebarang tanda harga yang boleh dilihat pada gerai menjual makanan dan minuman diikuti restoran sama ada tidak mengemas kini harga atau memberikan maklumat mengelirukan kepada pengguna.
"Ketiadaan tanda harga yang telus ini sering menyebabkan pengguna dikenakan bayaran berlebihan kerana mereka tidak mempunyai senarai harga yang didokumenkan untuk dirujuk apabila berlaku pertikaian berhubung bil mereka," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kenaikan harga diesel baru-baru ini juga dilihat berpotensi menyumbang kepada kos makanan yang lebih tinggi, justeru penting untuk pengguna dimaklumkan mengenai harga lebih awal.
Menurut beliau peruntukan di bawah Akta Kawalan Harga menjelaskan tanggungjawab penjual untuk memastikan pembeli dimaklumkan mengenai harga, bagaimanapun penguatkuasaan yang tidak mencukupi menjejaskan keberkesanan pelaksanaan undang-undang di bawah peruntukan itu.
"Selain itu, CAP juga menggesa penguatkuasaan yang lebih ketat dan pendakwaan terhadap semua pesalah demi menjaga hak pengguna serta memastikan amalan perdagangan yang adil," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 18 2024

Tinjauan CAP di seluruh negeri mendapati tahap ketidakpatuhan peniaga terhadap keperluan meletakkan tanda harga masih meluas. - Gambar hiasan

Pelajar Tingkatan Satu maut dirempuh lori selepas turun bas
Supt Mohammad Shofee Tayib berkata, laporan mengenai kejadian itu diterima daripada orang awam pada jam 7.45 petang.

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

CAP saran kecilkan saiz makanan percuma ketika Thaipusam, elak pembaziran
Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi amal digesa mengurangkan saiz makanan percuma yang akan diedarkan semasa sambutan Thaipusam pada 11 Feb ini bagi mengelakkan berlaku pembaziran.

CAP minta Kementerian Pengangkutan ambil langkah lebih ketat kurangkan kemalangan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berharap Kementerian Pengangkutan dapat mengambil langkah keselamatan lebih cekap dan ketat bagi mengurangkan kemalangan jalan raya di seluruh negara.

Segerakan undang-undang hapus plumbum dalam cat - CAP
Plumbum merupakan bahan toksik terkumpul yang mampu menjejaskan sistem tubuh manusia serta boleh mendatangkan kesan buruk terhadap kesihatan.

CAP gesa kuat kuasa larangan pamer vape, produk tembakau
Pegawai Pendidikan CAP N.V.Subbarow berkata tindakan itu amat penting dalam melindungi generasi muda daripada pengaruh tabiat merokok.

CAP minta kerajaan perkenal cukai makanan tidak sihat
CAP meminta pihak berkuasa supaya dapat melaksanakan cukai ke atas makanan tidak sihat sebagai langkah membendung obesiti dan isu kesihatan yang berkaitan di negara ini.

CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.

CAP gesa perkukuh Perjanjian Global Plastik, elak krisis pencemaran sisa
CAP minta rundingan Perjanjian Plastik Global perkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan merasmikan Perpustakaan Kontena Bangsa Johor Bahagia (BJB) di Kangkar Pulai di sini hari ini.

Kadar tambang bas ekspres eksekutif, ekonomi ikut jadual tambang - APAD
Harga tiket bas berbeza mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang.

CAP saran kerajaan pertimbang dasar bagi minimum kesan bencana terhadap haiwan
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menyarankan kerajaan memberi pertimbangan serius terhadap pelaksanaan dasar dan strategi bagi meminimumkan kesan bencana terhadap haiwan.