GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) meminta pihak antarabangsa yang terlibat dalam rundingan Perjanjian Plastik Global agar memperkukuh kandungan dalam perjanjian ini bagi mengelakkan krisis pencemaran sisa plastik terus berlaku.
Presidennya, Mohideen Abdul Kader berkata, pihaknya turut berharap perkara itu dapat disuarakan delegasi Malaysia yang akan mengambil bahagian dalam rundingan berkenaan di Ottawa, Kanada pada hujung bulan ini.
Beliau berkata, ia susulan kebimbangan terhadap dapatan hasil ujian terhadap sampel palet plastik yang diambil daripada 13 negara termasuk Malaysia telah mengesan hampir 500 bahan kimia dalam palet plastik manakala dua sampel dari negara ini dikesan mengandungi lebih 200 bahan kimia merbahaya terhadap kesihatan manusia dan alam sekitar.
"Selaku ahli International Pollutants Elimination Network (IPEN), CAP telah menghantar dua sampel palet plastik untuk dianalisa oleh sekumpulan saintis di Sweden, Jerman serta Denmark dan hasilnya sebanyak 107 bahan kimia telah dikesan dalam sampel pertama manakala 111 lagi dalam sampel kedua.
"Sementara itu, daripada 30 bahan kimia yang dikesan pada kepekatan tinggi separuh daripadanya terhasil di peringkat pengeluaran pelbagai jenis plastik dan bahan bioaktif termasuk racun perosak seperti chlorpyrifos dan farmaseutikal selain terdapat tiga Polisiklik Aromatik Hidrokarbon (PAH)," katanya pada sidang media di Pejabat CAP, di sini, pada Khamis.
Mohideen berkata, dalam perbincangan Perjanjian Plastik Global sebelum ini, sesetengah negara memilih pendekatan bergantung kepada kitar semula plastik sebagai kaedah menyelesaikan krisis plastik.
"Bahan kimia yang terdapat dalam plastik kitar semula mungkin mendedahkan kita kepada kanser, penyakit jantung, gangguan pembiakan, diabetes, obesiti dan keadaan kesihatan serius yang lain," katanya.
Justeru, beliau berkata, Perjanjian Plastik Global yang berkesan perlu bagi menangani ancaman kepada kesihatan awam dan alam sekitar daripada bahan kimia plastik dan memasukkan pendekatan untuk mengawal pengeluaran plastik. - BERNAMA
Bernama
Thu Apr 18 2024

Mohideen berkata, sesetengah negara memilih pendekatan bergantung kepada kitar semula plastik sebagai kaedah menyelesaikan krisis plastik. - Gambar Bernama

Mahkamah khas SOSMA: Pendekkan atau hapus tempoh tahanan 28 hari tanpa bicara
Kerajaan juga wajar mempertimbangkan pindaan akta termasuk peruntukan mengenai isu jaminan bagi mengurangkan kesesakan di penjara.

Malaysia semakin popular sebagai destinasi acara korporat India
Segmen MICE merupakan antara bidang tumpuan utama Tourism Malaysia pada SATTE tahun ini di New Delhi.

Pemandu maut, nahas dua lori di Lebuhraya Utara Selatan
Mangsa yang berusia 43 tahun meninggal dunia di tempat kejadian.

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.

Gangguan bekalan air 18 jam di Air Itam, Farlim, Paya Terubong
Sebanyak 33,500 akaun pengguna di Air Itam, Farlim dan Paya Terubong di sini akan mengalami gangguan bekalan air berjadual (SWSI) selama 18 jam bermula Jumaat hingga Sabtu ini.

Wanita parah tangan tersepit dalam mesin air tebu
Seorang wanita warga Indonesia mengalami kecederaan parah daripada jari hingga ke pergelangan tangan kanannya selepas tersepit dalam mesin memerah air tebu dalam kejadian di sebuah gerai di Flat Uda.

Tahun Baharu Cina: Tambahan trip feri P. Pinang pada 5 Februari
Persediaan memudahkan pergerakan pengunjung sempena program sambutan Tahun Baharu Cina (Pai Thee Kong) di Pengkalan Weld.

1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.

Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.

Polis P. Pinang yakin urus keselamatan, aliran trafik sepanjang persidangan ASEAN
Polis P. Pinang melakukan persiapan rapi untuk memastikan kelancaran semua program, termasuk persidangan yang dijangka berlangsung bulan depan.

P. Pinang tambah CCTV di Seberang Perai pastikan terus jadi bandar selamat
Ketika ini terdapat lebih 200 CCTV di kawasan itu dan pihaknya merancang untuk menambah sehingga 1,000 CCTV bagi meningkatkan pemantauan.

TMM2026: Tourism Malaysia giat promosi tiga negeri di utara
Antara usaha dilakukan ialah mengadakan kerjasama dengan agensi pelancongan menerusi pakej menarik yang memfokus kepada pelbagai lokasi.

Lelaki China cuba curi kad kredit dalam pesawat ditahan
Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada wanita berusia 44 tahun yang dalam perjalanan bercuti ke Pulau Pinang.

Kereta terbakar langgar bateri atas Jambatan Kedua Pulau Pinang
Sebuah kereta jenis Mercedes C200 terbakar dalam kejadian di KM 18, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, arah Batu Kawan menghala ke Batu Maung pada Isnin.