Ringkasan AI
- Jumlah keseluruhan caruman untuk program i-Saraan pada tahun 2024 adalah sebanyak RM2.6 bilion, dengan peruntukan insentif kerajaan sebanyak RM114.8 juta.
- Kerajaan telah menaikkan insentif padanan i-Saraan daripada 15% kepada 20%, dengan maksimum RM500 setahun dan had seumur hidup RM5,000 bagi setiap individu di bawah Belanjawan 2025.
- Bilangan penerima insentif i-Suri meningkat sebanyak 77% pada tahun 2024, dengan 75,196 ahli menerima insentif kerajaan berjumlah RM11.4 juta.
Beliau berkata peruntukan insentif kerajaan adalah sebanyak RM114.8 juta yang melibatkan 529,667 ahli daripada jumlah keseluruhan itu.
"Ini adalah peningkatan yang ketara berbanding jumlah insentif kerajaan sebanyak RM54.7 juta kepada 383,082 ahli pada 2023 dan RM33.2 juta kepada 291,743 ahli pada 2022.
"Dengan itu, jumlah caruman diterima untuk i-Saraan bagi 2023 adalah sebanyak RM1.44 bilion berbanding RM888 juta pada tahun 2022," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan Senator Hasbie Muda yang bertanya mengenai jumlah peruntukan dibelanjakan bagi program i-Saraan dan i-Suri di bawah KWSP.
Beliau menjelaskan bahawa kerajaan telah mengumumkan penambahbaikan program i-Saraan dengan menaikkan insentif padanan daripada 15 peratus kepada 20 peratus, tertakluk kepada maksimum RM500 setahun dan had seumur hidup sebanyak RM5,000 bagi setiap individu di bawah Belanjawan 2025.
Kelayakan insentif adalah bagi umur di bawah 60 tahun, katanya.
Dalam pada itu, Amir Hamzah memaklumkan seramai 75,196 ahli telah menerima insentif kerajaan berjumlah RM11.4 juta di bawah skim program i-Suri KWSP.
Bilangan penerima insentif ini telah meningkat sebanyak 77 peratus berbanding 42,759 ahli pada tahun 2023, tambahnya.
"Kadar insentif bagi i-Suri pada tahun 2024 ialah caruman padanan 50 peratus bagi setiap ringgit yang dicarumkan ke dalam KWSP dengan insentif maksimum sebanyak RM300 setahun.
"Insentif ini adalah tertakluk kepada had maksimum RM3,000 seumur hidup bagi seorang setiap individu (di bawah umur 55 tahun), katanya.
Dalam perkembangan lain, Amir Hamzah turut memaklumkan bahawa jumlah pencarum yang mempunyai simpanan asas juga telah meningkat sebanyak tujuh peratus pada tahun 2024 kepada 37.3 peratus atau 2.75 juta ahli.
-- BERNAMA
