LANGKAWI: Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan seteru politiknya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang
menggambarkan rakyat sebagai raja atau ‘king’ menerusi pendekatan cash is king.
Dr Mahathir yang juga Perdana Menteri keempat dan ketujuh negara menyifatkan kenyataan yang dibuat Najib itu sebagai satu pembohongan oleh orang yang tidak siuman.
Bahkan, Ahli Parlimen Langkawi dan Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu juga mendakwa, Najib yang sinonim dengan gelaran ‘Bossku’ itu sudah berulang kali menipu rakyat Malaysia termasuk di Dewan Rakyat.
"Saya hairan kenapa Najib diberi tempat untuk dia bercakap bohong, macam tak siuman (dia bercakap)… kononnya cash is king, king itu rakyat, jadi sekarang bila kita jumpa rakyat, kita (kena panggil) Duli Yang Maha Mulia rakyat. Bukan macam itu… itu cakap bohong.
"Dulu dia kata nak malu buat apa pasal dia boss, boss curi tidak apa, jadi ada dalam Parlimen dia kata kita tak bayar satu sen pun hutang, mana tak bayar, kita bayar berbilion Ringgit… dia kata tak bayar, dia cakap tak betul.
"Orang ini mempunyai niat nak jadi Perdana Menteri, dia harap kalau UMNO menang dia akan diampun sekali lagi, sekarang ini semua orang nak jadi Perdana Menteri lagi, (Tan Sri) Muhyiddin pun nak jadi Perdana Menteri juga sekali lagi," bidas Dr Mahathir.
Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas Majlis Jamuan Hari Raya Parlimen Langkawi, di Dataran Telaga Walk di sini, pada Isnin.
Dr Mahathir mengulas kenyataan yang dibuat oleh Najib ketika menjayakan Debat Perdana pada Khamis lalu mengenai pendekatan cash is king yang diperkenalkan Ahli Parlimen Pekan itu semasa menerajui negara sebagai Perdana Menteri keenam.
Semasa berhujah dalam Debat Perdana dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim,
Najib mempertahankan pendekatan cash is king yang dibawanya dengan menyifatkan langkah itu lebih mudah untuk membantu rakyat ketika susah.
Sambil merujuk 'king' itu adalah rakyat, beliau berkata, pengenalan pembayaran tunai secara terus kepada rakyat yang diperkenalkan di bawah pentadbirannya sebelum ini dan diteruskan sehingga hari ini berjaya menyegerakan bantuan kepada rakyat.
Selain membidas pendekatan cash is king, Dr Mahathir turut menyifatkan analogi 'kek' yang dinyatakan Najib dalam debat berkenaan sebagai tidak menggambarkan keperibadian sebenar pemimpin itu.
"Dia buat macam itu ka (kongsi kek) semasa dia jadi Perdana Menteri? Saya ditutup sama sekali untuk bercakap, bukan pembahagian sama rata, masa dia (Najib) jadi Perdana Menteri tak ada sama rata, sekarang bila tak jadi Perdana Menteri mesti sama rata (pula)?" soal Dr Mahathir lagi.
Abd Hadi Che Awang
Mon May 16 2022

Tun Dr Mahathir Mohamad membidas kenyataan seteru politiknya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggambarkan rakyat sebagai raja atau king menerusi pendekatan cash is king. - Gambar fail

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane, secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise di Bangkok malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.
Konflik Gaza: Pelan Trump bukan usir rakyat Palestin - Utusan A.S ke Asia Barat
Utusan Amerika Syarikat ke Asia Barat pada Khamis menegaskan bahawa rancangan Presiden Donald Trump untuk Gaza bukan bertujuan mengusir rakyat Palestin.

'Cash is king', 'king' itu rakyat: "Najib cakap macam orang tidak siuman" - Tun M
Najib yang sinonim dengan gelaran Bossku itu sudah berulang kali menipu rakyat Malaysia termasuk di Dewan Rakyat, dakwa Dr Mahathir.

PRK Port Dickson: PKR tak amal budaya 'cash is king' seperti BN - Fahmi
Teguran SPR itu sebenarnya tidak hanya dituju kepada Anwar bahkan kepada semua calon mengenai tata dan etika semasa PRK ini.