KULAI: Program Cashless Society anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) berjaya mencatatkan 20,035 transaksi tanpa tunai sejak program berkenaan mula dilaksanakan pada 2023 hingga Februari tahun ini.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata 2,740 peniaga juga berjaya didaftarkan sepanjang tempoh berkenaan.
Katanya program yang bermula di Melaka tahun lepas kini diperluaskan ke tiga negeri lagi iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.
"Untuk 2024, program Cashless Society ini akan dilaksanakan di 61 lokasi yang terpilih di tiga negeri iaitu Johor, Negeri Sembilan dan Pahang," katanya selepas merasmikan program berkenaan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Felda Taib Andak di sini hari ini.
Beliau berkata program Cashless Society berkenaan akan dilakukan secara berfasa dengan kerjasama Kerajaan Negeri Johor, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) serta rakan-rakan strategik yang lain melalui program Cashless@NaDi di Felda yang terpilih, projek rintis, bulan Cashless dan Cashless Carnival.
Teo berkata program tersebut bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran komuniti tempatan dan peniaga tentang manfaat penggunaan bayaran tanpa tunai dan penerimagunaan teknologi seperti e-dompet, DuitNow, quick response (QR) dan kad debit/kredit dan seterusnya menyokong usaha kerajaan mengukuhkan kedudukan ekonomi komuniti setempat.
"Di negeri Johor, saya dimaklumkan bahawa Program Cashless@NaDi ini akan dilaksanakan di 17 lokasi dalam penempatan Felda," katanya.
Beliau berkata tumpuan utama inisiatif adalah keperluan bagi peniaga di peringkat mikro dan kecil dapat menerima serta mengguna pakai bayaran tanpa tunai.
Beliau berkata 11 NaDi baharu akan diwujudkan di Johor yang melibatkan 11 Dewan Undangan Negeri (DUN) dari sembilan kawasan Parlimen dan dijangka siap sebelum penghujung tahun ini.
"Kesemua premis NaDi baharu ini masih dalam proses pemerolehan tapak dan beberapa kajian tapak sedang dijalankan termasuk proses mendapatkan kebenaran dari pelbagai pihak yang terlibat.
"Saya berharap dengan kolaborasi strategik bersama antara kerajaan negeri, MCMC, Felda, para penyedia perkhidmatan kewangan dan bank dapat merealisasikan sasaran 10 ribu transaksi tanpa tunai yang direkodkan menjelang akhir 2024," katanya.
Program Cashless Society adalah satu inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan membina keyakinan mengenai penggunaan pembayaran tanpa tunai dalam kalangan penduduk Malaysia dan meningkatkan kesedaran masyarakat bahawa penggunaan pembayaran digital adalah mudah, selamat, dan pantas.
Pemacuan agenda Cashless Society adalah berteraskan aspek ketersediaan infrastruktur capaian Internet, polisi mesra industri dan rakyat serta masyarakat digital inklusif.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 10 2024

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang juga Ahli Parlimen ketika melancarkan Program Cashless Society di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NaDi) Felda Taib Andak hari ini. - Foto Bernama

Kerajaan Jepun luluskan RUU tembakan kecemasan untuk haiwan berbahaya
Pindaan rang undang-undang ini bertujuan untuk membolehkan respons yang lebih cepat dan berkesan berbanding langkah sedia ada.

Jabatan Kesihatan Melaka tingkat pemantauan, saringan langkah awal kekang kusta
"Setakat ini tiada kes dikesan dalam kalangan penduduk Orang Asli di negeri ini melibatkan 14 perkampungan dengan lebih 2,000 penduduk."

Hubungan dua hala Bangladesh-Malaysia diperkukuh pada Hari Bahasa Ibunda Antarabangsa
Ahsan menyifatkan Malaysia sebagai model keharmonian dalam kepelbagaian komuniti linguistik.

Teknologi robotik pacu sektor pelancongan kesihatan di Melaka
Upaya memacu sektor pelancongan kesihatan yang menjadi satu daripada subsektor penting dalam industri pelancongan negeri.

Penantian veteran ATM hampir dua tahun dapat rumah baharu berakhir
Shamsudin Hamzah terpaksa menunggu lebih lama untuk mendapatkan rumah baharu kerana keadaan tanah di kawasan itu dari jenis gambut.

Sarawak hasrat bida tuan rumah World Robot Olympiad
Hasrat itu selaras dengan matlamat menjadikan Sarawak sebagai hab kecemerlangan pendidikan robotik serta STEM.

Ribut salji sebabkan gangguan meluas di Istanbul
Ribut itu membawa penurunan suhu yang ketara serta salji lebat, dengan keadaan paling buruk dilaporkan pada Jumaat.

164,000 kelapa tua dibawa masuk penuhi permintaan menjelang Ramadan, Aidilfitri
Angka itu merangkumi 82,000 kelapa yang tiba dari Sabah bulan ini, manakala 82,000 lagi dibawa masuk dari Kepulauan Palembang pada Mac depan.

46 warga Indonesia mangsa pemerdagangan dibawa pulang, termasuk bekas ahli DPRD
46 mangsa pemerdagangan manusia itu datang dari sembilan provinsi dengan majoriti berasal dari Sumatera Utara dan Jawa Barat.

Arab Saudi anjur sidang kemuncak pembinaan semula Gaza
Arab Saudi dijadual menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Kaedah bayar tanpa tunai lebih mudah, pantas - Pengguna
Penggunaan kaedah pembayaran tanpa tunai selari dengan gaya hidup masa kini kerana ia mudah, selamat dan pantas digunakan dalam segala urusan harian termasuk perniagaan.

Pulangan tunai sehingga RM1 juta apabila berbelanja di Tesco dengan aplikasi Boost
Tesco memberikan pulangan tunai sehingga RM1 juta dalam Tesco Wallet, Kenny Rogers Roasters Wallet dan Secret Recipe Wallet apabila berbelanja di Tesco dengan menyertai dan melengkapkan Boost Mission.

Usaha jadikan masyarakat tanpa tunai tidak akan hentikan jenayah
Menjadikan masyarakat tanpa tunai tidak bermakna kita akan bebas sepenuhnya daripada kegiatan jenayah.

Sistem 'cashless' mampu bendung gejala rasuah - Tun M
Sistem cashless berupaya menghalang aktiviti menyogok dan sebagainya kerana aktiviti transaksi melalui platform digital itu direkodkan.