Derita ditanggung hampir sejuta rakyat Melaka susulan catuan bekalan air berjadual yang dilaksanakan sejak penghujung Januari lalu bakal berakhir 1 April ini.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Sulaiman Md Ali dalam satu kenyataannya kepada media hari ini.
Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira peratusan paras air di tiga empangan termasuk empangan utama di Durian Tunggal yang menunjukkan peningkatan sejak dua minggu lalu.
“Mengambil kira situasi yang sedang dihadapi oleh rakyat Melaka ketika ini dan prihatin dengan kebajikan rakyat, kerajaan negeri bersetuju agar Program Bekalan Air Berjadual Zon 1 yang telah dimulakan sejak 29 Januari lalu dan Zon 2 yang telah dimulakan sejak 10 Mac lalu akan di tamatkan pada 1 April ini.
“Dengan keputusan ini, kerajaan negeri berharap lebih 80 peratus atau 735,221 isi rumah termasuk kawasan perindustrian dan perhotelan yang terlibat dalam program Bekalan Air Berjadual sebelum ini akan dapat manfaatnya dan boleh menarif nafas lega,” katanya menerusi kenyataan media di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut katanya, beliau merayu seluruh rakyat di negeri itu untuk terus melakukan penjimatan memandangkan kaedah bekalan air berjadual akan diaktifkan semula sekiranya paras empangan berada dibawah 40 peratus.
Jelasnya, ia terpaksa dilaksanakan sebagai persediaan kerana mengambil kira gelombang kedua musim kering yang lazimnya berlaku sekitar bulan Julai hingga September setiap tahun.
“Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) perlu mengaktifkan semula Program Bekalan Air Berjadual ini dengan kadar segera apabila paras takungan di empangan berada pada tahap di bawah 40 peratus dan menunjukkan trend menurun.
“Jadi saya merayu agar semua rakyat negeri Melaka memahami situasi semasa. Semua diharap dapat terus menyokong usaha penjimatan,” tambahnya.
Untuk rekod, sehingga tengahari ini, empangan utama di Durian Tunggal yang merupakan sumber air bersih bagi kira-kira 60 peratus penduduk di negeri ini berada pada paras 40.9 peratus dengan kapasiti 12,620 juta liter air.
Manakala dua lagi iaitu masing-masing Empangan Jus 23 peratus dengan kapasiti 9,975 juta liter dan Empangan Asahan 72.8 peratus berkapasiti 507 juta liter.
Terdahulu, Melaka mula melaksanakan catuan bekalan air secara harian bermula 29 januari lalu dengan menutup 87 injap air bermula jam 10 pagi membabitkan 550,673 orang iaitu 62.8 peratus pengguna di ketiga-tiga daerah di negeri itu.
Shuhada Abdul Kadir
Sun Mar 29 2020

GAMBAR FAIL: Ketua Menteri Melaka Datuk Sulaiman Md. Ali (tengah) semasa mengadakan tinjauan ke Empangan Jus. - BERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PAC syor bangunkan pelan induk projek Bekalan Air Luar Bandar
PAC mengesyorkan KKDW dan kerajaan negeri supaya membangunkan pelan induk projek BALB bagi memastikan penduduk mendapat bekalan air yang berkualiti dan selamat.

Jalan rosak: Jangan tunggu kemalangan baru mahu bertindak - Hajiji
Hajiji Noor hari ini menegur Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak terlibat supaya bersikap lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah jalan raya rosak yang menyukarkan rakyat di negeri ini.

Jentera pulihkan Gaza disekat, 'jentera memusnahkan' pula dibenar masuk ke Israel - Penganalisis
Pelaksanaan gencatan senjata di Gaza ketika ini adalah tidak memuaskan berikutan kegagalan Israel melaksanakan sepenuhnya janji mereka yang melibatkan aspek penghantaran bantuan kemanusiaan.

Bekalan air dari LRA Bukit Temoh kembali pulih - LAP
Bagaimanapun, kerja tambakan tanah dan pemasangan paip baharu di kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bunga Raya, Tapah masih diteruskan.

LRA Bukit Temoh kini beroperasi pada kapasiti 75 peratus - LAP
Situasi bekalan air di kawasan mengalami gangguan akan terus menunjukkan pemulihan positif dan masih dipantau dari semasa ke semasa.

Penduduk utara Sydney diminta didih air sebelum digunakan selepas bakteria E. coli dikesan
Majlis Perbandaran Central Coast keluarkan amaran kepada penduduk di 10 kawasan, kira-kira 50km utara Sydney, bekalan air mereka berpotensi tercemar.

Pulau Pinang salur lebih RM134 juta kepada sekolah Cina sejak 2009 - Chow
Kerajaan Pulau Pinang telah menyalurkan lebih RM134.97 juta kepada sekolah Cina di seluruh negeri itu, sejak 2009.

Johor komited pastikan bekalan air bersih, stabil
Kerajaan negeri sentiasa komited dalam usaha memastikan bekalan air bersih yang stabil dapat dinikmati oleh rakyat.

Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah siap Disember lepas - Nik Nazmi
Empat projek baik pulih di Pasar Siti Khadijah dengan kos RM200,000 telah disiapkan pada 9 Dis lepas, kata Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad.

AIR 2040: Integrasi agensi pacu pelbagai sektor, manfaat untuk negara
Ini membolehkan agenda nasional seperti Pelan Hala Tuju Transformasi Air dilaksanakan dengan lebih mudah dan bersepadu.