DENGAN beberapa insiden pencerobohan ke dalam sempadan Malaysia, darat, laut dan udara, apakah Malaysia khasnya dan Asia Tenggara umumnya menjadi medan hegemoni geo-politik kuasa besar terutama Amerika dan China.
Malaysia pernah dan sering menghadapi pencerobohan dalam pelbagai bentuk. Penyeludupan , pemerdagangan manusia, pencerobohan nelayan asing, pencerobohan pengganas dari negara asing, pencerobohan untuk membunuh serta pencerobohan operasi tentera udara asing.
Ini belum termasuk pencurian big data negara yang bertujuan mensabotaj ekonomi dan keselamatan negara.
Yang terkini adalah pencerobohan tentera udara Republik Rakyat China (PLAA ).
Negara belum selesai berbahas kenapa kerajaan Malaysia membenarkan pesawat pengintip Israel masuk ke ruang udara Malaysia beberapa hari yang lalu, tentara udara China pula dalam tidak sampai seminggu, melakukan pencerobohan udara Malaysia oleh 16 pesawat tenteranya.
Jelas insiden ini tidak dalam kategori tidak disengajakan. Ia operasi yang sangat terancang dan tahu implikasi yang bakal dihadapi.
Tentera udara Malaysia ( TUDM ) sendiri mengesan 16 pesawat yang mencurigakan di ruang udara ZMM ( Zon Maritim Malaysia ) dan berusaha memintas dengan menghubungi pesawat-pesawat itu supaya memperkenalkan diri tetapi tidak diendahkan hinggalah TUDM menghantar pesawat pemintas untuk mengenali pesawat China secara visual terhadap pencerobohan tersebut.
Tempoh masa yang singkat bila ruang udara negara dimasuki oleh pesawat bukan awam iaitu pesawat perisik Israel atas nama peraturan aviasi awam dan pencerobohan sengaja tentera udara China yang tidak mendapat kebenaran, menyebabkan suatu siasatan perlu dilakukan secara terperinci.
Rantau ini sememangnya menghadapi pertelingkahan antara beberapa negara termasuk China dalam tuntutan pulau dan sempadan laut di Laut China Selatan. Insiden beberapa kali tentera laut China berada di perairan yang dipertikaikan menyebabkan respon dari Amerika muncul atas dakwaan China menggugat kestabilan serantau.
BACA: Pesawat Tentera Udara China: Latihan atau 'pencerobohan'?
BACA: Pesawat Israel hanya lintas ruang udara, tidak dibenar berlegar atau mendarat - MOT
Walau apapun , kawasan ASEAN kini tidak bebas dari pengaruh kuasa luar. Atas nama mempertahan keamanan dan kepentingan, kuasa besar di rantau ini nampaknya sedang dipersiap untuk dijadikan medan tempur antara kuasa besar.
Sebab itu insiden pencerobohan ke atas ruang udara negara ini oleh tentera udara China baru -baru ini, perlu dilihat dari perspektif geo-politik serantau (regional) yang ingin dikuasa oleh kuasa besar antara Amerika dan China.
Sementara Amerika memiliki pusat ketenteraan di Filipina dan berusaha untuk menjalin kerjasama ketenteraan bilateral mahupun multilateral antara Amerika dan negara-negara ASEAN, tujuan utamanya lebih untuk memgimbangi pengaruh China dan mengekalkan pertahanan Amerika di rantau ini.
Malaysia terdedah kepada hegemoni geo-politik Amerika dan China. Ada anggota negara ASEAN yang rapat dengan Amerika dan ada yang rapat dengan China. Hubungan keselamatan dan ekonomi sering menjadi pertimbangan.
Kami berpendapat ASEAN yang terkenal dengan prinsip Zopfan ( Zon keamanan , kebebasan dan berkecuali) kini tidak lagi diamalkan secara praktikal. Hubungan dan kolaborasi bilteral masing-masing negara dengan kuasa besar kerap mengetepikan prinsip tersebut. Hubungan dengan kuasa besar sering mendahulukan kepentingan ekonomi dan keselamatan dari yang lain.
Menegur atau mengkritik apa yang dilakukan oleh kuasa besar biasanya dilakukan secara hubungan diplomatik. Jadi yang paling nyata dilakukan hanya menzahirkan keprihatinan, tidak lebih dari itu.
Demikianlah kaitannya dengan kepentingan Israel di rantau ini. Dalam ASEAN, kedutaan Israel ada di Myanmar, Thailand, Filipina, Kemboja, Vietnam dan Singapura .
Melalui wujudnya hubungan yang kuat antara Amerika dan Israel, maka kepentingan Israel di ASEAN saling berkait dengan kepentingan Amerika di rantau ini. Hubungan ketenteraan antara Amerika dengan ASEAN akan diambil kira oleh Israel dan dengan sebab itu semua 6 kedutaan Israel di ASEAN sangat aktif menjalankan gerak kerja risikan melalui Mossad Israel dan CIA Amerika.
Dengan nafsu penjajahan Israel yang merupakan negara yang kecil tetapi bernafsu besar, sikap dua negara Muslim yang berpengaruh iaitu Malaysia dan Indonesia, akan dipantau oleh Israel. Usaha mengheret dua negara ini dalam usaha mengiktiraf Israel melalui perjanjian normalisasi akan dilakukan secara berterusan.
Negara kecil dan sederhana di ASEAN telah melalui perubahan geo-strategi yang besar selepas era perang dingin dan kenaikan pengaruh China.
Negara -negara ASEAN terpaksa memilih antara menentang China atau turut sehaluan dengan China dan sementara itu menyesuaikan hubungan dengan kuasa besar yang lain.
Memilih dikotomi antara bersekongkol atau mengimbangi dengan Amerika atau China cuba dielakkan oleh negara-negara ASEAN. Kebiasaannya pertimbangan ekonomi mendahului yang lain.
Walau apapun , kini Malaysia perlu menjalani pemetaan yang bijak dalam langkah geo-strategi rantau ini. Kekuatan merangka polisi hubungan diplomatik antara China , Amerika dan Israel tidak boleh hanya dipertimbangkan oleh kerajaan malah ia perlu mengambil kira sentimen rakyat. Mengiktiraf Israel sama sekali adalah garis merah yang tidak akan dikompromi oleh rakyat.
Sikap meremehkan dan memperkecil potensi ancaman akan memerangkap Malaysia dalam percaturan licik Israel dan nafsu besar kuasa Amerika dan China.
* Penulis merupakan Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI
Mohd Azmi Abdul Hamid
Wed Jun 02 2021
![Ceroboh ruang udara: Apa agenda Israel, Amerika dan China di Asia Tenggara? Ceroboh ruang udara: Apa agenda Israel, Amerika dan China di Asia Tenggara?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/81440205104_Philipine.jpg)
Rantau ini sememangnya menghadapi pertelingkahan antara beberapa negara termasuk China dalam tuntutan pulau dan sempadan laut di Laut China Selatan. - Gambar fail
![Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738980809_DBKLDatukSeriDr.jpg)
Sidang Kemuncak ASEAN 2025: DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
DBKL telah diberikan tanggungjawab untuk menganggotai Jawatankuasa Kecil Kesejahteraan Awam di peringkat nasional.
AWANI Ringkas: Gangguan seksual polis
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
!['Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang 'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738978832_sultanpahangsambu.jpg)
'Jangan bertelagah kerana sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa' - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
#Ringkas 8 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 Februari 2025
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
1️⃣ Wisma Putra sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat
2️⃣ Polis sahkan terima laporan aktivis pelajar
3️⃣ Penjualan pelbagai aset bernilai AS$7.4 bilion
#awaniringkas
![Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81735374325_RusdiMohdIsa.jpg)
Polis siasat dakwaan wanita jadi mangsa gangguan seksual di IPD
Polis telah menerima satu laporan pengadu berkaitan ketidakpuasan hati di atas tingkah laku anggota polis.
Jemaah haji visa Furada disarankan gunakan PJH berlesen TH
Jemaah haji yang memperoleh visa Furada disarankan menggunakan perkhidmatan PJH berlesen Tabung Haji untuk memastikan kebajikan dan mengelakkan penipuan haji.
Pencarum PERKESO tidak perlu bayar rawatan di klinik panel mulai tahun ini
Pencarum PERKESO kini boleh mendapatkan rawatan di 1,400 klinik panel tanpa bayaran untuk kes kemalangan pekerjaan dan penyakit khidmat mulai tahun ini.
“Saya tidak pernah tinggal Pahang, my heart is always here..” - Sultan Pahang
Demikian titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika ditanya dalam temubual eksklusif bersama Astro AWANI berkaitan perancangan baginda tentang pembangunan negeri itu.
Jangan bertelagah kerana sebab-sebab kecil, hanya akan rugikan bangsa - Sultan Pahang
Al-Sultan Abdullah mengingatkan agar rakyat hidup dalam keadaan harmoni, bersatu dan tidak bertelagah kerana sebab-sebab kecil.
Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.
![Ceroboh ruang udara: Apa agenda Israel, Amerika dan China di Asia Tenggara? Ceroboh ruang udara: Apa agenda Israel, Amerika dan China di Asia Tenggara?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2015-08/81440205104_Philipine.jpg)
Ceroboh ruang udara: Apa agenda Israel, Amerika dan China di Asia Tenggara?
Sikap meremehkan dan memperkecil potensi ancaman akan memerangkap Malaysia dalam percaturan licik Israel dan nafsu besar kuasa Amerika dan China.