KUALA LUMPUR: Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman dua hari bagi membantu siasatan dakwaannya berhubung isu rasuah membabitkan pegawai tertinggi Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa yang mengesahkan penahanan itu berkata proses reman itu merupakan prosedur biasa bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.
"Setakat ini, hanya satu laporan diterima berhubung isu itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi 1972 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.
Berkaitan kes kehilangan pengasuh taska Nur Shafila Suaib, 20, sejak 15 Julai lepas, Rusdi berkata wanita itu ada menghubungi keluarganya namun masih belum pulang ke rumah.
"Saya percaya ada sedikit perselisihan faham antara wanita itu dengan ahli keluarganya dan keluarganya mengesahkan bahawa dia (Nur Shafila) ada menghubungi keluarganya namun arahan saya adalah perlu berjumpa secara bersemuka.
"Bila menghubungi ini tidak cukup, sebab orang lain juga boleh menghubungi dan menyamar sebagai wanita terbabit. Kita perlu berjumpa secara bersemuka dan pastikan dia selamat serta sihat," katanya.
Beliau berkata buat masa ini keberadaan Nur Shafila masih dalam siasatan dan kes itu boleh diklasifikasikan sebagai selesai selepas polis menjumpainya secara fizikal.
Terdahulu, majlis serah terima tugas itu menyaksikan Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi Supt Nuzulan Mohd Din dilantik sebagai pemangku ketua polis daerah berkenaan menggantikan SAC Noor Dellhan Yahaya.
Noor Dellhan kini berkhidmat sebagai Ketua Penolong Pengarah (D4) Risikan/Operasi/Rekod Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 29 2024
![Chegu Bard direman dua hari berhubung dakwaan kes rasuah TLDM Chegu Bard direman dua hari berhubung dakwaan kes rasuah TLDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722172027_CheguBard.jpg)
Chegu Bard (foto) direman dua hari bagi membantu siasatan dakwaannya berhubung isu rasuah membabitkan pegawai tertinggi TLDM. -Gambar fail/Bernama
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
Lima resolusi rampas Kedah pada PRU akan datang
Konvensyen Perpaduan Kedah 2025 menggariskan lima resolusi yang dipersetujui bersama hasil garapan pandangan pimpinan dan akar umbi Pakatan Harapan (PH) serta Barisan Nasional (BN).
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, resolusi itu untuk hala tuju Kedah dalam Kerajaan Perpaduan dengan sasaran merampas kepimpinan kerajaan Kedah pada pilihan raya umum akan datang.
Bekas wartawan Utusan Melayu, Muhammad Basir meninggal dunia
Bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad, Muhammad Basir Abu Bakar meninggal dunia pada usia 46 tahun, di Hospital Serdang dekat sini, pada Sabtu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 15 Februari 2025.
![Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739634787_DatukAaronAgoDaga.jpg)
Perbuatan, kenyataan gugat keharmonian negara tidak boleh dikompromi - Aaron
Sebarang tindakan atau kenyataan yang boleh menggugat keharmonian antara kaum dan agama di negara ini tidak boleh diterima dan dikompromi, kata Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang.
Enam bintang Running Man pukau 6,000 peminat di MIECC
Enam bintang program hiburan popular dari Korea Selatan, Running Man memukau lebih 6,000 peminat di konsert Running Man “Run 2 U” Live In Kuala Lumpur
Tumpuan Ahad – 16 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710238310_denggi.jpg)
Wabak denggi diisytiharkan di bandar paling padat di ibu negara Filipina
Quezon City diisytiharkan sebagai kawasan wabak denggi pada Sabtu susulan peningkatan hampir 200 peratus kes jangkitan.
![Chegu Bard direman dua hari berhubung dakwaan kes rasuah TLDM Chegu Bard direman dua hari berhubung dakwaan kes rasuah TLDM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722172027_CheguBard.jpg)
Chegu Bard direman dua hari berhubung dakwaan kes rasuah TLDM
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa yang mengesahkan penahanan itu berkata proses reman itu merupakan prosedur biasa bagi membolehkan polis menjalankan siasatan.
![Polis sahkan penahanan Che'gu Bard, akan mohon reman Isnin Polis sahkan penahanan Che'gu Bard, akan mohon reman Isnin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722172027_CheguBard.jpg)
Polis sahkan penahanan Che'gu Bard, akan mohon reman Isnin
Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Ahad ketika hadir memberi keterangan.
![Che'gu Bard ditahan polis Che'gu Bard ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722167064_Chegubard.jpg)
Che'gu Bard ditahan polis
Aktivis politik, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Che'gu Bard ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya pada Ahad.
![Bicara kes Chegu Bard hasut projek kasino Forest City bermula 18 November Bicara kes Chegu Bard hasut projek kasino Forest City bermula 18 November](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719203491_CheguBard.jpg)
Bicara kes Chegu Bard hasut projek kasino Forest City bermula 18 November
Hakim membenarkan perbicaraan kes selama empat hari selepas pihak pendakwaan dan peguam Chegu Bard mencapai persetujuan tarikh tersebut.
![Kes saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan injunksi Abdul Wahab terhadap Che'gu Bard Kes saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan injunksi Abdul Wahab terhadap Che'gu Bard](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705916297_TBChegubardjpg.jpg)
Kes saman fitnah: Mahkamah tolak permohonan injunksi Abdul Wahab terhadap Che'gu Bard
Bekas pegawai J-KOM Abdul Wahab Abd Kader Jilani gagal dalam permohonannya untuk mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Chegu Bard mengeluarkan sebarang kenyataan.
![Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716178573_tbMahkamahTinggiJo.jpg)
Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard
Hakim, Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan pendakwaan untuk menyemak keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak permohonan perintah larangan itu.
![Kes fitnah jenayah: Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard Kes fitnah jenayah: Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61715682910_chegubard.jpg)
Kes fitnah jenayah: Mahkamah keluar perintah larangan bersuara terhadap Che'gu Bard
Mahkmah Tinggi di sini hari ini mengeluarkan perintah larangan bersuara terhadap Ahli Jawatankuasa Biro Penerangan Bersatu Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard, yang melarang beliau daripada mengelu
![Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948 Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714452528_Chegubard.jpg)
Che'gubard mengaku tidak bersalah pertuduhan Akta Hasutan 1948
Dia didakwa membuat penerbitan menghasut di akaun Facebook atas nama Che'GuBard di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam 6.30 petang 26 April lalu.
![Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714370795_CheguBardjpg.jpg)
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
![Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714356995_CheguBardjpg.jpg)
Che'gu Bard mengaku tidak bersalah dua pertuduhan
Badrul Hisham mengaku tidak bersalah, selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Siti Aminah Ghazali.