PASIR PUTEH: Tindakan tidak senonoh seorang guru sekolah memandu yang menunjukkan kemaluan kepada pelajarnya mengundang padah apabila dia kini diburu polis bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri berkata, suspek yang berusia 40 tahun itu telah dikatakan melakukan perbuatan terkutuk tersebut di dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva pada Ahad.
"Kejadian itu berlaku selepas suspek selesai menghantar dua pelajar lain menjalani ujian memandu di Bachok.
"Ketika itu mangsa yang berusia 27 tahun berada di tempat duduk hadapan kereta yang dipandu suspek," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.
Menurutnya, sewaktu dalam perjalanan menghantar mangsa, suspek dikatakan telah membuka zip seluar sebelum mengeluarkan alat sulitnya untuk ditunjukkan kepada mangsa.
Beliau berkata, terkejut dengan situasi itu, mangsa terus menghubungi ibu saudara agar segera mengambilnya.
Katanya, mangsa juga mengarahkan suspek memberhentikan kereta, namun tidak diendahkan sehingga memaksa wanita itu bertindak membuka pintu sewaktu kereta sedang bergerak.
Mohd Azmir berkata, suspek akhirnya memberhentikan kereta sebelum mangsa keluar dan melarikan diri ke kawasan rumah penduduk setempat untuk meminta bantuan.
"Suspek dipercayai melarikan diri selepas mangsa yang merupakan seorang peniaga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Puteh selepas kejadian," katanya.
Menurutnya, polis kini sedang mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
ARTIKEL ASAL DISIARKAN DI SINAR HARIAN: Cikgu sekolah memandu tunjuk kemaluan diburu
Sinar Harian
Mon Oct 18 2021

Menurut polis, kejadian itu berlaku selepas suspek selesai menghantar dua pelajar lain menjalani ujian memandu di Bachok.

Hati-hati! Scammer guna akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Royal Press Office menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.

Seorang maut, 5 cedera dalam insiden tembakan di hospital Pennsylvania
Suspek bersenjatakan pistol ketika memasuki Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Memorial UPMC sebelum menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan.
AWANI Ringkas: eman lima hari dan tiga hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

30 pasukan bola sepak, peniaga rugi penganjur karnival lesap
Difahamkan penganjuran program selama dua hari pada 22 dan 23 Februari itu turut melibatkan beberapa peniaga yang turut diperdaya penganjur.

Khaled, Saifuddin ucap takziah kepada keluarga Ishsam
Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar, bukan sahaja kepada rakyat di Ayer Kuning dan negeri Perak, tetapi juga kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

BN atur gerak kerja awal hadapi PRK
Saarani berkata jentera parti tidak akan menunggu pengumuman tarikh SPR dan akan segera memulakan aktiviti ke arah memenangi PRK tersebut.
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
[TERKINI] SPRM tahan empat pegawai ada kaitan PM ke-9
SPRM menahan empat pegawai yang mempunyai kaitan dengan Perdana Menteri ke-9 dan mendapatkan perintah reman di Mahkamah Putrajaya.

SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan keempat-empat mereka telah mendapat perintah reman di Mahkamah Putrajaya.
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya

Pemandu lori didakwa tunjuk kemaluan kepada kanak-kanak
Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah atas tuduhan melakukan amang seksual dengan memegang tangan, paha dan menunjukkan kemaluan kepada kanak-kanak perempuan.

Lelaki tunjuk kemaluan dalam pejabat dicekup
Tindakan seorang lelaki berkelakuan tidak senonoh dengan menunjukkan kemaluannya ke arah rakan sekerjanya dalam kejadian dekat Putra Plaza, 12 Julai lalu mengundang padah apabila diberkas pada Isnin.

Buruh binaan warga India didakwa tunjuk kemaluan dalam lif
Sewa Singh, 26, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norshila Kamaruddin.

Bapa mabuk tunjuk kemaluan, pijak kepala anak ditahan
Seorang bapa bukan sahaja memijak, memukul dan menendang anak perempuannya malah turut menunjukkan kemaluannya dalam kejadian pada minggu lalu.

Buruh cabul anak saudara semasa potong bawang didenda RM5,000
Tindakan buruh mencabul kehormatan anak saudara perempuannya dengan mencium pipi dan menunjukkan kemaluan mengundang padah apabila dia didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Lelaki tunjuk kemaluan dihukum penjara 5 bulan
Padah menunjukkan kemaluan kepada dua wanita, seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Yan.

Cikgu sekolah memandu tunjuk kemaluan diburu
Suspek yang berusia 40 tahun itu telah dikatakan melakukan perbuatan terkutuk tersebut di dalam sebuah kereta jenis Perodua Viva pada Ahad.

Suspek tunjuk kemaluan ditahan
Suspek berusia 29 tahun ditahan dan pemeriksaan mendapati dia tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah.

Lelaki tunjuk kemaluan dalam LRT telah dicekup
Lelaki tersebut yang bukan warganegara Malaysia ditahan pada Sabtu kira-kira jam 9.30 malam di Stesen LRT USJ 7, Subang Jaya.

Padah tunjuk kemaluan pada isteri orang, lelaki maut ditetak di Alor Gajah
Mangsa ditetak beberapa kali di bahagian badan, manakala rakannya sempat melarikan diri.