GUA MUSANG: Cinta tidak berbalas dipercayai menjadi motif pembunuhan seorang wanita Thailand yang ditemui mati dalam keadaan separuh bogel di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Berang, di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang berjaya menahan suspek berusia 24 tahun sehari selepas penemuan mayat mangsa berusia 44 tahun itu.
Choon Foo berkata, motif pembunuhan tersebut didedahkan oleh suspek lelaki itu yang mengakui menyimpan perasaan cinta terhadap mangsa yang berusia 20 tahun lebih tua daripadanya.
"Hasil siasatan polis mendedahkan bahawa punca pembunuhan berpunca daripada cemburu suspek terhadap mangsa, selepas mangsa tidak menerima cinta yang diluahkan suspek.
"Hasil siasatan pihak polis menunjukkan mangsa telah dibunuh dengan dicekik di sebuah rumah kedai dan mayatnya dibawa ke tempat kejadian dan dibuang di tepi longkang," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Tambah Choon Foo, polis juga menemui selipar dan beg tangan mangsa di dua tempat berasingan yang dipercayai dibuang suspek bagi menghapuskan bukti.
Dalam kejadian kira-kira pukul 3 petang Selasa lalu, orang awam menemui mayat mangsa dalam keadaan separuh bogel dalam longkang dipercayai dibunuh.
Sehari selepas penemuan mayat mangsa, polis menahan tujuh sekeluarga majikan wanita terbabit yang berumur 21 hingga 64 tahun di Felda Chiku untuk membantu siasatan.
Muhafandi Muhamad
Wed Oct 13 2021

Choon Foo berkata, punca pembunuhan tersebut didedahkan oleh suspek lelaki itu yang mengakui menyimpan perasaan cinta terhadap mangsa yang berusia 20 tahun lebih tua daripadanya. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

PDRM sahkan mangsa bunuh di Australia rakyat Malaysia
Mangsa dipercayai berasal dari Sarawak dan telah berada di Australia sejak 2016.

Robert Durst, jutawan 'pembunuh' dimasukkan ke hospital akibat COVID-19
Dia dimasukkan ke hospital beberapa hari selepas mahkamah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadapnya kerana membunuh.

25 tahun pembunuhan beramai-ramai Srebrenica, tiada keadilan kepada mangsa sehingga kini - Tun M
Tragedi pembunuhan beramai ramai 8,000 umat Islam Srebrenica di Bosnia Herzegovina 25 tahun yang lalu menyaksikan keadilan tidak berpihak kepada umat Islam di negara itu sehingga kini.

Wanita maut jatuh dari lot parkir sempat rakam pergaduhan dengan suami
Pasangan yang baru dua minggu melangsungkan perkahwinan itu dipercayai bertengkar beberapa jam selepas menghadiri perlawanan besbol, antara Cardinals dan Cubs, di Stadium Busch di St. Louis, Missouri.

Prosiding Jong Nam: Dua tertuduh naik kerusi roda
Perbicaraan hari kesembilan kes pembunuhan warga Korea Utara, Kim Jong Nam di klia2 berlangsung lebih tiga jam.

Kes bunuh Tapah: Reman kesemua suspek disambung tujuh hari lagi
Mahkamah Majistret melanjutkan tahanan reman selama tujuh hari terhadap empat keluarga dalam kes pembunuhan empat individu di bengkel kenderaan.

Dua anak suspek kes bunuh Tapah diletak di bawah perlindungan JKM
Mahkamah Majistret di sini hari ini memerintahkan dua anak perempuan suspek utama kes pembunuhan kejam di Tapah diletak di bawah perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Lelaki pencari katak jumpa mayat dikerat dua dalam guni
Mayat lelaki dipercayai dikerat dua dan satu bahagian disumbat di dalam sebuah guni, ditemui di kawasan hutan berhampiran kebun getah di Sungai Tamu, di sini hari ini.

Hasrat wanita mati di bulan Ramadan jadi kenyataan
Badariah Hussin, 44, yang bekerja sebagai pengemas bilik di sebuah hotel di Genting Highlands ditemui dalam keadaan terlentang dengan tangan dan kaki di bahagian lututnya terikat.
Mahkamah menolak rayuan tertuduh kes pembunuhan di Banting
Mahkamah Persekutuan di sini hari ini sebulat suara menolak rayuan empat tertuduh dalam kes pembunuhan di Banting untuk memanggil tiga timbalan pendakwa raya menjadi saksi pembelaan