KUALA LUMPUR: Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) sedang menyiasat dakwaan mengenai beberapa individu disuntik dengan picagari kosong di pusat pemberian vaksin (PPV) COVID-19 di Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor, yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menerusi kenyataan hari ini, CITF berkata, siasatan dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa, termasuk Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), agar kejadian seumpama itu tidak berulang.
Tegas CITF, petugas vaksinasi yang didapati bersalah akan dikenakan tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang, malah perkhidmatan petugas yang terlibat boleh ditamatkan.
"Mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan, setiap petugas vaksinasi perlu menunjukkan picagari yang berisi vaksin kepada penerima vaksin sebelum suntikan dilakukan.
"Orang ramai juga disarankan untuk melihat picagari tersebut sebelum dan selepas proses vaksinasi bagi menambah keyakinan bahawa dos dan suntikan vaksin telah diberikan seperti yang sepatutnya," menurut kenyataan itu.
Menurut CITF, kes di Kedah dilaporkan pada Sabtu lepas di PPV pandu lalu di Kem Lapangan Terbang Sungai Petani yang dikhaskan untuk anggota ATM dan ahli keluarga.
Proses vaksinasi di PPV berkenaan dilaksanakan oleh petugas daripada Rumah Sakit Angkatan Tentera (RSAT) di kem itu.
"ATM telah membuat siasatan mengenai kejadian tersebut dan individu terlibat telah dipanggil untuk memberi penjelasan. Tindakan tatatertib telah diambil ke atas petugas vaksinasi tersebut," katanya.
Selain itu, dua lagi dakwaan kes sama turut dilaporkan masing-masing di PPV Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini pada Sabtu lepas dan PPV Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC) di Selangor semalam.
Menurut CITF, kes berkenaan dalam siasatan polis dan perkembangan mengenai perkara itu akan dimaklumkan oleh pihak berkuasa berkenaan. - BERNAMA
Bernama
Mon Jul 19 2021

Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 sedang menyiasat dakwaan beberapa individu disuntik dengan picagari kosong di PPV COVID-19 di Kedah, Kuala Lumpur dan Selangor seperti yang tular di media sosial baru-baru ini. - Gambar hiasan
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Lebih 50,000 remaja 12 hingga 17 tahun lengkap vaksinasi - Dr Azmi
Seramai 52,774 atau 1.7 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun dalam negara telah lengkap menerima vaksin COVID-19 jenis Cominarty setakat 30 Sept lepas.

CITF tamat operasi 1 November, serah mandat imunisasi COVID-19 sepenuhnya kepada KKM
Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 atau COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) hanya akan beroperasi hingga 31 Oktober ini.

Hanya 5 PPV di Lembah Klang sedia suntikan secara 'walk-in' bermula esok
Perkhidmatan suntikan vaksin COVID-19 secara walk-in kini dihadkan kepada lima Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih di Lembah Klang bermula 16 hingga 30 September ini.

CITF laksana pengharmonian data untuk kemas kini data penerima vaksin - Dr Adham
Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-9 (CITF) akan melaksanakan pengharmonian data bagi memastikan data penduduk yang sudah divaksin di seluruh negara adalah tepat dan terkini.

Penglibatan GP dipertimbang di masa hadapan, jamin kesinambungan PICK - CITF
Keperluan untuk mengurangkan jumlah PPV di Lembah Klang wujud selepas Operasi Lonjakan Kapasiti selesai dilaksanakan.

Vaksin COVID-19: Suntikan di rumah untuk golongan rentan
Inisiatif yang dilaksanakan sejak seminggu lalu adalah dalam usaha meningkatkan kadar vaksinasi di daerah tersebut.

Perlis ke arah Fasa 4 PPN
Perlis mampu mencapai Fasa Keempat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam tempoh 10 hari.

Guru, AKP dan pekerja sokongan diminta segera dapatkan suntikan vaksin melalui inisiatif 'walk-in'
Menteri Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata ini berikutan keputusan CITF memperluas inisiatif pemberian vaksin secara jumpa terus atau 'walk-in' ke seluruh negara.

2,000 petugas barisan hadapan pelancongan Perak belum terima vaksin
Pihaknya telah membuat permohonan kepada CITF dan menunggu kelulusan agar suntikan vaksin dapat diberikan kepada kesemua petugas barisan hadapan industri pelancongan negeri ini.

Pemberian vaksin secara 'walk-in' lancar, kecuali di Serendah - Khairy
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Serendah menghadapi kekurangan bekalan susulan kehadiran penerima yang ramai.